Tea Garden Seri ALam
Credit pic : SIS Lin
Aku suka kalau lepak-lepak tempat minum kopi macam ni,suasana tempat ni memang best..Sesuai ler kalau bawak kawan-kawan or family.Bukan sahaja breakfast,makan petang,makan malam pun boleh ko.
Wefie kami,aku,sis lin and uyul..awat diorang tudung sama color ni
Ini adalah pertama kali aku masuk Tea Garden.Dia macam ala-ala Kluang Cafe dan Cafe lain jugak.Cuma semua cafe ni ada keistimewaannya masing-masing...Ikut selera korang.So jom,kita tengok makanan yang kami order untuk breakfast.
HANDMADE MANTOU WITH KAYA -Untuk Naura
HALF BOILED EGG -Sis Lin
MUSHROOM SOUP-Sis Lin
CHAR KWAY TEOW
CANTONESE STYLE FRIED NOODLE - Uyul
MEE SIAM WITH GRAVY-untuk aku
Banyak nau kan sis lin tu makan..ni kalau dia baca entry aku ni,mau dia mengamuk...hahaha...Actually apa yang diorang order tu kami rasa sikit sorang..macam dah terbiasa food review kan.Order lain-lain,rasa sikit sorang..Baru la boleh cuba mana yang sedap.Next trip boleh la order lagi...ghahahaaa...Kalau ke sini,tak sah kalau tak order kopi oiii...wajib...wajib...
Kalau korang nak jugak lepak-lepak kat sini,aku letakkan alamat dan maps untuk korang terjah sama ke TEA GARDEN SERI ALAM ni ye.dIbuka dari jam 8 pagi hingga 11.30 malam.
TEA GARDEN SERI ALAM
PTD 174172, PHASE 2E1,
BANDAR SERI ALAM,
81750 MASAI, JOHOR.,
Masai, 81750 Masai, Johor
wahhhh macam cantik je tempat ni.airah tak pernah pergi sini lagi memang nak ajak husband la lepas ni
ReplyDeletenot bad airah tempat ni...nanti nak pegi roger2 ek
Deletecantiknya
ReplyDeletechar kuey tiow sedappppnyaaaa..terliur tgk makanan ni.tgh puasa ni.kecur air liur.
ReplyDeleteHamboi hamboi makcik,patut tersedak masa makan kambing tadi hahahahaha..
ReplyDeleteEh satu tu Uyul punyalaaaa wekkkk :p
port menarik ni. pau dia lain macam. mesti sedap tu
ReplyDeletemenarik tempat dia ni.. uyul pun ada tu. hehe
ReplyDeletecomeynyaa view die..:)
ReplyDeletemak selalu gak makan sini sebab kat johor jarang ada chinese food cafe/restaurant yang halal. kita suka chinese food, kat ipoh dulu memang berat naik 62kg! makan je memanjang.
ReplyDelete