Ketahui Perbezaan O-matcha dan Teh Hijau | Pernah tak korang mengenali apa itu O-Matcha? dan apa bezanya dengan Teh Hijau? Actually aku tak pernah tau pasal O-Matcha sehinggalah di perkenalkan oleh Owner Cafe Tsujiri iaitu Mr.Alex. Gara-gara pergi ke Food Review tu lah aku mengenali perbezaan O-Matcha dengan Teh Hijau tau.Korang boleh tengok entry aku masa ke TSUJIRI tu di SINI.Tetiba macam nak pi repeat makan kat sana lagi.Terngiang-ngiang kesedapan makan aiskrim matcha ni tau.
Apa itu Matcha dan Teh Hijau
Actually kedua-dua minuman ini sebenarnya berasal dari tumbuhan yang sama iaitu Camellia Sinensis yang berasal dari China.Walaupun sama,ada perbezaan yang terdapat pada tumbuhan ini iaitu dari segi cara proses dan penanamannya.
Proses membuat matcha sangat berbeza dengan Teh hijau.Tumbuhan teh ini ditutup kira-kira 20-30 hari sebelum penuaian untuk mengelakkan cahaya matahari.Jadi teh hijau ini akan menjadi warna gelap dan ia dapat meningkatkan pengeluaran asid amino kerana kelimpahan klorofil yang terdapat dalam daun gelap.
Selepas melalui proses penuaian,batang dan urat halus dipisahkan dari daun.Kedua-duanya ditumbuk dengan batu sehingga licin dan menjadi serbuk hijau terang.Dalam proses ini bahan matcha lebih tinggi daripada teh hijau biasa.Tidak seperti teh hijau biasa,daun-daun pada matcha dikeringkan dalam masa yang singkat ,untuk mengekalkan warna hijau
PERBEZAAN YANG TERKANDUNG DI DALAM MATCHA DAN TEH HIJAU
Teh hijau biasa mempunyai kira-kira 63mg antioksidan berbanding matcha yang mempunyai kira-kira 134mg katekin-antioksida yang kuat yang memberikan banyak manfaat untuk kesihatan.Ini bermakna,satu cawan matcha mengandungi antioksidan yang sama seperti 3 cawan teh hijau.
Antioksidan yang terdapat pada Matcha ini lebih tinggi berbanding semua buah-buahan dan sayur-sayuran.Walau bagaimanapun,kandungan dalam teh hijau juga tidak kurang baik,hanya faedah yang dihasilkan oleh matcha lebih besar.Teh hijau biasa mengandungi polifenal yang boleh menghalang keradangan dan bengkak,walaupun kandungannya lebih tinggi dari matcha.
Perlu diingat bahawa secawan matcha mempunyai kafein yang tinggi iaitu kira-kira 35mg.
MANFAAT MINUM MATCHA
1. Tubuh mendapat Antioksidan
Antioksidan berfungsi untuk mencegah radikal bebas yang terbentuk di dalam tubuh.Radikal bebas dapat menyebabkan kerosakkan jaringan dan sel.Menurut kajian,zat yang terdapat di dalam matcha mampu mencegah keradangan di dalam tubuh,membentuk arteri yang sihat dan membantu memperbaiki sel.
2.Kurang risiko sakit jantung
Umum tau akan penyakit jantung adalah penyakit nombor satu punca kematian.Apabila kita minum teh hijau ataupun matcha,ia dapat mengurangkan risiko tersebut kerana dua jenis tumbuhan ini dapat mengubah level,kolestrol,LDL Kolestrol,trigliserida,dan gula dalam darah.
3.Penurunan berat badan
ia juga boleh membantu menurunkan berat badan.Bagi yang berdiet,mereka mungkin mengamalkan sesuatu produk yang menggunakan matcha ini
Nampak tak betapa bagusnya pengambilan matcha ni.Di Malaysia ni kalau dilihat,memang jarang tau orang-orang kita minum matcha ni.Kalau teh hijau tu rasanya ramai yang ambil.Nanti aku cuba cari kot-kot kat pasaraya ada jual.Sebab sebelum ni aku tak berapa nak mengenali Matcha tu ape.
Ooobaru kutahu jugaaa..
ReplyDeleteJom minum matcha
Deletekita pun baru tahu.ingatkan sama je.tp eskrim matcha mmg sedap!
ReplyDeleteJom try kat tsujiri.. Oit.. Power pahit dia
DeleteBerebut eskrim matcha dgn dak naura.haha..jom repeat kak
ReplyDeleteEh.. Jejom weh!!
Deletetulah.Pernah dulu,bos cina.Selalu tiap pagi,ina bancuh teh macha ni lah.Dia kata untuk kesihatan je.Ohh,rupanya untuk awet muda gak erkk.Thanks info
ReplyDeletekita pun nak beli nanti yang dalam paket tu..maklum ler umur dah semakin tua
ReplyDelete