Assalamualaikum
Hai korang..Alhamdulillah..dah masuk hari ke-5 kita berpuasa kan.Rasa macam sekejap je masa berlalu.Baru dapat update menu untuk ramadhan ke -4.Actually,ramadhan pertama hingga ramadhan ke tiga aku berbuka puasa di kampung.Tak payah ceritalah kalau dah berbuka puasa di kampung.Menu macam-macam,cuma aku tak sempat nak update je menu makanan untuk berbuka puasa.
Bukan tak sempat apa pun,nak tolong sediakan persiapan untuk adik berniaga di bazaar,sediakan sedikit kuih muih dan sebagainya.Aku ada cerita pasal mak berniaga di Bazaar pada tahun lepas di entry INI.Syok weh berniaga kalau semua makanan korang laku keras.
Dan sepanjang berpuasa ni,tak pernah lagi aku menjejakkan kaki ke Bazar-bazar ramadhan.Belum berkeinginan lagi nak pergi.Bukan apa,dah semakin berusia ni,macam dah tak seronok pulak ke bazar.Lebih suka makanan yang ringkas sahaja tanpa membeli makanan luar.ehehe..Berbuka puasa pun belum lagi rasanya kat luar.Ada jugak teringin nak buka puasa kat luar, cuma tak tau bila masa sesuai nak berbuka di luar.Insyallah,hujung minggu nanti kan..mana tau.Eh..kalau korang ada plan nak berbuka puasa di luar,boleh la refer entry aku Senarai buffet ramadhan 2018 sekitar Johor Bahru.Banyak Hotel dan restauran yang menawarkan harga yang murah dan berpatutan untuk berbuka puasa nanti.
So apa menu untuk ramadhan yang keempat ni?
Kuih bakar..Actually kuih ni dikukus..Ni jiran yang bagi
Pelam dan rojak sos rojak buah
Sambal udang
Ikan goreng dan Ayam goreng
Kobis masak lemak
Menu yang cukup ringkas bagi kami 3 beranak.Alhamdulillah..kenyang perut.Semalam sempatlah buat sirap pandan selasih.AKu memang minat dengan sirap yang letak daun pandan..Sedap tau.Korang pulak macam mana.
Menu untuk ramadhan ke -5 masih tak tau lagi.Tapi MIL ada cakap dia nak masak asam pedas ikan duri.Disebabkan dia ada di rumah,maka dialah yang akan memasak untuk kami.Nanti aku up lagi menu berbuka puasa untuk ramadhan ke-5 ni eh.,
Selamat berbuka puasa............................................................
→Thanks for Reading kisahsidairy.com←
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com
Sedap-sedap menunya semua..
ReplyDeleteAda Emak masak best-best laa menunya yee...
Lagi best kalau adik beradik lain balik jugak.. Baru meriah menu
Deleteye betul semua sedap
ReplyDeleteAlhamdulillah...
Deletekuih bakar tu adalah feberet kita
ReplyDeleteKan.. Samalah.. Cuma yang ni dia tak bakar.. So tak berapa kick
Deletesedappnya
ReplyDeleteBiasa je rabiah
Delete