Assalamualaikum
Resepi Nasi Goreng Tomyam Udang mudah | Benda paling mudah nak siapkan makanan bila ada Pes seperti yang ada di pasaran sekarang ni.Macam-macam PES tau.Pes tomyam,paprik,asam pedas,pendek kata apa kau nak semuanya ada.Bukan sebab pemalas,tapi nak cepat.Kalau ko dah kerja seharian kat opis,lepas tu balik nak kena sediakan bahan-bahan nak buat benda yang nampak simple tapi lambat nak sediakan,haruslah makan masa kan.
So,yang paling senang adalah menggunakan pelbagai jenis PES untuk memudahkan kerja memasak.Baru-baru ni aku cuba satu botol PES Thai Tom Yum cap NANG FAH ni.Bukan sekadar buat tomyam je boleh,apa-apa jenis masakkan yang korang nak letak pes tomyam ni pun boleh.Dan semalam,teringin nak makan nasi goreng seafood tomyam.Tapi aku guna udang jelah.Ingat nak masaklah yang pedas-pedas berapi,tapi bila fikirkan dak Naura pun nak makan jugak,maka berhuha lah menggunakan lada besar untuk menumis.Ok,kat sini aku share dengan korang resepi nasi goreng tomyam udang menggunakan PES Thai Tom Yum Nang Fah ni
Bahan-bahan
*2 biji cili besar(aku guna sebab taknak pedas)
*1 biji bawang besar
*1 biji bawang putih
*Sedikit belacan
1 sudu Pes Tomyam
Sedikit garam
6-10 ekor udang (ikut korang nak letak lebih)
Fish cake
Sayur sawi
* Bahan untuk ditumbuk dan ditumis
Cara membuat Nasi goreng tomyam
Panaskan kuali dengan sedikit minyak,kemudian masukkan bahan yang sudah ditumbuk,tumis sehing
.
Panaskan kuali dengan sedikit minyak,kemudian masukkan bahan yang sudah ditumbuk,tumis sehingga naik bau.Kemudian masukkan PES tomyam
Kemudian masukkan udang.Dan perasakan dengan sedikit garam
Masukkan Fish cake dan sayur ke dalam kuali
Masukkan Nasi yang telah di masak..kalau tak masak haru ko!!
Kacau sehingga kesemua nasi tu kena dengan bahan tumisan.
Siap untuk disediakan untuk keluarga tersayang
Senang kan..So korang kena dapatkan PES THAI TOM YUM NANG FAH ni boleh tengok kat IG KEDAIONLINE_ZIEYAN .Kalau nak sedap lagi sila letak sekali daun ketumbar dan juga cili kecil..Memang umppphh beb
Nak lagi resepi boleh tengok Link -RESEPI ni
→Thanks for Reading kisahsidairy.com←
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com
sedap tu kak nasi goreng tom yam
ReplyDeletefavorite ni tomyam2 ni.. nasi goreng tomyam pun sedap
ReplyDeleteMak aii..dah boleh bukak kedai dh ni..sure sedap ni
ReplyDeletewooooo nampak sedap.. nk cuba nanti... tp kene carik pes tomyam tu dulu.. huhuhu
ReplyDeletealahaiii sedapnyaa....terliur ain nengokk..
ReplyDeleteantara menu kesukaan juga ni.nampak.sedap tu kak eda.
ReplyDeleteJanji Kita
sedapnya akakkk. nk buat lah esok.. teringin tau tak tngok entri akak ni. hehe
ReplyDeletewahhh, sedapnyaa.. Simple, letak dalam mangkuk macam ni terus nampak macam kat kedai..")
ReplyDeleteMy fav food nasi goreng.
ReplyDelete