Assalamualaikum
Playground Slide untuk si Naura Auni | Macam-macam benda yang umi buat untuk dia bagi memastikan dia tidak tertumpu kepada satu permainan sahaja.Mungkin orang kata aku manjakan anak,tapi itu bukanlah satu perkara yang aku rasa aku terlalu manjakan dia.
Kenapa aku perlu belikan ini untuk dia? Supaya dia tak bosan,supaya dia sentiasa ada aktiviti yang dia boleh buat selepas balik dari taska.Hanya orang yang ada anak sorang je yang akan faham kenapa.Si Naura ni pulak dia suka sangat dengan gadget,memang pantang kalau umi dengan babah pegang,dia pun nak ada sama.Walaupun tak pegang pun,dia still akan mintak dari aku.So,untuk avoid dia gila gadget,aku beli untuk dia mainan yang boleh buat dia selalu bergerak.
Separuh dari duit raya dia tu aku belikan dia mainan ni.Kalau ikut dari apa yang aku baca di satu blog ni,permainan gelongsor ni pun menjadi salah satu mainan yang boleh memberikan banyak gerakkan di mana ia bagus untuk menggalakkan pembangunan sentuhan.
KENAPA AKU BELI PLAYGROUND SLIDE UNTUK NAURA
Sebenarnya ada je kelebihan setiap satu mainan tu untuk anak-anak kita.Di luar sana,atau di online shopping ,banyak je mini playground yang boleh kita beli dan wujudkan untuk anak-anak kita.Anak zaman kita tak sama dengan anak zaman dulu.sangat tak sama,bila dah parents ni bekerja,lagi pulak masa cuti tak sama,bila masa kami ada masa nak keluar bawa anak main playground.Bukan tak pernah bawak ler,tapi masa tu terhad.ini bukan alasan,tapi realiti weh..Bukan setiap hari boleh bawak diorang ke playground.Bukan setiap minggu pun kita boleh bawak anak ke sana jugak.Kat rumah pun boleh ada aktiviti yang kita boleh buat dengan dia.Asalkan ada masa nak beraktiviti dengan dia.Ok dah,malas nak ulas lanjut sebab i am not perfect parents,tapi nak jadi yang terbaik untuk dia.Sebab tu sebelum membuat sesuatu,aku fikir dulu baik buruknya nak beli mainan untuk dia.
APA KELEBIHAN KANAK-KANAK BERMAIN GELONGSOR NI
Dunia kanak-kanak ni adalah dunia bermain bagi diorang.Walau takde mainan pun diorang boleh create satu mainan..alah...macam korang tak pernah jadi budak-budak kan.Kadang-kadang tudung saji mak ko tu ko boleh buat macam ninja turtle.Takpun jadi skirt...hahahaha...Ada beberapa kelebihan kanak-kanak bermain gelongsor iaitu
- Untuk menggalakkan pembangunan sentuhan bayi,supaya bayi bermain pelbagai jenis slaid dalam proses,mengalami sentuhan berbeza,untuk menggalakkan pembangunan sentuhan.
- Slaid adalah bayi "kelajuan" perasaan awal.Panjang berbeza,cerun slaind untuk bayi membawa kepada pengalaman kelajuan yang berbeza.
- Melaksanakan penyelarasan dan meningkatkan kawalan fizikal.Dari proses slaid,bayi perlu menguasai kira-kira dan kelajuan mereka sendiri.
