Apa itu beras rebus/Parboiled Rice
Oleh kerana beras tersebut telah menjalani proses stim bersama dengan kulit-kulitnyanya sekali, beras ini telah menyerap begitu banyak nutrisi dan wujud proses pengubahan kanji di dalam beras sehingga menjadikan ianya lebih tahan dari kepatahan dan lebih berderai daripada beras putih biasa dan beras basmati yang tidak direbus/non parboiled basmati rice.
Proses pengestiman beras tersebut tidaklah menjadikan beras tersebut masak oleh itu ianya akan mengambil masa yang sama sahaja untuk dimasak seperti beras yang tidak direbus terlebih dahulu.
Oleh kerana menjalani proses yang istimewa, beras yang direbus/parboiled rice mempunyai kandungan fiber, kalsium, potassium dan vitamin B-6 yang lebih baik daripada beras yang tidak direbus/non-parboiled rice.
http://www.mykeledek.com
Banyakkan khasiat yang terkandung di dalam beras rebus ni.Harap lepas ni akan terus menggunakan beras rebus..insyallah..Tapi sebelum tu,korang tahu tak kelebihan menggunakan beras parboiled ni berbanding dengan beras biasa.Meh aku share sikit apa kelebihan yang terdapat di dalam beras parboiled/beras rebus
KELEBIHAN BERAS PARBOILED/REBUS
- Sangat bersih
- Tidak patah semasa proses
- Sangat elegan dan cantik bentuknya
- Tidak patah semasa di masak
- Semakin memanjang apabila dimasak
- Khasiatnya 80% sama dengan beras perang(brown rice)
Sebab tu bila korang lihat beras perang dipasaran mahal.Tapi tulah kan,tepuk dada tanya selera sendiri.Tengok poket sendiri.Kalau rasa tak mampu nak beli beras perang yang harganya mahal.Cukuplah dengan menggunakan beras rebus ni.
So,umi memilih menggunakan beras JATI PARBOILED ni.Umi beli beras ni di Tesco.Sebab bila cari kat pasaraya biasa,memang payah sikit.Kena cari kat pasaraya besar baru ada.So far harga Jati Beras rebus ni memang affordable lagi bagi Umi.Harga beras rebus jai ni cuma RM19.99 untuk 5kg.
Memang seriau jugak nak mencuba beras ni.Takutlah tak terima dek tekak.Tapi bila rasa beras ni,alhamdulillah...boleh diterima dan insyallah akan terus menggunakan beras ni sahaja.
Nampak tak lain sikit warna beras rebus ni..dia agak kekuningan sikitlah.
Warna beras rebus ni agak kekuningan sedikit berbanding beras biasa yang nampak putih je kan.Bila korang rasa beras ni guna tangan,memang agak berbeza tau.
Alhamdulillah. Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan. KAHKAHKAH
ReplyDeletekan mak...aku dah boleh telan dah beras rebus ni
DeleteSA x pernah makan beras rebus..sekarang guna beras basmati sebab takde kanji..satu rumah dah tukar dah...mahal skit la..
ReplyDeletetak pernah lagi cuba basmathi..tapi harganya boleh tahan jugak kan SA
DeleteTak pernah lagi makan beras rebus. buat masa sekarang Sis makan beras brasmati Pulsa tu..nanti bole cuba ..
ReplyDeleteSo far ok je Basmati pulsa tu...cuma harganya lebih murah berbanding basmathi.
Deleterabia makan beras faiza taj mahal tu..
ReplyDeletewow..beras mahal tu..hehe
DeleteSaya tak pernah cuba lagi beras rebus ni. Sekarang pakai herba poni taj mahal.
ReplyDeleteso far ok je beras ni..tapi kalau pakai herba poni pun ok jgak.cuba ia agak mahal la
Deleteagaknya beras ni la yang housemate beli dulu, pelik sikit rasanya, tak berapa kena dengan tekak..memang kuning sikit warnanya..housemate ade diabetes, sebab tu dia beli beras ni..
ReplyDeletemungkin la tu kot..beras ni taklah berapa sedap.mak akak pun tak boleh nak telan...
Deletepernah nampak beras ni.tapi belum tergerak hati lagi nak cuba..thanx untuk infonya kak
ReplyDeletecuba lah sekali..baru tau rasanya
Deleteharga basmathi dgn praboiled lebih kurang je.. liez br je tahu ada beras ni..
ReplyDeleterasa basmathi lebih mahal kot.praboiled ni ikut jenama gak.
Deleteslm
ReplyDeleteSama pulak stail beras kita. Tapi kalau kat rumah saya, bila masak campur beras biasa jugak supaya ada rasa. Nisbah 1:1.
ReplyDeleteeh da komen rupanya...hahahah...
ReplyDeleteberas yang ni jugak saya makan masa kuarantin hari tu...parboiled cream pusa, tapi jenama lain..sedap pulak rasa dia..maybe sebab jenama jugak kot...
Menarik. Tak pernah pulak jumpa beras rebus ni. Kalau brown rice tu pernahlah jumpa.
ReplyDeletebagus ni utk kesihatan
ReplyDelete