Assalamualaikum
Menu buka puasa Ramadhan ke-20 | Istilah gantung kuali tu biasa.Maknanya skip memasak bagi ibu-ibu ye...hehehehe.Kalau dah hari-hari gantung kuali,memang kuali tu bontot tak hitam lah jawabnya kan.wakakaka...Actually gantung kuali tu bukan selalu sangat.Tapi kadang-kadang dan jarang-jarang sangat bergantung.Tapi disebabkan semalam ,memang tak sempat untuk memasak,maka babah ajak umi makan kat luar.Kalau balik pun tak sempat ler nak memasak kan.
Kenapa makan kat luar?Hari isnin,Naura dan umi tak sihat.Malamnya pulak,Naura tak boleh nak tidur,resah je dia sepanjang malam sambil garu-garu badan dia.Umi pulak memang tak boleh lelap mata.Sikit-sikit dia bangun merengek sambil menggaru.Jadi tangan umi ni tak lepas menggaru badan dia.Bukan setakat badan,dari kepala hingga ke kaki dia kena gatal-gatal.Umi pun tak tau kenapa dia kena macam tu.Pernah sekali dia kena,tapi dah lama.Mungkin disebabkan demam tak kebah sampai keluar bintik-bintik macam ruam gitu kat badan dia.Orang kata mungkin badannya terlalu panas..Wallahualam.Sampai ke pagi umi tak dapat nak tidur.Dapatlah lepas sahur dalam pukul 5.30 gitu,azan subuh je,umi dapat tidur.Sedar-sedar dah kesiangan dah.Pagi tu jugak babah whatssap bos mintak cuti emergency.Dah risau kat anak dia badan merah-merah.
Nak harapkan umi bawa dia sorang-sorang memang umi tak larat.Pergilah umi dan babah ke klinik kerajaan.Plan babah nak hantar je ke Hospital,tapi umi cakap,biarlah pergi klinik kerajaan biasa je dlu.Rasa kalau teruk mesti diorang refer ke Hospital kan.Tapi bila doktor kata kena virus biasa je..(aku tak tau nak menyebutnya) jadi hati umi lega.Lepas pada ke klinik,mintak babah temankan pergi cari barang sekejap.Sambil planning mana nak makan.Akhirnya babah bersuara nak try makan kat Boss Corner kota Masai.
Kami pilih yang ada set je.Cuma tambah sotong goreng kunyit dan air jelah kan.Jomlah tengok menu berbuka puasa kami by Boss Corner
Udang goreng kunyit
Air tembikai
siakap stim limau
tomyam campur
kerabu betik
kailan ikan masin
Yang penting semuanya habis di makan tanpa membazir..Alhamdulillah..Moga Allah swt murahkan rezeki babah untuk belanja anak-anak dan mak dia sekali eh...
→Thanks for Reading kisahsidairy.com←
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com
semoga mama dan naura cepat sihat ye...sedapnya tgk ikan masak stim dgn kerabu betik tu..
ReplyDeleteNi yang tepi jalan dekat gan ECO tu kan Eda, belum gak try, nanti nak test gak laaaa
ReplyDeletesedap tu siakap stim & tomyum
ReplyDeleteJanjiKita