Assalamualaikum
Ajar anak cara kemas Mainan mereka sendiri | Stressed sangat tau bila nampak mainan bersepah.Kalau tak dibelikan mainan kang,dia boring pulak,takde kang aktiviti untuk dia.Bila dah banyak sangat mainan,bersepah pulak.
Kadang² tu bila mood dia baik,oklah dia akan kemas,kalau mood malas dia datang,bila aku suruh dia kemas,dia pulak yang suruh kita kemas..Bertuah kan budak sorang ni.Walaupun kadangkala timbul kekerasan bila nak mengajar dia,masa tulah terfikir balik,wajar ke kita nak ajar anak kita dengan kekerasan.Agak-agak berbaloi tak bila kita mengajar dengan cara kekerasan tu.Yelah,ibu bapa ni,ada masa kita nak mendidik anak² tetapi cara kita tak kena kan.Dan ilmu untuk menjadi ibu bapa tu sentiasa kita kena cari.Bagaimana nak tangani masalah anak pun kita nak kena tahu.
Macam apa yang aku buat kat Naura,kadang-kadang ada jugak naik tangan,tapi bila dah naik tangan,dia menangis,selepas tu rasa kesal sebab buat macam tu kat dia.Taulah kan budak,bila datang tantrum dia tu,sampai kita jadi stressed.So,sebagai ibu,bukan kata aku ni ibu yang bagus kepada Naura,Tapi kalau boleh aku nak jadi ibu yang terbaik untuk mendidik dia.Nak mengajar anak bukan semudah yang disangkakan oi..Macam-macam kita nak kena hadap.Nasiblah aku bekerja,Bagi ibu yang tak bekerja,24 jam dengan anak,mestilah mereka lagi stressed bila anak buat sepah.suri rumah tangga yang tak bekerja,tak bermakna mereka dok goyang kaki kat rumah tau.
Untuk mengelakkan kita stress dengan mainan yang berlambak,bersepah tu,paling penting kena disiplinkan anak-anak kita.Sekarang ni aku ada toy baru yang aku belikan untuk Naura untuk memupuk kerajinan dia untuk kemas.Kalau dia tak kemas,aku ambil box tu dan letak dalam bilik belakang sambil cakap kat dia,Kalau Naura taknak kemas,umi nak buang je mainan ni.Then aku cubalah ajak dia kemas cara baik..Aku ada baca di blog siraplimau tentang tips 7 cara ajar anak kemas Mainan anak menggunakan teknik psikologi.Benda yang baik kan,why not kita share,dalam pada yang sama,aku pun belajar.
7 CARA KEMAS MAINAN ANAK MENGGUNAKAN TEKNIK PSIKOLOGI
1. Berlumba dengan Anak
cara mengemas dengan berlumba dengan anak.Satu teknik yang aku rasa boleh menimbulkan satu keseronokkan pada anak.Yelah,budak-budak ni memang tau nak berseronok je kan.So dengan cara Race against time,boleh jadikan ia satu cabaran untuk anak-anak atau dengan erti kata lain Time-Bound Challengge.Kita tambah pulak dengan menggunakan Stopwatch dan mula berlumba dengan anak.
2.Jadikan ia satu aktiviti yang menyeronokkan
kita boleh je jadikan aktiviti tu sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan iaitu Make it Fun.Maknanya,kalau kita sedang kemas kereta api atau bus,atau lain-lainnya,bunyikan sekali maianan tu sambil memasukkan mainan itu ke dalam bekas mainan.Jadi mak ayah ni kena kreatif.Mesti ada imaginasi macam kita ni berada di tempat dia...kita pulak yang seronok.Jadi takdelah kita jadi singa masa nak mengemas mainan tu.
3. Janji akan bermain lagi
Sebelum kita nak suruh dia kemas tu,ambil masa sikit untuk bermain dengan dia,Lepas tu cakaplah kat dia,oklah,sampai sini jelah main dulu.Nanti kita main lagi..Jom kita kemas sama-sama.Kalau dia taknak berhenti bermain,pandailah kita pujuk dia untuk bermain kemudian.Kita tak boleh nak paksa mereka untuk terus kemas,kena take time dan perlu banyak bersabar dalam melayani karenah mereka.
