Rendang Daging di atas permintaan | Seumur hidup memang tak pernah lagi merendang.Setiap tahun mesti tolong orang masakkan je.Tolong kacau dan sediakan bahan sahaja ok.Jadi bila ada orang request nak makan rendang daging ni,kenalah buat.Silalah google resepi rendang daging yang simple untuk aku follow.Sebelum tu pun en.husband dah tanye samada aku boleh buat rendang ke tidak.Isteri mana nak hampakan permintaan si suami kan.Nak taknak,dia kena cuba jugaklah untuk buat.
Kalau ikut resepi tu,memang banyaklah yang digunakan bahan-bahannya.Tapi aku cuba untuk buat versi aku yang paling mudah untuk aku ikut.Resepi pun kena tengok jugak.Yang penting kena cuba dulu,jadi tak jadi tu belakang kiralah kan.
Macam mana resepi rendang daging yang simple ni aku buat.Jom follow rapat-rapat
Rendang Daging Special
BAHAN-BAHAN UNTUK BUAT RENDANG DAGING
Daging(ikut sukalah nak banyak mana,tapi aku beli sekilo je daging)
3 Sudu Kerisik
2 batang serai*
Suku halia*
Suku lengkuas*
* satukan dan blender
3 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
* satukan dan blender
10-15 tangkai lada kering di blender halus
2 Batang serai yang diketuk
Daun kunyit
Daun limau purut
3 sudu Serbuk Rendang Daging(aku pakai adabi)
1 1/2 kotak santan kara
sedikit perahan air asam jawa
garam
gula
CARA BUAT RENDANG DAGING
Daging dibiarkan di dalam kuali sehingga empuk.Bila dah empuk,masukkan santan ,serai yang siap dititik dan juga daun limau purut.Kalau taknak pahit,daun limau tu,korang siat dari tulang dia.Di dalam kuali lain,tumis semua bahan yang dikisar tu sehingga pecah minyak,kemudian masukkan serbuk rendang.Biarkan lagi sehingga pecah minyak.Agak-agak dah sebati semua,masukkan ke dalam kuali yang ada daging tu.Terus kacau sehingga rendang tu jadi pekat.Lepas tu,korang potong halus daun kunyit ke dalam rendang.Perasakan dengan sedikit asam jawa,garam dan gula.Seimbangkan rasa semua.
Bila agak-agak dah pekat,bolehlah tutup api tu.Dah boleh hidang untuk para tetamu.Actually malam tu bukan sahaja aku merendang,tapi jugak melodeh.Cuma kuah lodeh tak sempat nak ambil gambar.So redha jelah dengan kelupaan tu.Alhamdulillah,orang dah puji sedap,so next time bolehlah masak lagi kan.Abang aku yang datang pun,dua kali tambah.Tak taulah samada sedap atau perut dia memang betul-betul lapar.hahahaha
Ingat nak buat lagi sekali ni.. Tak puas merendang...
ReplyDeleteSila buat..raya tu pun tak puasa nak merendang ni
Deletehuwaa..sdap tu aida..nak kna buat jgk ni..:)
ReplyDeletesedap ni cik nor..hahaha/.puji diri sendiri pulak..cubalah cik nor.sebab resepi ni mudah je
Deletewah sedapnya nampak. nnt nak try buat lah.
ReplyDeletebuat tau qekra...hehehe
Deletenampak sedap (^_^0
ReplyDeletehahaha,.tengok orang makan habis je..tak taulah sedap ke tidak
Deletesinggah sini, rendang memang wajib di hari raya. sama jugak ni siti.. nampak sedap tuu..
ReplyDeletekalau takde rendang macam tak raya pulak kan..hehehe
Deletewow! Menarik rendang daging akak ni.
ReplyDeletegambar je menarik..rendangnya tak tau lagi star berapa
Deletebaru teringin nak makn rendang.. huwaaa
ReplyDeletemeh datang Jb..eda buatkan
Deletenampak sedap tu kak. saya suka masak rendang asli.rendang saya biasa warna tak berapa gelap.
ReplyDeleteJanjiKita
mar mesti dah axpert merendang ni
Deletetelan air liur mama tengok gambar. mesti sedap ni
ReplyDeletebiasa-biasa je menu ni mamap
DeleteRendang akk tak tumis, sumw pakat lebur dalam kuali
ReplyDeletesedapnya rendang daging!!selamat hari raya!
ReplyDeletenyumm nyumm sedappnyaaa...
ReplyDeleteterliur dibuatnya ...mula la rasa nak balik kampung request rendang mak ni hehe
ReplyDeletesedapnyaaa rendang daging. suka rendang ayam lagi tapi kalo yang daging pun hookey..
ReplyDeleteSedapnya rendang itu.selamat Hari Raya..done follow
ReplyDeleteTaknak follow rapat-rapat, nak rendang sepinggan jer...
ReplyDeletesedappnya rendang daging kak..wahh.dapppp
ReplyDeletebusyra jenis yg susah nak makan daging . apatah lagi daging yg liat. haha. tp tngok resepi sis ni. sedapnya lahai..
ReplyDelete