2 Ekor Bulus untuk peneman Naura | Aku tak tau samada tindakan aku ni secara drastic atau tak dengan memberi dia permainan kat dia.Semuanya macam serentak.Ada 3 benda baru yang aku beri kat dia.Dalam entry PLAYGROUND SLIDE UNTUK SI NAURA,aku ada ceritakan kenapa aku beli semua benda ni untuk dia.
Ada orang kata,kenapa tak bagi adik je untuk si Naura ni,yelah,yang berkata-kata sangat mudah kan,tapi yang menghadapinya,itu satu cabaran yang sangat sukar untuk diterima.Tapi sikap positif selalu aku terapkan dalam diri ni.Walau dalam hati ni kekadang nak sumpah seranah je orang yang senang-senang nak berkata tu.Well said,manusia memang selalu macam tu,kadang-kadang berkata tanpa berfikir tentang persekitaran.
Sebenarnya niat nak membela kucing tu dah lama,bukan sebab aku ni pencinta kucing,tapi lebih kepada nak buat hiburan untuk family kecil kami.Especially untuk Naura.Serius aku ingat siNaura ni takut dengan kucing.Sebab tu masih berkira-kira untuk mengambil anak angkat..eh..eh..anak kucing..Rupanya pandangan aku meleset betul dengan penerimaan Naura dan kucing.
Sejak adanya si Opet dengan Oshin ni,dia berubah 100% tau.Ada kawan untuk dia berbual,bermain..dan begitu jugak dengan kami.Setiap pagi,bangun je tidur,Naura akan jengah si kucing ni.Bercakap-cakap dengan kucing.Sampai kekadang siap marah sebab kucing ni bergaduh kat dalam sangkar.Balik dari Taska pulak,terus main dengan kucing.Bagi kucing makan..And seriously,aku suka dengan perubahan dia.Actually,bukan itu sahaja tau yang Naura ada,sebelum kedatangan kucing,masa aku berjalan-jalan di Maslee,terjumpa sebuah petshop yang menjual ikan dalam balang kecik tu.Masa tu nak bertanyakan kucing je.Tapi si Naura tu dah ke tempat ikan yang cantik-cantik tu..Sambil tangan dia dok kuis-kuis akuarium tu..So,aku tanya kat dia samada dia nak ikan ke tidak.Terus dia angguk.And bila aku tengok harga ikan tu tak mahal mana,aku terus belikan untuk dia.Seekor ikan di dalam akuarium kecil include makanan dia,dalam RM10 sahaja..Murah kan...
Kawan baru si Naura selain #thebulus
Ok dah...Cerita pasal #thebulus tu pulak..Sebab entry ni memang untuk dia je.haha...Ok..Aku dapat #thebulus ni dari group kucing tau.Ingat nak beli je kucing parsi yang jual kat luar..Orang kata kalau bela kucing parsi ni,dia jinak sikit dan tak garang berbeza dengan kucing biasa.aku ni kan penakut kucing..hahaha...Tapi harga parsi atau yang kacuk ni mestilah mahal kan.Pernah tanya kat kedai dalam RM500 tau.So,macam tak cukup budget nak beli dengan harga tu.
Bila tengok kat group,tetiba berkenan dengan yang dua ekor ni.Kata Owner kucing kacuk jugak.Cuma masa tu aku tak kisahlah kacuk ke ape,Janji dapat kucing.Ada je yang suruh aku ambil kucing kat pasar,tapi seperti yang aku bagitahu korang,aku ni penakut kucing.Nak pegang kucing pun aku takut..Seriusly la weh..Ini pun apa mimpi aku nak membela kucing.
So,bil dah set time nak ke rumah owner untuk ambil kucing ni,padahal aku tak prepare pun barang kucing.Ingat senang nak amik gitu je.Makanya mak kucing pun,terus google tentang kelengkapan yang perlu ada untuk menerima si kucing ni.
Meh aku kenalkan.Yang besar sikit tu Oshin dan yang kecil tu Opet...
PERSEDIAAN MENGAMBIL KUCING BAGI MEREKA YANG PERTAMA KALI INGIN MEMBELA KUCING
1.Persetujuan
Kenapa aku kata persetujuan dan persetujuan apekah? Harus ada persetujuan dari family dan pasangan.Bukan apa,kotlah ada yang tak setuju,macam mana nak sama-sama uruskan kucing tu nanti.Kang kucing tu berak ke ,main bersepah ke,takkanlah kita nak kemas sorang²..Penat oiii..
2.Minat
Of course kena ada minat lah dengan kucing.Macam aku ni,entah ek..tak taulah aku minat ke tidak.Cuma rasa nak menimbulkan minat tu demi anak.And of course,husband aku minat dengan kucing ni.So,itu yang aku setuju nak bela #thebulus
3.Barang-barang kucing
Nak tau jugak kucing apa yang kita akan bela,kalau kucing biasa yang dah biasa dengan kehidupan bebas,so takde masalah sangat kan.Kalau kita tau mereka² ni memang hanya dalam sangkar,so wajib lah ada benda-benda penting macam di bawah ni
-Sangkar
Pastikan sangkar tu selesa untuk kucing.Disebabkan #thebulus ni dua ekor,so aku ambil yang besar sikit.Dua tingkat untuk mereka.
