Assalamualaikum
Tsujiri Austin JB menyediakan O-Matcha yang sedap | Pertama kali dalam hidup aku,mengenali O-Matcha ni bila diperkenalkan oleh seseorang.Selalunya yang aku minum hanyalah Green Tea,Tapi ada lagi minuman yang lebih baik lagi dari Green Tea ni.
Korang semua tahukan,Green Tea ni sebenarnya memberikan kesan yang baik pada tubuh badan kita,dan semestinya Matcha ni lebih baik dan lebih pahit dari Green Tea.1st impression aku bila dikatakan pahit tu,rasa pahit ubat yang korang terpaksa telan tu...hahaha...
APAKAH KEBAIKKAN MATCHA
Matcha dan Green Tea sebenarnya berasal dari tumbuhan yang sama iaitu Camellia Sinensis.Yang menjadikan ianya berbeza adalah cara proses dan penanamannya.
Teh hijau biasanya hanya mempunyai kira-kira 63mg antioksidan berbanding matcha yang mempunyai kira-kira 134mg katekin-antioksida yang kuat dan mengandungi banyak manfaat untuk kesihatan.
Matcha ni sama seperti teh hijau lain, mengandungi kelas antioksidan yang dipanggil katekin. Matcha tinggi dalam katekin yang dipanggil EGCG (epigallocatechin gallate), yang dipercayai mempunyai kesan melawan kanser pada badan. "
Bila dah dengar banyak manfaat untuk kesihatan,aku pun cuba dessert dan minuman yang berasaskan Matcha ni.
Lokasi TSUJIRI di Mount Austin JB
Di Johor Bahru,satu tempat yang menyediakan minuman yang banyak manfaat ni tau iaitu TSUJIRI.TSUJIRI ni sebenarnya dah lama di luar Negara,cuma mereka masuk ke Malaysia ni baru-baru je.Hidangan yang menjadi signature kepada TSUJIRI ni of courselah O-Matcha.
Hari tu,aku dan beberapa rakan blogger yang lain,sempatlah merasa kenikmatan O-Matcha ni sambil lepak-lepak dengan pengurus cawangannya iaitu Mr.Alex..Peramah tau orangnya.Dan dia lah yang berikan penerangan kepada kami tentang Tsujiri ni.
Menu yang korang tengok di bawah ni adalah Menu yang dipilih oleh Mr Alex yang merupakan menu yang sering menjadi pilihan pelanggan mereka.
Float Selection O-Matcha Milk
TSUJIRI Parfait
Perbezaan antara Tsujiri Parfait dengan O-Matcha Milk di atas,TSUJIRI Parfait ni ada conflakes,red bean dan juga biskut roll ni.Sedap tau,Naura dan konker Tsujiri Parfait ni.
Ada dua pilihan Aiskrim untuk float samada korang boleh pilih O-Matcha ataupun Haujicha.Haujicha tu maksudnya Matcha yang di panggang hingga keperangan,tu yang warnanya seakan coklat.
SIGNATURE TSUJIRI
Ada dua jenis Signature Tsujiri ni tau.Yang ni memang pure punya,takde letak gula pun.Korang yang tak sukakan gula dan nak ambil sebagai minuman kesihatan,dua minuman ni memang aku suggest.
Rasanya confirmlah pahitkan,and yes,aku boleh habiskan Signature O-matcha
O-Matcha Cappucino
Signature O-Matcha
Cik Puan Blog dah merasa SIgnature O-Matcha dan berjaya menghabiskannya
Shave Ice - Uji Sunset
Unikkan nama dia...EH...mabless sangat tau Shave Ice ni..Boleh makan 2-3 orang.Puas hati sangat makan.Terdapat dua jenis Shaved ice ni iaitu Sunrise dan Sunset cuma bezanya pada topping je,seperti biasa satu krimer dan satu lagi brown suger...Dalam Shave ice ni ada mochi dan juga kacang merah..