4.Puji susunan mainan yang dah mereka susun
Walaupun mereka menyusun tu tak senang dek mata kita,tapi mereka dah ambil inisiatif untuk membuatnya,So kenalah puji mereka walaupun dengan ayat yang biasa kita buat,"eh..pandainya Naura kemas,Cantiklah...Naura Good girl..Itu perkataan yang selalu aku cakap kat dia.So mestilah diorang akan gembira.Dan secara tak langsung,mereka akan buat lagi untuk menerima pujian.Dan ia boleh menjadikan satu motivasi untuk mereka pada masa akan datang.
5.Sentuhan Terakhir
Bab ni,kita kena buat lebih dari dia,sebab anak ni kan cepat bosan kalau buat sesuatu.dan kadang-kadang anak kita tidak mampu untuk kemas sendirian.Sebab tu bila terlalu banyak mainan,dia akan jadi malas untuk kemas,Biar kita kemas 80% dari mainan mereka dan selebihnya mereka yang buat.Yang penting dia yang akan buat finishing kemas mainan tu.Secara psikologi ,seperti mereka yang mengemaskan semua mainan mereka 100%..
6.Rumah haruslah kemas
Ni penting,sebab bila rumah tak dikemas,lepas tu kita mintak pulak anak kita untuk kemaskan mainan dia.Mesti dalam fikiran dia akan berkata tentang keadaan rumah yang kita sendiri tak kemas,bila mainan mereka,kita mintak dia untuk kemas.Biasalah kan otak budak ni ligat je.hehehe
At least,persekitaran kita kena kemas.Jadi takdelah mentaliti anak kita tak terserong pada kita...kan..kan...
7.Main tarik Tali
cuba untuk mengatakan kalau tidak kemas,umi bagi mainan tu kat orang lain.Ataupun umi simpan je dalam stor,lepas ni tak boleh main.Jadi mereka akan takut dan mesti akan ikut perintah kita.Kalau tak pun,buang jelah betul-betul dalam tong sampah.Baru nampak real.Jadi mesti diorang takut mainan mereka dibuang.So,kita cuba untuk mendisiplinkan mereka.Supaya bila mereka besar,mereka akan terbiasa.Dan di mana-mana pun ,mereka akan kemas.
sumber :https://siraplimau.com/cara-kemas-mainan-anak-ajar-psikologi/
So,kita kena cuba untuk disiplinkan diri anak-anak dari sekarang.Kalau dah besar,payah la sikit nak membentuk mereka.Yang paling best,apa yang aku buat untuk Naura,Aku belikan box cantik macam kat bawah ni untuk menarik minat dia supaya lebih rajin untuk mengemas.Walau kadang-kadang tu,payah sikit, tapi bila kita biasakan dia,insyallah..Moga Naura akan disiplin dalam bab kebersihan ni.Aku belikan dia Multifunction Home storage box toys ni untuk dia.Bukan kata mianan,dengan dia² pun boleh jugak masuk dalam ni.
Multifunction Home storage box toys
Ada lah sikit kerajinan dia bila ada box ni.Box ni boleh tarik sebab dia beroda.Jadi boleh dia kutip dan bawak box ni kan.Aku beli yang size XL,banyak mainan yang boleh masuk.Tu separuh je yang dikutip.Ada lagi,dan ada yang dah umi letgo dah..Semak je bebanyak.Sampai sampah pun ada dalam tu jugak
→Thanks for Reading kisahsidairy.com←
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com
bagus ajar anak dari kecik mengemas hehe
ReplyDeletenak biasakan dia dari kecik tolong mengemas..harapnya sampai la dia besar
Deletememang kena didik dari kecil.. pelan2 nanti dapat bentuk character yang bagus =D
ReplyDeletebetul tu siti...
DeleteBetul tu kak. Surirumah yang bekerja dari rumah lagi parah. HA HA HA. Thanks for the tips. Benda-benda mcm ni sbnrnya kita dah sedia tahu, tapi selalu terlupa nak apply. Kena tampal kat dinding bagi ingat - www.ceritamak.com
ReplyDelete