-Makanan kucing.
Kena tau kucing makan makanan jenis macam mana.Macam kucing aku ni owner dia kata dia makan makanan kucing jenama Button and bows.Tapi bila owner dia cakap,tak kisah dia bagi makanan apa pun,so aku beli jenama lain sebab jenama ni takde kat kedai tu.
-Pasir Kucing
Aku beli pasir jenama CatsPro..ada bau lemon sikit.Kira murah jugaklah kan pasir kucing ni.Orang kata,kena pastikan jugak,kucing ni kita bela dia indoor ke outdoor.Kalau outdoor kucing takde masalah sangat,bau najis tu takdelah kepam sangat kan.So,kalau indoor ni,kena cari jugak lah kan jenama pasir yang ok sikit..
Cat Carrier
Ni bagi aku penting jugak..Masa nak ambil dia #thebulus tu aku memang beli cat carrier ni.Yelah,kalau tak takkan ler nak angkut gitu je.Buatnya #thebulus berak dalam kereta,bersepah-sepah..naya je weh..
Tempat makan kucing/air
Of course benda ni perlu.Kalau korang 1st time nak bela kucing,ko cakap je dengan tuan kedai tu,korang baru nak mula bela kucing,apa alatan yang diperlukan,for sure dia akan tolong korang carikan barang yang korang perlukan
Cat Scrather Pad
Ni aku belum belikan dia lagi.Tapi aku rasa memang wajib ada benda ni sebab #thebulus yang sekor tu dah 5 bulan,so dah pandai nak mencakar-cakar.So,ni on the way je..Aku beli kat Shopee murah sikit
Cat Litter Stray
Wajib lah kot ada,kang dia nak berak kencing kat mana pulak.Kotlah korang nak dia bersepah-sepah buang air,silakan jangan beli..hahaha...Tapi bila dah ada tempat najis ni,kena rajin-rajin ler buang taik dia eh
Ubatan/Vaksin/Sunat
Kena buat bagi memastikan kucing sihat.Ubatan seperti ubat kucing,vaksin perlu tau.Orang katalah kan,sekali vaksin pun dah cukup,tapi kalau kita nak pastikan dia sentiasa sihat,silalah bawa selalu.So far,tujuan kita sunatkan tu kena tau kenapa.Kalau tak tau silalah google..So bab sunat dan vaksin ni aku belum lagi buat,insyallah,bulan depan aku akan buatlah.
Hah..aku tak surelah samada ada lagi ke tak perkara yang perlu kita titik beratkan dalam penjagaan kucing ni.Rasanya banyak.Tapi itu mengikut pengalaman aku dalam bidang baru aku ni..Biasalah,macam kita ada anak kecik jugak,banyak benda kita kena buat sebelum terima baby kan.Macam tu jugak dia..
Betul..yang persetujuan tu kena sama-sama setuju. Jadi takde jadi isu bergaduh nnti dengan bau tak kucing dan hancing kucing huhuhu.. Sebab dah melaluinya, so tau huhuhu
persetujuan tu sgt penting kak eda. mcm dilah ni bkn x suka/takut kucing.. tp bulu kucing yg lembut tu buat dilah terkejut2.. mmg x boleh kucing dekat2.. so mmg tak bagi husband bela kucing kat rumah..
alorhh...tak tau akak ok je kalo bukan parsi..kita ada dua ekor anak kucing nak let go ni..hahaha..tengah berkira2 nak cari tuan baru..kalau ada yang cari, habaq mai noo..
Betul..yang persetujuan tu kena sama-sama setuju.
ReplyDeleteJadi takde jadi isu bergaduh nnti dengan bau tak kucing dan hancing kucing huhuhu..
Sebab dah melaluinya, so tau huhuhu
kan sis...sebab tu kena ada persetujuan
Deletebetul tu kena ada persetujuan nanti kita takde siapa nak jaga kucing tu semua
ReplyDeleteyelah...nanti kesian kat kucing tu...
Deletepersetujuan tu sgt penting kak eda. mcm dilah ni bkn x suka/takut kucing.. tp bulu kucing yg lembut tu buat dilah terkejut2.. mmg x boleh kucing dekat2.. so mmg tak bagi husband bela kucing kat rumah..
ReplyDeletealorhh...tak tau akak ok je kalo bukan parsi..kita ada dua ekor anak kucing nak let go ni..hahaha..tengah berkira2 nak cari tuan baru..kalau ada yang cari, habaq mai noo..
ReplyDeletewelcome to the clubbb wonderFURRRRR world...dunia makhluk berbulu... eheheh comelnyer..rindu msa anak2 bulus kecik dulu..hehehe
ReplyDeleteBestnya kucing.. saya pun peminat kucing. Menariklah ni :)
ReplyDeletebest jugak ada kucing buat jadi teman main, dekat rumah pun ada sekor parsi punye :D
ReplyDeletealahaii dua2 comel.. muka cute!
ReplyDeletekalau saya memang rejek 100% sebab saya sendiri alergik dengan bulu kucen...sekian :)
ReplyDelete