Assalamualaikum
Pasar Percuma Edisi Raya di Pasir Gudang | Untuk entry ni aku nak war-warkan tentang Pasar Percuma Edisi raya yang akan di adakan dalam masa terdekat ini.Khususnya untuk warga Johor dan berhampiran dengannya.Korang tahu ke apa itu Pasar Percuma
Apa Itu Free Market
Free Market ni adalah satu kaedah macam Pasar pagi yang kita pergi selalu tu.Tapi bezanya ia tidak melibatkan sebarang pembelian dengan menggunakan wang.Konsepnya sangat mudah iaitu sesiapa yang ada barang keperluan yang masih elok atau yang baru.Ia melibatkan barangan seperti pakaian baru atau terpakai yang masih elok,barangan dapur dan sebagainya.Barangan ini akan dikumpulkan di satu tempat untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan.Tidak juga kepada golongan asnaf,pengunjung juga boleh datang dan mengambil barangan yang disukainya tanpa perlu membayar apa-apa pun.
Begitu juga Pasar Percuma Edisi Raya ini yang akan diadakan pada 2 Jun 2018 ini memerlukan sumbangan seperti baju ,beras,tepung dan gula serta kuih raya ,kerepek dan sebagainya.
Sesiapa yang ingin memberikan sumbangan bolehlah menyumbang dengan ikhlas di tempat yang dinyatakan di bawah
Bertempat di Dewan Terbuka Taman Cendana Pasir Gudang Johor
Masa : 9.00 Pagi hingga 12.00 tengahari
Hari : Sabtu
Tarikh : 2 Jun 2018
Bagi korang yang ingin menyalurkan sumbangan tersebut,boleh lah menghubungi PIC di bawah ini
LIN : 012-7669156
HAZWAN : 017-7525245
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menceritakan tentang 7 jenis manusia yang mendapat naungan di suatu, hari yang ketika itu tidak ada naungan lain selain dari Allah, yaitu hari akhir. Salah satu jenis manusia yang mendapatkannya adalah:
رجل تصدق بصدقة فأخفاها، حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه
“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.” (HR. Bukhari no. 1421)
→Thanks for Reading kisahsidairy.com←
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com
Assalamualaikum. Singgah baca entry ini. :) Jemput ke blog saya https://dindamaisarra.blogspot.my/
ReplyDelete