Assalamualaikum
Hai korang☺☺ hah..Kalau korang bacalah kan entry aku,Kalau nak baca lagi boleh klik SINI,Oh ya,entry tu aku cerita Deko bilik Dak Naura.So,adalah sikit-sikit nak buat homeschooling untuk dia.Yelah dia pun dah semakin membesar,so sebagai ibu,aku nak yang terbaik untuk dia,memandangkan dialah sorang (buat setakat nilah),Kalau tak jadi Doktor,at least jadi orang berguna..Yang bijak pandai..Boleh Masuk U,ada kerjaya yang baik dan semua tu untuk dia jugak kan.
So,bukan nak paksa dari awal lagi nak suruh dia belajar.Kalau ikut apa yang aku belajar dari Seminar yang aku hadir minggu lepas,boleh rujuk entry SINI ye.Penceramah tu kata,umur macam Naura ni,otak dia hanya fikir bermain.And , diorang takkan fikir apa-apa selain bermain.sebab tu ramai yang nak jadi budak-budak kan..kah².Sebenarnya kalau kita pandai create permainan untuk diorang,secara tak langsung,kita banyak menggerakkan otak kiri mereka,which is otak kiri tu memberikan mereka lebih kecenderungan untuk berfikir lagi..
So,umi kena pandai create permainan dan hah!! yang penting kena main sama dengan diorang,kena jadi macam diorang..Kena berkawan dengan diorang!! So,aku akan set mind untuk bermain dengan diorang ni hah..Bukan sebelum ni umi tak pernah belikan dia Play Doh,pernah kot,tapi tak bertahan lama..Sekejap je..So,bila banyak kali beli,memang lah sangat
merugikan.Bukan murah gak Play doh ni.So,baiklah umi buatkan untuk dia play doh homemade.
Banyaklah rujukan yang umi cari macam mana nak buat Play Doh ni.Hah..Kalau korang rajin,sila google homeschooling activities.Blog orang putih banyak weh aktiviti yang diorang buat.Hah..Kalau korang nak tahu,bagaimana buat play doh guna tepung gandum sahaja,sila baca entry di bawah ni ye.
Bahan-bahan untuk buat Play doh
- 2 cawan tepung gandum
- 1 gelas air suam
- 3-4 sudu minyak masak
- pewarna kuih
- Sedikit garam
Cara-cara membuat play doh guna tepung
Di dalam satu bekas,masukkan tepung ,garam dan juga minyak.Kacau dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga tepung yang di adun tu tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik.Bahagikan tepung yang diuli tu kepada beberapa bahagian yang korang nak.
Ambil bekas dan letak pewarna yang dah dicampur dengan air.Kemudian uli di dalam bekas yang diletakkan pewarna.Uli sehingga pewarna tu sekata dengan tepung.
Takde gambar yang aku nak tunjuk sebab buat dengan Naura,memang habislah tepung bersepah..Kalau lagi bagus,kita buat sekali dengan diorang.Cubitkanlah sikit tepung yang korang dah uli tu.ajak dia uli sekali..
Tada......Siap dah Play doh umi
Aku masukkan play doh ni ke dalam bekas tertutup supaya taknak dia keras.Bila dah macam-macam warna,kemahin sukalah Naura tu.Mau taknya...Lepas settle je buat play doh ni,terus dia ajak main.Masa ni umi dah penat ,mata dah mengantuk,tapi energy dia untuk bermain banyak lagi...hadoiiii..sila bertabah ye umi.
Karipap Play doh warna merah.Gasaklah nak
Tu apa pun tak tau dia buat apa,Dia kerat -kerat masuk dalam bajak tu.
Itu jelah yang dia buat.Nampaknya umi kena uli lagi tepung,letak warna lain pulak dah.....
→Thanks for Reading kisahsidairy.com←
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com
Wah.. menarik dan lebih selamat..
