Assalamualaikum
Kelebihan bulan REJAB | hai korang...Dah pun masuk bulan rejab..Syukur alhamdulillah..Seperti yang kita sedia maklum,banyak kelebihan dan keistimewaan di bulan REJAB ni.Rejab sebagai bulan penebus dosa serta bulan untuk menambah ganjaran pahala.
PENGERTIAN REJAB
Rejab bermakna kebesaran atau kemulian.Ia juga membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan.Masyarakt jahiliyyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memuliakan dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab.Bagi umat islam,kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.
sumber: http://dspace.unimap.edu.my/
source : darulmurtadza.com
Korang boleh dapatkan cerita Isra' dan Mi'raj melalui google ye.
So,sebenarnya banyak kelebihan yang kita boleh dapati di bulan Rejab.Rasanya rugi kalau kita tak mengambil tahu tentang kelebihannya.Di senaraikan KELEBIHAN BULAN REJAB untuk kita sama-sama lakukannya.
KELEBIHAN BULAN REJAB
1.Sabda Nabi s.a.w ,Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
2.Sabda Nabi s.aw,Bulan Rejab bulan Allah,Bulan Syaaban bulanku,dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3.Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,Syaaban dengan malam NUSFUnya dan RAMADHAN dengan LAILATUL QADARnya.
4. Malam awal Rejab mustajab doanya(dalam kitab Roudhoh Iman Nawawi)
5.Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertingi(Firdaus).Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
6.Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang,yang menghalakan dia ke neraka(panjangnya setahun perjalanan)
7.Puasa 4 hari pada bulan Rejab,diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari Kiamat.
8.Puasa 5 hari pada bulan Rejab,aman daripada azab kubur.Puasa enam hari pada bulan Rejab,keluar kubur bercahaya muka.
9.Puasa 7 hari pada bulan Rejab,ditutup daripada tujuh pintu neraka.
10.Puasa 8 hari pada bulan Rejab,dibuka baginya lapan pintu syurga.
11.Puasa 9 hari pada bulan Rejab,keluar dari kuburnya lalu MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
12.Puasa 10 hari pada bulan Rejab,dijadikan dua sayap,terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
13.Puasa 16 hari pada bulan Rejab,akan dapat melihat wajah Allah di dalam Syurga dan orang pertama yang menziarahi Allah di dalam syurga.
14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.
17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.
21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.
22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!
23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)
25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
sumber sini
Jom sama-sama untuk kita amati bulan Rejab dan lakukan amal ibadah yang lebih untuk bulan ini dan bulan seterusnya.
→Thanks for Reading kisahsidairy.com←
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com
Jika d baca dgn hati lapang..In syaa Allah entry betul2 bermanfaat buat kita semua.. terima kasih..
ReplyDeletehttps://byshaz.blogspot.my/2018/03/tips-sebelum-membeli-skincare.html
betul tu..
Deletegood sharing..:)
ReplyDeletethank you cik nor
Deleteassalamualaikum eda..perkongsian info yg baik ni...
ReplyDeletewaalaikumsalam mama,terima kasih
Deleteinfo yang bagus ni kak ida
ReplyDeletebetul tu kinah...thanks
DeleteBulan rejab memang banyak kelebihannya kan...
ReplyDeletekan,banyak kelebihannya
DeleteNice info..akhirnye smpi bulan rejab..nk dftr haji arwah ayah nii..
ReplyDeletealhamdulillah..moga dipermudahkan
Deletebulan penuh barakah.. <3
ReplyDeletebetul sangat tu busyra
Delete