Assalamualaikum
Hai korang☺☺Sebenarnya kalau kita nak beraktiviti ni,banyak sebenarnya yang boleh kita buat untuk mengeluarkan peluh.Selain dari Larian,senaman,memanjat juga satu aktiviti sukan jugak kan.Bukan panjat rumah orang,tapi panjat bangunan..Hah..Kaki climbing mesti tau kat mana tempat Indoor Climbing di Johor ni.Ada beberapa tempat yang aku akan share di bawah ini untuk korang.
Nak buat aktiviti Climbing ni pun satu aktiviti mencabar jugak tau.Stamina kena kuat.Bukan main redah je korang nak buat aktiviti tu.Di sini aku sharekan tips sebelum melakukan aktiviti Rock Climbing.
FAKTOR KESELAMATAN
Di dalam aktiviti Rock Climbing ni,biasanya masalah keselamtan telah dijangkakan oleh pasukan bimbingan.Pastikan anda mengikut panduan yang yang betul seperti yang diarahkan oleh pembimbing aktiviti ini.
LATIHAN KAKI-BERJOGGING
Lakukan aktiviti berjogging untuk menguatkan lagi otot kaki.Jogging memberikan anda menerima tekanan di kaki anda semasa rock climbing.Di samping itu,kaki tidak mudah letih dengan berjogging.
KEBERANIAN YANG TINGGI
Jika korang mempunyai masalah dengan masalah gayat di tempat yang tingi,pendakian haruslah dibatalkan.Kekuatan fizikal dan mental menjadi perkara pertama pendakian.Sesiapa sahaja boleh melakukan aktiviti ini yang penting berani dan kuat.
KEKUATAN FIZIKAL YANG BAIK
Kekuatan fizikal keseluruhannya sangat penting dalam aktiviti Rock Climbing.Tetapi,jika otot tidak kuat ,pasti anda akan gagal dalam melakukan rock climbing.Sebab tu sebelum memanjat,kita dah bersedia dari segi fizikal kita.
Hah...dah bagi tips,so aku cerita pulak tentang Indoor Rock Climbing Johor Bahru ni.Kotlah korang nak menceburkan diri pulak dalam aktiviti ni kan.
Di Johor Bahru,terdapat 4 Indoor Climbing yang diketahui antaranya ialah
- ROCKWORLD
- CAMPS CLIMBING GYM TEBRAU
- ROCKY BASECAMP TEBRAU CITU
- PETIT CLIMBING CENTER
Di bawah ini aku sertakan alamat untuk memudahkan korang mencari ye.
ROCKWORLD
Add : Setia Business Park 2,No.6,Jalan Perniagaan Setia 4,
Taman Perniagaan Setia
81100 Johor Bahru
Tel :016-7961070
Masa :5.00 petang -11.00 malam(setiap hari kecuali Isnin)
10.00 pagi - 11.00 Malam( Jumaat hingga Ahad sahaja)
Facebook :https://www.facebook.com/Rockworldjb/
CAMP5 CLIMBING GYM JOHOR
Add : Level 7,Paradigm Mall Johor Bahru(Jalan Mewah Ria 2/2,Taman Bukit Mewah,Johor Bahru)
Tel :03-77260420
Facebook :https://www.facebook.com/Camp5Johor
ROCK BASECAMP TEBRAU CITY
F102A & B ,Level 1,AEON Mall Tebrau City,No.1 Jalan Desa Tebrau ,Taman Desa Tebrau,Johor
Tel : 017-2285068
Masa: 6.00 petang -10.00 malam(Ahad hingga Khamis)
Facebook : https://www.facebook.com/RBCTebrauCityOfficial/
PETIT CIMBING CENTER
Lot 432,Jalan Saujana Utama,Taman Saujana,Plentong,Johor
Tel :019-7166222
Masa: 12.00Tengahari-9.00 Malam(Selasa hingga Khamis)
3.00 petang-9.00 malam(Jumaat hingga Ahad)
Facebook :https://www.facebook.com/petit.climbingcenter/
So,kalau korang nak melakukan aktiviti macam ni,dah boleh survey Indoor Climbing yang ada kat Johor ni ye.
#VisitJohorAdventure #VisitJohorFun #IndoorClimbingJohor
Info Credit by : viral Johor
→Thanks for Reading kisahsidairy.com←
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com
Nice! jom rock climbing nanti Ida. area jb kan 😝😝😝
ReplyDelete