ReplyDeletebetul tu,kalau masuk mulut pun tak risau
Deletesalute umi! Kalau warna bercampur pun takda masalah kan hehe
ReplyDeletenak buat warna warni pun boleh je anim
Deleterajinya, klau dpat mcm zie ni malas, beli mainan playdoh tu hahhaa
ReplyDeletesebab dah banyak kali belilah,umi kena buat macam ni zie,hehehe...lagipun saja je nak buat aktiviti ni dengan dia
DeleteWahhhh skrin shot dah hehe..nti buat..lebih jimat, sihat...dan selamat utk mainan anak²
ReplyDeletehah...nanti buat tau...hehe
DeleteBuat sendiri playdoh lebih selamat kan. Kalau guna pewarna makanan kalau nak termakan pun tak bahaya.
ReplyDeletehaah..betul tu..takdelah risau sangat..cuma tulah,nak melayan bebudak ni main..hehe
Deletewahh jimat. nt boleh try
ReplyDeletesila cuba...hhehe
Deletepergghhh..baru tahu boleh buat playdoh guna tepung gandum - jmr23.com
ReplyDeletehah kan...kita pun baru tau pasal ni..tu yang cuba buat.
DeleteSenang rupanya ye. Boleh buat lah nanti. Ajak syafi join buat sekali. Selamat pun selamat.
ReplyDeletehaah memang senang,tapi kalau buat dengan anak-anak susah sikit...hehehe..tapi yang penting diorang happy dapat buat aktiviti menguli tepung tu
Deletesenang rupanya..nanti nak cuba buat juga utk anak2
ReplyDeletecubalah..mesti seronok buat dengan diorang
DeleteYang ni boleh main sekejap je kan sebab nanti kulat naik hehehe
ReplyDeletehaah memang sekejap je boleh gunakan...Kalau beli play doh pun sekejap je diorang main...hehehe..kita letak dalam fridge lepas diorang main..sebab kalau letak kat luar,tepung tu akan jadi lembik
DeleteYg penting selamat sebab takde bahan chemical kan...bagus idea ni..
ReplyDeletebetul tu SA,tu yang pentingnya
DeleteKreatifnya hehehe lepas habis anak-anak main terus masak wakakakaka tak sangka lak akak boleh buat macam tu hehehe begus jimat..
ReplyDeletemasak?? haha...diorang dah buat lempeng dah dekat dinding ..uli menguli
DeleteWah senang dan selamat untuk anak-anak main kan..
ReplyDeletebetul tu kak sue
DeleteHaaa ni boleh jimat byk ni...seronok la anak2 kalau dpt main ni
ReplyDeletebanyak jimat..hehehe...of course diorang mesti seronok...
Deleteuntung naura dpt umi yg rajin buat playdoh sendiri..
ReplyDeletecomel tgk pelbagai warna hasil palydoh..
time umi Naura rajin je ni...hehehe...tetaplah kena rajinkan diri untuk anak
DeleteTepung gadum sebagai play dohl ebih selamat. Kalau play doh yang benar tu, rasa berminyak tangan pastu diaorg suka bawa masuk mulut bahay taw.
ReplyDeletehaah betul tu..Kalau main mesti melekit dengan lantai kan...
DeleteWahh..baguslah boleh buat sendiri rupanya dan senang juga nak sediakan. Boleh lah nanti cuba buat.
ReplyDeletehah...cuba tau nanti
DeleteCreative idea and safe to by play by children. Next time I want to try.
ReplyDeleteyou should try betty..hehe
DeleteDulu masa kecik pernah try buat.... malangnya jadi cenkodok... sebab arwah nenek cakap... xbaik membazir, amalan syaiton
ReplyDeleteRajinnya nak buat ini semua. Tapi memang puas hati kerana menjimatkan dan spend masa dengan anak-anak kan. Good job!
ReplyDeleteWahhh kreatifnya mummy. Rajin pulak tu, mesti anak2 suka mainan yg mak dia buat sendiri
ReplyDeleteSenang jer nak buat kan. Teringin nak buat play doh sendiri tapi tak terbuat lagi.
ReplyDeleterabia pun pernah buat doh ni masa belajar.
ReplyDelete