Assalamualaikum
Hai korang☺☺Bukan kata artis je macam cendawan tumbuh,malah Smartphone terkini pun macam cendawan tumbuh sekarang ni.Di Pasaran,belum lagi habis dengan Viral terhadap sesuatu Model,timbul pula Model yang lain yang lebih canggih dengan harga yang berpatutan.Cuma kita je perlu lebih bijak memilih untuk menggunakan smartphone terkini yang berada di pasaran sekarang ni.Biarlah alah membeli menang memakai.
Dan seharusnya kita perlu amati betul-betul kebaikkan dan kelemahan sesuatu smartphone supaya tidak menyesal selepas membuat pembelian.Apa yang penting,banyakkan membaca review tentang smartphone yang akan kita beli tu ye.
Seperti Smartphone Jenama Xiaomi Malaysia ni yang berada di pasaran sekarang ni.Smartphone ni merupakan smartphone yang canggih jugak kerana ia menggunakan pengimbas cap jari yang pantas.Ramai juga yang dah menggunakan Xiaomi Redmi Note 3 ni.Harganya pun kira dalam berpatutan berbanding dengan Model smartphone yang lain.Korang kena baca sampai habis untuk mengetahui Spefikasi yang ada pada smartphone ini ok
SPEFIKASI XIAOMI REDMI NOTE 3
kredit to : https://amanz.my/2015100033/
Xiaomi Redmi Note 3 Malaysia menggunakan Pengimbas cap jari pada panel belakang yang memudahkan peranti dinyahkunci dengan pantas dari dalam poket.Tidak seperti jenama smartphone yang lain yang masih menggunakan button untuk menyahkunci.Masa yang diambil untuk mengimbas cap cari adalah sangat pantas.
Smartphone ini menggunakan kamera 16 megapixel f/2.0 dengan OIS serta pemfokusan PDAF pada bahagian belakang.Kamera pada bahagian depan pula adalah 5 Megapixel f/2.0Resolusi pada Videonya pula adalah pada maksimum 1080 30FPS.Korang yang suka selfie tu,memang sesuai lah kan menggunakan smartphone ni.
kredit to: http://www.rediff.com
Smartphone ini mempunyai IPS Skrin lebar 5.5 inci dengan resolusi Full HD yang menawarkan paparan yang bagus dan tajam.Ia juga sudah dilengkapi dengan OS Android V5.1 Lollipop dengan MIUI 7.0.Mempunyai Memori 2/3 Gb.Dalaman 16/32 GB dan microSD sehingga 256GB yang menawarkan prestasi mantap apabila korang melayari internet dan bermain game.Kira dah cukup besar lah untuk penggunaan biasa.Korang jagan risau kerana Xiaomi Redmi Note 3 ini dilengkapi dengan 4G LTE yang merupakan akses internet paling terpantas pada masa ini.Lagi satu Xiaomi Redmi Note 3 ni nipis je.Size untuk Xiamoi Redmi adalah 150 x 76 x 8.7 mm sahaja.
Dari ulasan blog amanz.my ,Xiaomi Redmi Note 3 menggunakan Android 5.1 Lollipop yang menggunakan antaramuka MIUI 7.2.Kalau korang nak tahu,Antaramuka ini adalah minimalis dan mempunyai kombinasi warna yang tidak menyakitkan mata.Ia sangat berbeza dengan antaramuka dari yang lain yang tidak mempunayi talak aplikasi.Xiaomi Redmi Note 3 ni menggunakan cip pemprosesan Helio X10,dan bateri berkapasiti 4000 mAH.Untuk mengetahui lebih lanjut korang boleh terjah ye ke blog amanz tu.Banyak informasi tentang smartphone ni kerana aku pun kurang pandai apabila berbicara tentang Smartphone ni.Tapi apa yang aku baca tentang Xiaomi Redmi ni,ramai yang telah memberikan feedback yang baik dalam penggunaannya kerana salah satu daya tarikan menggunakan Xiaomi Redmi ni adalah fungi pengimbas cap jari.
Kepada korang yang suka menggunakan peranti yang menggunakan hanya sebelah tangan,hah,bolehlah memilih untuk menggunakan smartphone ni ye.
kredit : techinasia.com
HARGA XIAOMI MALAYSIA
Ramai yang mencari Harga Xiaomi Malaysia- Xiaomi Malaysia Price di carian google.Kalau korang nak tahu harga Xiaomi Malaysia ini dijual pada harga Rm596 untuk versi 2GB Ram dengan 16 GB Storan,Dan RM728 untuk versi 3GB RAM dengan 32GB Storan.
Pada aku harga Xiaomi Redmi Note 3 Malaysia ni sangat-sangat berpatutan dengan kelengkapan terkini yang ada pada smartphone ni.Dan berbaloi sangat bagi mereka yang mementingkan harga.
Teringin pulak aku nak bertukar kepada Redmi Xiomi Note 3 ni.Tapi memandangkan baru je tukar handphone,maka rasa menyesal tak survey dulu...
→Thanks for Reading kisahsidairy.com←
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com
saya pun xiomi user.. model 4x je hahah.. tapi still best, and berbaloi dengan harga.. tapi kalau sesiapa ada bajet lebih dari rm600, boleh la beli yang note ni..sure lagi best spec dia hehe
ReplyDelete