Hai korang☺☺ Selamat Menyambut Tahun Baru 2018.Alhamdulillah..berjumpa juga kan kita dengan Tahun baru ni.Macam sekejap je tahun 2017 tu.Ni dah masuk tahun baru.
Banyak sebenarnya suka duka dalam tahun 2017 yang meninggalkan kesan pada diri aku.Dari segi kekeluargaan,persahabatan dan apa jua di sekeliling aku.Semuanya tersenarai di dalam kenangan pahit dah manis dalam kehidupan.
Kalau nak cerita pasal azam,aku sentiasa berazam nak jadi orang,kawan,anak,isteri dan umi yang lebih baik dari tahun lepas.Perbaiki diri dan buang segala sifat negatif yang ada pada diri sepanjang tahun 2017.Jaga mulut,jaga peribadi kerana kadang-kadang apa yang kita sampaikan,akan menjadikan ayat yang berbalik dari sudut seorang kawan.Yeahh..Kadang-kadang bila berkawan ni,kita tak tahu samada kawan kita tu boleh simpan segala rahsia kita,segala luahan hati kita.Bila saatnya kita berselisih faham dengan dia,maka akan terkeluarlah segala-galanya ditambah pula cerita yang ditokok tambah.OK...Dah malas nak cerita pasal bab kawan ni.Kawan ni ramai,tapi kawan ramai bila kita gembira,bila kita duka,kita tak tahu dimana kawan sewaktu gembira.Semua tu cerita,cerita yang kadang-kadang boleh dijadikan satu teladan yang baik atau yang buruk.Pengakhirannya,Wallahualam.
So,aku nak keluar dari sifat yang boleh merugikan aku.Terus fokus pada family.Fokus kepada azam untuk jadi yang lebih baik.
Marilah kita berdoa moga di tahun baru ini Allah swt permudahkan urusan kita,beri rezeki yang berlipat ganda dan sentiasa dibukakan pintu taubat untuk kita semua.
Selamat tahun baru 2018 SR..
ReplyDeleteSemoga azam akan terlaksana 😊
selamat tahun baru kakak
ReplyDeleteselamat tahun baru akk syg! smoga kita sntiasa dalam lindunganNYA. dan dimurahkan rezeki. amin
ReplyDeleteSelamat tahun baru..semoga tahun ini lebih baik dan meriah dari thn lepas aminnn
ReplyDelete