AKTIVITI HOMESCHOOLING MENGENAL WARNA| Masa Naura kecil dulu umi memang rajin buat aktiviti-aktiviti seperti ni.Antaranya aktiviti mengenal warna.
Ibu mana kan taknak berikan yang terbaik untuk mereka.Sebolehnya walau bekerja sekalipun, kita perlu curi masa untuk bersama dengan mereka walaupun sekejap.Yelah, faham bagi mereka yang bekerja tu.Tapi sedikit pun kita perlu luangkan masa dengan dia.
Sejak Naura semakin membesar,kekadang umi semakin risau kerana takut tidak dapat memberikan dia pelajaran yang terbaik.Itulah anak-anak dunia akhirat yang umi ada,kalau tak umi yang tolong mereka untuk menjadi lebih baik,siapa lagi kan.Biarlah bila mereka dah bersekolah,mereka tahu dah sedikit tentang pelajaran.Memudahkan cikgu untuk mengajar mereka.umi tau,bukan mudah nak menjadi pendidik di zaman sekarang ni.Sebab tu umi berusaha untuk menjadi ibubapa yang terbaik memberikan sesuatu yang berharga untuk masa depan mereka.
Dari sekarang ,umi dah mula sikit-sikit menyediakan Homeschooling dari rumah.Target umi nak hantar Naura ke Tadika adalah 5 tahun.Dan umur 3-4 tahun umi akan masukkan ke kelas Fonik yang hanya mengambil masa 45 minit sahaja untuk persesi.Selebihnya umi nak dia enjoy dengan dunia kanak-kanak dia..
Sekarang ni umi dah ajar dia untuk berjinak-jinak membaca fonik.Tapi untuk gabungkan ayat belum lagi.Cuma umi ajar dia nyanyi lagi Fonik iaitu Abu ada ayam bersama flashcard.Dia dah hafal lagu tu mengikut Flashcard yang umi tunjuk kat dia.Tak payah dah umi bagitahu kat dia flashcard tu bunyi macam mana.Cuma dia agak pelat,masih lagi belum boleh bercakap dengan fasih lagi.Setiap hari umi ambil masa dia dlam 10 minit je untuk menyanyi lagu fonik.Selebihnya dia akan tengok tv dan bermain basikal.Actually Naura ni dia suka menyanyi.umi tak taulah kalau cara aku salah,aku banyak downloadkan dia lagu-lagu inggeris yang mengajar tentang warna,huruf dan abjad dalam bahasa inggeris.Ye..impian umi memang nak dia pandai bercakap bahasa inggeris.Walau mak pak dia tak pandai dengan bahasa tu,tapi tak mustahil tak boleh ajar basic inggeris kan.So,aku cuba dapatkan dia buku bahasa inggeris dan sama-sama membaca dengan dia.
Terbaru umi ada buatkan dia aktiviti agar dia boleh mengenal warna.Actually,kalau aku membaca dengan dia,selain umi bacakan untuk dia,umi akan bertanya pada Naura,warna apa yang umi tunjuk kat dia.Kalau dia tak tahu,kita kenalah bagitahu.Tak boleh terlalu nak memaksa anak untuk mengingati setiap arahan yang kita bagi.Kena makan masa.
AKTIVITI HOMESCHOOLING MENGENAL WARNA
Cuma ramai yang tegur kenapa perkataan purple bukan Ungu...hahaha...ok..itu umi tersilap..Tapi umi biarkan je dia sebab dia dah biasa dengan perkataan purple.Sedangkan biru pun dia akan cakap Blue.
Korang boleh layan video dia..Kalau dia dah malas dia takkan sebut,dia cuma masukkan je ke dalam cawan-cawan tu.
Selain itu,ada jugak umi buat aktiviti lain,iaitu pinggan polisterin tu,umi cucuk-cucuk dan umi suruh Naura untuk memasukkan batang aiskrim ke dalam lubang yang dah umi cucuk.Nak ajak buat aktiviti macam ni kena banyak bersabar.Lagi satu jangan ambil masa terlalu lama untuk melakukan aktiviti macam ni sebab kanak-kanak ni cepat bosan.So memang umi takkan lama buat aktiviti macam ni dengan dia.
Kalau dia dah boring,confirm bila kita suruh buat,dia akan buat dek je..Sakit pulak hati kita tau mommy..
Di atas tu ada penyepit kecil kan,umi akan suruh dia ambil penyepit dan sepit di tepi-tepi cawan tu untuk merangsang refleks tangan dia,menguatkan otot-otot tangan dia.Yang lebih penting ianya dapat membantu menghaluskan lagi Motor skills dak Naura.
Banyak lagi umi nak buat aktiviti untuk dia,cuma belum ada masa nak menghadap PC kat rumah tu.Kalau kita buat,dia pun sibuk nak duduk jugak depan PC.Next nak ajar dia tentang Shape pulak.
Hands ok by parents mmg lagi bagus. Anak kita tu bab2 seni ni memang tak minat. Menulis pun tak gemar. Tapi membaca dia ok pulak.
ReplyDeleteHands On. Adoi tertinggal ayat.
Deletehehe..sekarang pun eda nak banyak membeli buku..nak pupuk minat dia membaca pulak
Deleteyeahhh i got a idea... tq kak..rabia kan study kos diploma pendidikan awal kanak2
ReplyDeletehah..bab ni mesti rabia lebih tau kan...
Deletealahai comelnya teknik pembelajaran mcm ni sis, sy pun ikut tertarik tgk kaler2 ni =D
ReplyDeletetulah..umi dia pun excited
Deletegigih mama buat permainan untuk anak.. bagus gak macma ni takde la anak main gajet je kan..
ReplyDeletetulah,sebab taknak kasi dia hadap gadget je
Deletetahniah! semoga menjadi anak solehah kelak.
ReplyDeleteinsyallah..tq abam kie
Deletetak salah pun share, boleh bagi panduan kat parents lain. Yang takde anak macam saya pun seronok baca
ReplyDeleteemm..harapnya macam tulah
DeleteBagus buat macam nie kan, semoga Naura terus sukses ya..
ReplyDeletekan...insyallah..amin
Deletebagus sngt pembelajaran mcm ni.. bagus untuk otak melihat warna..
ReplyDeletetulah..nak rangsang otak dia tu berhubung
Deleteassalamualaikum eda...seronok tengok naurah belajar...
ReplyDelete** Mama Maszull
kan ma,lagilah kalau dia boleh ikut apa yang kita ajar,,
Delete