myGDEX memudahkan penghantaran barang ke serata tempat
personsitirohaida
Thursday, June 14, 2018
1
share
Assalamualaikum
myGDEX memudahkan penghantaran barang ke serata tempat | Zaman serba moden ni,semuanya dihujung jari.Nak hantar barang,khususnya kepada peniaga yang kerap menggunakan khidmat penghantaran barang termasuklah dokumen.Kalau dulu,kita nak hantar barang ,kena pergi ke Courier pos,kemudian kena menunggu giliran untuk melengkapkan dokumen pengeposan.Kena isi borang dan sebagainya.
Sekarang ni dah mudah..seperti yang aku katakana tadi,semuanya di hujung jari tanpa perlu keluar ke couries pos untuk kita hantar barang.Kat rumah,kat opis pun dah boleh buat tau.Hanya isi semua maklumat barang di dalam website dan tunggu sehingga barang yang nak dihantar tu di ambil oleh abang courier.Ada ke courier services yang menawarkan perkhidmatan macam tu.Hah..ni yang aku nak bagitau kat korang ni.Salah satu courier service yang terbaik yang aku gunakan di dalam penghantaran barang customer iaitu GDEX.Dan sekarang ni GDEX dah memperkenalkan myGDEX bagi memudahkan pelanggannya berurusan tau.Bagusnya lah kan.Ni yang sayang lebih kat GDEX ni.Apa taknya mereka menawarkan Skim E-wallet menarik dengan harga ahli tau.Macam mana caranya.Meh sini aku ceritakan sikit pasal myGDEX ni.
myGDEX adalah Platform Pengiriman Dalam Talian, yang dikuasakan oleh GDEX untuk meningkatkan pengalaman penghantaran pelanggan kami. Kami berhasrat untuk memberikan persekitaran mesra pengguna dan mudah untuk pelanggan kami. Pengirim kini boleh mencetak sendiri nota konsainan (CN) dan menyerahkannya dalam penghantaran mereka ke mana-mana cawangan GDEX. Kami juga pergi lebih jauh untuk mengangkut penghantaran di depan pintu anda! Di GDEX, kami komited dalam menyediakan perkhidmatan penyampaian yang berkualiti dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi pembekal perkhidmatan yang dipercayai.
CARA MENGGUNAKAN myGDEX
Korang boleh refer tutorial menggunakan myGDEX ni.Senang sangat tau bagi aku nak menggunakannya
1. Step pertama : Login sebagai ahli
2. Step Kedua : Pilih “ Send Package” pada menu sebelah
3.Step Ketiga : Pakej Penghantaran
a)samada memilih satu penghantaran atau banyak )
b) Isi butiran pengirim dan penerima
c) Pilih Perkhidmatan ( Lodge in or pick up)
d) Isikan Butiran Pengambilan jika memilih untuk Perkhidmatan Pengambilan.
e) Isikan Butiran Parcel dan sebut harga
4. Step keempat : Klik "Semak Sekarang" jika anda ingin meneruskan pembayaran. Lain klik "Teruskan Belanja" untuk terus membuat pesanan.
5. Step kelima : Sebelum checkout, anda boleh membeli bekalan / produk jika perlu. Selain itu, anda boleh meneruskan dengan mengklik "Langkau".
6. Step keenam : Anda boleh memilih untuk membayar melalui iPay88 atau e-Wallet.
7. Step Ketujuh : Cetak Nota Konsainan dan Invois.
8.Step Kelapan : Sediakan penghantaran dan tampal Nota Penyerahan pada petak itu dengan sewajarnya. Ikuti Garis Panduan yang disediakan di laman web myGDEX (http://my.gdexpress.com/guidelines).
9.Step kesembilan : Korang boleh hantar terus barang yang nak dihantar atau tunggu sehingga pickup services ambil di tempat korang.Boleh rujuk senarai rangkaian GDEX di (http://gdexpress.com/malaysia/network/).
Paparan jelas bila di dashboard myGDEX bila korang menjadi ahli.
Tak cukup senang lagi ke? Bagi aku dah cukup senang sangat nak buat penghantaran dengan myGDEX ni. Kalau korang masih tak faham tentang myGDEX ni korang boleh tengok website mereka di bawah ni ye
wahh senang kan ada gdex ni.cpt je sampai hadiah
ReplyDelete