Assalamualaikum
Menu Berbuka Puasa Ramadhan ke-5 | Alhamdulillah...dah sampai ke puasa yang keenam hari ini kan.Moga Allah swt sentiasa memberikan kesihatan yang baik untuk kita untuk kita terus melakukan ibadah yang baik di bulan Ramadhan yang mulia ni.
Bukan sahaja sihat untuk meneruskan ibadah,nak menyediakan juadah untuk keluarga tersayang juga.Yelah..Kita yang perempuan ni selalu kena fikir nak masak apa.Apa yang nak dihidangkan bersama dengan juadah puasa.Nak ke Bazar Ramadhan tu memang lah tak menyempat.So,kita makan jelah apa yang ada.Hari tak bekerja nanti dapatlah sediakan menu yang special sikit kan.Aku ada ceritakan Tips memasak di bulan Ramadhan Bagi ibu bekerjaya.
Menu berbuka puasa Ramadhan ke 5 ni macam biasa aku katakan,sesimple yang mungkin.Cuma masa pergi ke Pasar tu,MIL nampak Ikan duri ni.So,dia beli seekor.Harga sekilo ikan duri ni dalam RM8.Tak besar sangat pun.Tapi cukuplah seekor tu untuk kami sekeluarga.Kebiasaan bila restock barang basah,mesti cari ikan,ayam,sotong dan udang.Tapi bila nampak ayam,dah muak rasanya.So kita tambah pulak dengan ikan masin untuk menambah lagi selera.
Asam Pedas Melaka Ikan Duri
Kacang goreng bersama udang
Timun Jepun
Ikan kering
Aku tak tau apa nama ikan kering ni.Tapi dia panjang-panjang dan kalau digoreng akan memberikan rasa rangup.Tu memang pebret aku sekeluarga.Dan juga ikan selar kuning tu untuk anakanda.
Alhamdulillah..kenyang kami sekeluarga.Syukur sangat dapat berbuka puasa dengan nikmat yang diberikan.Moga Allah sentiasa permudahkan urusan kita semua.Kalau korang mencari menu untuk berbuka puasa,boleh refer entry
Menu buka puasa yang simple ni.Mana tau boleh bagi idea untuk korang masak kan....
Selamat Berpuasa........................
→Thanks for Reading kisahsidairy.com←
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com
alhamdullilah
ReplyDeletealhamdulillah...
Deletesedapnya asam pedas ikan duri..
ReplyDeletesesekali pekena ikan duri memang best
Deleteakak telan ailio seploh kali tengok kuah asam pedas
ReplyDeletebebaik batal pose tau kak...hahah
Deletefavourite asam pedas tu.selamat berpuasa sis
ReplyDeleteramai yang suka asam pedas ni..
DeleteSharela resepi asam pedas tu.. sedapp
ReplyDeleteadoi..asam pedas ni biasa je...
Deletesimple but nice macam ni la yg kita cari. hehehe.
ReplyDeleteJanji kenyang.. Hihi
Delete