Kebetulan masa ke klinik tempohari,sempatlah terjah Jusco Permas untuk tengok handbag yang aku nak.Banyak pilihan dan harga memang dia bagi kaw-kaw oii...Dari harga Rm300++ dapat harga RM150++ Tapi aku takdelah beli yang new collection.Beli yang biasa-biasa..yang old model mungkin..Tapi takpelah kan.Janji dapat beli.
Yang dalam ni Harga lebih murah dari yang ada kat sebelah sana tu
Aku survey gak purse carlo rino ni.Semuanya atas Rm100.Disebabkan budget untuk membeli handbag tidak boleh lebih dari RM200,so aku pilih untuk membeli handbag jelah kan.Pelbagai jenis handbag yang membuatkan aku rambang mata.Part ni kena amik masa yang lama untuk memilih
Sling bag pun ada.Tapi aku takdelah nak pilih sling bag ni.Lebih kepada nak ke Handbag je,sebab itu lebih perlu kan.
Sebenarnya ada beberapa tips yang kita perlu lakukan untuk membeli beg.Bukan nampak tu terus boleh beli tau.Dari pembacaan aku dari blog beautifulnara,abang nara ada kongsingkan 3 tips penting dalam membeli beg.
3 TIPS TERBAIK MEMBELI HANDBAG
1.KEGUNAAN BEG TERSEBUT
Kita perlu tahu adakah kita membeli beg/dompet ini bertujuan untuk menghadiri majlis tertentu atau untuk kegunaan harian.Jika kita memerlukan bag ini untuk kegunaan harian,contohnya untuk dibawa ke pejabat setiap hari,beg yang harus kita pilih adalah yang lebih praktikal,efisian dan tidak terlalu menonjol.
2.WARNA BAG
Warna yang universal yang boleh kita padankan dengan hampir kesemua baju yang dipakai adalah warna hitam,coklat dan kelabu.Namun,sekiranya kita nak tampil lebih bergaya,bolehlah kita melakukan eksperimen dengan memilih beg yang mempunyai warna tambahan seperti warna hijau,merah atau kuning.gabungan warna ini pasti akan menonjol dari rakan kita yang lain.
3.JENIS BADAN
Jenis badan juga mempengaruhi dalam pemilihan beg ni tau.secara asasnya,mereka yang mempunyai badan yang tingi dan kurus,haruslah memili beg yang bersaiz sederhana dan berbentuk bulat.Manakala mereka yang berbadan gempal,beg yang berbentuk panjang adalah lebih sesuai untuk anda.Sekiranya menggunakan beg yang disandang di bahu,titik fokus bagi mereka yang memandang anda ialah di tempat di mana beg itu terletak.Contohnya sekiranya beg itu terletak di pinggang,maka,bahagian pinggan anda akan lebih kerap diperhatikan.
Nampak tak,tips ni sangat berguna untuk korang.So,seperti yang disebutkan di atas sekali iaitu kegunaan beg tersebut,haruslah aku guna untuk bekerja dan buat jalan.Takdepun any special occasion yang aku attend.Takat bawak pi berjalan dan pergi kerja.kali ni aku memilih warna kelabu.Husband dah warning jangan beli warna hitam.So,kita pendamkanlah hasrat nak berhitam tu.
Apa jenis handbag yang aku pilih?Hah..tengok bawah ni.
v
v
v
v
v
v
v
v
v
tadaaaa
Hah..inilah bag yang menjadi pilihan hati aku.Bewarna kelabu dan yang penting ada seling bag terus.Jadi boleh buat 2 in 1.Ok kan.Lagi satu aku suka kuda yang cute tu..hahaha...Si Dak Naura dah aim nak tarik je kuda tu..Sekali mak dia jeling,hah...memang nak kena ler jawabnya kan
Harga dari Rm300++ jadi RM150 je.Not bad kan.
Kot korang nak cuci mata tu boleh lah terus ke butik Carlo Rino atau korang boleh je shopping online.Tapi tak taulah boleh sampai sebelum raya ke tidak.Ataupun korang pergi lah ke mana-mana outlet Carlo RIno ni ye...
Aku bagi website yang boleh korang cuci mata kat bawah ni
https://shop.carlorino.net/collections
cantik bag
ReplyDeletekan rabiah..semua cantik
DeleteNak terjah gak laaaa hehehehe..
ReplyDeleteAnak tengah cari bag ni ..
sila pergi dengan kadar segera
Deleteamboiii shopping henbeg..hehe
ReplyDelete