- Keseimbangan badan apabila mereka bermain dalam keupayaan Olahraga mereka.
sumber :http://my.kaidiplay.com
So,order tak sampai seminggu,barang dah sampai.Aku beli dari Shopee.Korang kalau nak beli,ada je yang lebih murah dari ni,kena pandai cari.Cuma yang aku rasa , slide ni sesuai untuk Naura dengan ketinggian slider ni adalam 80cm.Paling murah yang aku tengok adalah Rm89 tak silap aku.Cuma ketinggian tak samalah.Kita beli ikut kemampuan.Beli yang boleh manfaatkan dia.Jangan kata aku show off ye.Sebab aku beli ni pun guna duit raya dia.MUNGKIN ADA ORANG KATA LEBIH BAIK MENABUNG DARI BELI BENDA TAK BERFAEDAH NI.Please....Ikut masing-masing.Kalau kita sebagai orang dewasa bila bekerja,nakkan reward untuk diri kita sendiri kan,So budak-budak tak pandai ke nak mintak reward untuk diri dia sendiri.So,tepuk dada tanyalah selera nak makan ape...hahahaha...
Memang benda ni dia tak boleh main lama,mybe dalam dua tahun je,lepas tu dia dah tak pandang dah permainan ni,of course tak perlu risau,korang boleh jual balik dengan harga yang berpatutan jugak kan.Biasalah,setiap permainan tu ada had umurnya.So takkanlah ianya boleh tahan sampai 10-20 tahun...
Mudah untuk di pasang.
Ikutkan aku nak letak di luar rumah,tetapi memandangkan tak selamat untuk aku tinggalkan dia bermain sorang-sorang kat luar,so aku letak dalam.Lagipun rumah tak siap lagi awning.Jadi kalau berhujan panas,cepatlah rosak kan.
Kotlah korang nak juga rewardkan untuk anak-anak,boleh la cari di Shopee...Sebelum beli,sila baca komen dari customer ye.Ianya boleh menentukan samada produk yang korang beli tu bagus atau tidak.
→Thanks for Reading kisahsidairy.com←
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com
comel kaler dan bentuknya. Bertambah ligat Naura main ye hehe
ReplyDeletealhamdulillah..dia suka dengan permainan baru dia ni
Deleteamboi..bestnya naura..xpyh g playground dah..:)
ReplyDeleteoutdoor tu nak kena pegi jugak,cuma jarang lah dapat cik nor
DeleteCantik la design dia kak eda.. best la naura ada slide baru.. hehe
ReplyDeletekan dilah,tu yang akak minat sangat tu
Deletecomelnya
ReplyDeletekan anum.
Deleteseronoklaaa dia main2 dalam rumah.. parents nak kawal pun senang =)
ReplyDeletehahaha..senang sikit mak dia nak buat kerja rumah
DeleteBaru terpikir nk beli utk ank. Duduk d apartment susah nk bwk main luar.
ReplyDeleteboleh cari kat shopee,ada murah dan mahal...
Deletealaa...tadi da taip...tetiba refresh...hahahaha...
ReplyDeletedalam reality show korea, return of superman, ayah diorang pun belikan gelongsor ni..seronok diorang main, budak2 kan mana boleh duduk diam..ada gelongsor, bole la jadi satu senaman untuk diorang..hihihi..
alhamdulillah, berjaya taip sampai habis..hahaha
kan...tu yang belikan dia..hahaha....ngada tau blog ni nak refresh je
DeleteKalau rumah ana ada laman, lama dah belikan utk syafi. Memang plan lama nak beli kan utk dia.
ReplyDeleteakak letak dalam rumah je ana...
Deletebestlah dapat main slide yer....menarik juga ni..boleh buat small playground bagi yang ada kawasan laman rumah luas sikit kan...
ReplyDeleteboleh la untuk space yang kecik...kat rumah tak banyak sangat perabot,so boleh la letak kat dalam
DeleteWah..ingat main je la ni nanti.senang main dalam rumah je tak payah pergi playground luar
ReplyDeletekan...senang jugak umi dia nak pantau
DeleteComellaaaa..nak beli jugaalah buat cucu hahahaha
ReplyDeletesila beli...hahaha
Deletehari tu nyaris2 nak terbeli... pastu fikirkan xde space .. xjadi beli hahaa
ReplyDeletewahhh. comel. pink purple.. suka dia ye. hehe
ReplyDelete