Ketiga-tiganya aku bagi 5 bintang
O-Matcha Roll Cake
Rasa not bad,ada creamer dan Read bean.Rasa sedap bila diadun menjadi cake ni tau.
Dark Choclate Chiffon Cake
Memang tak manis sangat,tapi pada korang yang nak rasa manis,bolehlah tambahkan dengan Coklat cair yang diberikan set dengan Dark Choclate CHiffon cake ni.
Warabimochi
Aku paling suka dengan dish ni tau.Macam tepung gomak,tapi dalamnya tu sejuk tau.Nak kata jelly pun ye jugak..hah..macam tulah.Tapi akan ada rasa Red Bean dalam Warabimochi ni
Di antara rakan blogger yang join makan di TSUJIRI MOUNT AUSTIN iaitu mar dan Juju
HALAL certified
Walaupun masih tidak dapat lagi Sijil Halal dari JAKIM,akan tetapi bahan yang digunakan adalah bebas dari dogmatic grounds...So terpulang pada korang nak menilai.
Suasana di TSUJIRI Mount Austin
Korang boleh pilih tempat samada nak makan di dalam atau di luar.Kami memilih untuk makan di dalam sebab ada air cond.Jadi anak pun tak meragam...
Antara koleksi yang korang boleh dapatkan di TSUJIRI
Sebelum balik,haruslah kami bergambar dengan Mr.Alex ni dan juga sebahagian dari ahli JDT Blogger.
Kalau korang nak dapatkan atau nak merasa Dish yang berunsurkan Matcha ni,korang boleh pergi ke Outlet TSUJIRI Johor Bahru di Mount Austin.
Untuk maklumat lanjut adalah seperti dibawah ni
Facebook : TsujiriJB
Instagram : @tsujiriaustin
Website :www.tsujiri.my
Add : 29, Jalan Austin Heights 8/3, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor
Kalau korang tak tau kat mana lokasi,aku sediakan lokasi maps untuk korang seperti dibawah
→Thanks for Reading kisahsidairy.com←
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com
1st time Sal tau O-Matcha...green tea lak tu...sure sedap ni...teringin la pulak
ReplyDeletesedap ni sal...kena cuba tau
DeleteFirst dengar dan tahu O Matcha ni.nampak menarik deko padanya walaupun simple..tapi yg penting rasanya mesti sedapkan
ReplyDeleteye..betul tu....rasa sedap tau..sure nak tambah
DeleteSemua berasas Green Tea. bagus untuk kesihatan ni.
ReplyDeleteNanti bole Sis bawak Suami, sebab dia suka Green Tea ..
hah...sis wajib pegi tau..hehehe
Deletehamboiiii kemain sedap lagi dia tunggak mngkuk hahaha
ReplyDeleteko patut cuba wehhh..haha
Deletebestnya kak eda.. dilah ni suka green tea jugak.. walaupun pahit2 tp best.. hehe
ReplyDeletehaah..sedap dilah...cubalah ke sini nanti
DeleteMarsha peminat matcha....lepas ni boleh cuba
ReplyDeletecuba tau..dekat KL pun ada ni ..cari je TSUJIRI
DeletePeminat green tea wajib ke sini ni. Macam2 menu dari green tea ada. Yg penting halal.
ReplyDeleteSukanya tengok semua menu green tea je kan. Halal dan sedap plak tu. Menu tu pelbagai macam dah tahu nak order mana satu.
ReplyDeleteMenarik, lain dari yang lain kan..
ReplyDeleteNampak sedap. Semua menu berasaskan green tea ye.
ReplyDeletesemua menu macam pelik-pelik..macam best untuk mencuba kan
ReplyDeletesemua tema Green Tea... sedapnyaaaa..
ReplyDeleteokay okayyyy sedapppp! nak kena try!
ReplyDeleteUyul Rosli | JDTBlogger & AFBDotMy