Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Semangat umi membara selepas ke Seminar Readeasy Bacalah anakku.Kemain lagi nak deko mendeko bilik Naura untuk dijadikan bilik untuk dia bermain dan belajar.Walaupun Naura baru je menginjak ke 2 tahun 3 bulan,tak semestinya dia tak boleh belajar kan.
Dari dibiar bilik tu kosong,baik diisi dengan sesuatu yang lebih baik dan menarik.Actually,bilik tu pun akan jadi bilik Naura bila dia besar nanti.Cuma sekarang ni,bilik tu dijadikan bilik untuk baju dia,tempat iron baju dan solat je.So umi ambil sikit part untuk jadikan bilik ilmu untuk dia.
Sticker ABC,123, umi dah beli lama dah,cuma yang ada ABC terbaru tu,umi saja tambah untuk dia tengok-tengok walaupun tak faham.Jadi bila masuk bilik tu,umi bolehlah ajar dia sikit-sikit kan.
So,jom kita tengok sebahagian yang umi dah buat.Insyallah,nanti umi buat penambah baikkan untuk bilik tu supaya nampak lebih colorfull lagi.
SUDUT ILMU
Walaupun simple,tapi oklah bagi umi kan.Banyak benda lagi umi nak buat,tapi kena buat sikit-sikit sebab kadang-kadang tak cukup masa nak buat,So bila ada masa je umi buatkan untuk Naura.
Lagi satu dak Naura ni bukan boleh tengok umi pegang gunting ke,gam ke,semua dia nak pegang jugak.Bagi mengelakkan eksiden,terpaksalah umi buat bila dia dah tidur,Tengok jelah tu,senget benget umi kejekan.Sebab nak cepatlah tu jadi macam tu.
Selain itu,umi ada tampal kertas Mahjong ni di satu side dinding bagi memudahkan dia menconteng.Actually malam tu umi nak ajar dia buat garisan panjang je.Tapi tengoklah apa yang dia buat..hoho..Oklah kan,nak membiasakan diri dia
Semoga usaha umi ni,memberikan Naura otak yang bijak dan jadi orang yang pandai.hoiii..touching tau bila sebut pasal anak ni.Teringat kat anak yang sorang lagi tu...Tapi apa kan daya,umi bukan hak hakiki untuk dia.Kalau dia datang rumah je baru umi boleh ajar dia.
Ok..tu baru part 1 tau..ada satu lagi aktiviti yang umi buat untuk Naura.Dah pun terlaksana malam tadi.Tu pun huru hara jugak dibuatnya..Tapi umi puas hati sebab wishlist umi dah terlaksana walaupun belum lagi 100%..
Jomlah cari lagi bahan belajar untuk dia.,..
→Thanks for Reading kisahsidairy.com←
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com
teringin jugak nak buat macam ni, tapi rumah pun terhad ruangnya. heeee
ReplyDeletepandai mama deko..
ReplyDeletenak kena cari sifir ni asyik terlupa jer nak beli.. tgk post ni baru teringat..
ReplyDeleteKreatif lah ummi dia. Bagus Ada kertas mahjong Tu
ReplyDeleteWah.. Menarik nie..
ReplyDeleteWahhh comel.nya....bila la nk ajk benudak ni pulak hehe
ReplyDeletecantik
ReplyDeletedeko macam ni pun dah memadai untuk anak-anak rajin belajar.
ReplyDelete