Hai korang☺☺ Hah....bila fikir pasal Potty Training ni,umi dah naik seriau pulak.Bukan apa,nak Potty Train anak ni memerlukan kesabaran yang tinggi.Macam kakak awfiyah,dia start Cerai lampin masa umur dia 3 tahun lebih.Itu pun malam still pakai pampers;Nak berjalan kena pakai pampers.Kalau siang ,senang cerita je.
Naura dah semakin banyak akal.
Bila si adik ni,umi ingatkan nak bagi pendedahan awal untuk dia,Tapi tak taulah umi boleh lakukan atau tak.Yelah,dengan umi yang bekerja ni,kalau dulu ada jugaklah orang yang pantau kakak untuk train dia.Sekarang ni adik dah dijaga oleh babysitter kan,takkan nak mintak tolong babysitter pulak.Sudahnya umi ada dua hari setiap minggu untuk Potty Train dia.Itupun kalau tak keluar kemana-mana.Nak potty train ni bukan boleh main celup-celup.Nak kena straight je belajarnya.Hari tu ada jugaklah umi mengajar Naura untuk Potty Train ni.Tapi tulah,kerjanya nak masuk bilik air jelah.. Sebagai persediaan untuk Potty Train dia,umi dah belikan dia Potty seat with Ladder .Korang boleh lihat Entry tu Di SINI.
Jadi,meng"google"lah umi ni pasal Potty Training ni semula.Bukan apa,banyak nau lupanya.Banyak makan semut kekdahnya.Ada kanak-kanak yang cepat belajar tau.ada yang lambat.Tapi apa pun,kita kena buat yang terbaik untuk anak-anak kita kan.Aku kongsikan Tips 4 Langkah untuk anak cerai Lampin mengikut blog Siakapkeli ni.Mana tau kali ni berkesan kan.
Untuk Tips Langkah untuk anak cerai Lampin,seeloknya kena ambil masa 3 hari.Dan untuk 3 hari tu,kalau boleh kita tak boleh lah kemana-mana kan.Jadi senang nak arrange time untuk anak poo dan popoo...hehehehe
1.HARI PERTAMA :BAWA ANAK KERAP KE BILIK AIR
Untuk hari Pertama,disarankan untuk membawa anak ke tandas setiap 15 minit.Minta mereka duduk dan mencangkung atau duduk di Potty mereka jika menggunakan Potty.Minta mereka kencing dan tunggu 4-5 minit.Kebiasannya,anak-anak ni belum faham isyarat badan mereka bila mahu kencing atau berak.So proses ini membantu mereka untuk memahami isyarat itu.
Puji mereka apabila mereka dah berjaya untuk melakukannya supaya mereka lebih semangat untuk membuat perkara yang sama.
Basuh kemaluan mereka,basuh tangan dan kaki mereka.Ulangi steps ini setiap kali mereka ke tandas.Pada waktu yang sama,kita mengajar mereka tentang kebersihan.
Pada waktu malam,sebelum tidur,pastikan membawa meereka ke tandas dan minta mereka untuk kencing.Buat steps seperti di atas.
Kejutkan mereka maksimum 2 kali untuk kencing di tengah malam/awal pagi.Lama-lama kita akan perasan anak akan pandai untuk tak kencing waktu tidur malam,sama seperti kita yang dewasa.
Untuk mengelakkan ibu dan ayah stress,please expect anak akan terkucil di dalam rumah(bukan dalam toilet) mereka dalam tempoh training.Yelah,di awal pembelajaran,of course kita akan rasa stress,nama pun belajar kan,so kita kena bersedia untuk situasi seperti itu.Yang penting jangan marah dan naik tangan.Dalam mendidik anak,Kesabaran tu penting untuk melihat anak kita berjaya.
Semakin banyak anak accident,semakin anak belajar faham bahasa badan mereka bila mereka nak terkecncing atau terberak.
Tidak perlu untuk control memberikan anak minum,biarkan ianya menjadi senormal mungkin,mereka perlu belajar dalam real situation.
2.HARI KEDUA: IKUTI STEPS TRAINING HARI PERTAMA
Kita amalkan steps yang dilakukan pada hari kedua,Mungkin masa ni ,kita dah boleh nak agak kan bila mereka akan kencing.Bila waktu mereka untuk berak.Bukan sahaja anak yang belajar,malah ibubapa pun ikut belajar dalam situasi macam ni.
3.HARI KETIGA : SETIAP 1 JAM
Bawa anak ke tandas untuk kencing atau berak setiap jam.Ulangi seperti hari pertama.
Hari ketiga biasanya anak dan mula tunjuk hint yang mereka sudah slow-slow faham bahasa badan mereka.Kadar accident pun dah semakin berkurangan dan mereka mulai maklumkan/beri isyarat yang mereka nak kencing atau berak.
4.HARI KEEMPAT : PRAKTIKAL 1-2 MINGGU
Kita sudah tak bawa mereka ke tandas secara rutin.Boleh juga bawa mereka ke tandas bila rasa sudah lama mereka tidak kencing/berak.Tetapi lebih baik bagi mereka masa untuk belajar maklumkan kepada kita bila mereka nak kencing/berak.
Please bear in mind,anak lebih mudah untuk belajar faham tentang kencing berbanding berak kerana proses kencing lebih banyak kali mereka tempuh dalam sehari berbanding berak.Kena ingat jugak bahawa anak lebih mudah untuk free diapers waktu siang berbanding malam kerana sewaktu tidur,mereka terkadang tak perasan isyarat badan mereka bila mahu kencing.
Hah.itu jelah perkongsian yang akan aku ingat bila dah start potty train Naura nanti.Bukan apa,kita ni kalau nak mengajar anak,kita pun kenalah belajar kan.Lagi lah anak zaman sekarang,kalau ibubapa takde pengetahuan dalam situasi macam ni,macam mana kita nak ajar mereka.
Harapnya sebelum dia bersekolah,dah boleh free diapers la.Takdelah nanti umi pening kepala bila dia dah start sekolah kan..hehehe...
Anak pertama je rajin. Anak kedua ni dah 4 tahun pun saya malas nak potty train. Huhu. Dah sebab nanti kita jugak yang kena basuh. Haha.
Alasan betul kan.
Tapi dapat semangat lah baca entry ni. 3 hari je pun. Bukan 3 bulan. Anak pertama saya dulu pun 3 hari lepas tu kita train sampai dia pandai basuh sendiri.
fuhh, IQ pun kena mula belajar ni, train slow2, hrap anak boleh terima
ReplyDeletehah..nampaknya macam tulah...
DeleteNak kena ajar anak gak ni..erm cakap pasal nak kencing berak tak reti yang lain reti 😑😑
ReplyDeletetulah,kena bersabar jelah dengan diorang ni...
DeleteNi pun tgh training anak thanks sharing this tip
ReplyDeletesemoga berjaya ye
DeleteAnak pertama je rajin. Anak kedua ni dah 4 tahun pun saya malas nak potty train. Huhu. Dah sebab nanti kita jugak yang kena basuh. Haha.
ReplyDeleteAlasan betul kan.
Tapi dapat semangat lah baca entry ni. 3 hari je pun. Bukan 3 bulan. Anak pertama saya dulu pun 3 hari lepas tu kita train sampai dia pandai basuh sendiri.
hah..tulah..kalau tak sabar ,boleh jadi singa mama dia kan
Deleteselamat ber potty training naura :)
ReplyDeletethank you auntie fiza...
DeleteMemamg mencabar, si Adam dulu mudah...si Bella ni haishhhh hehe
ReplyDeletesetiap anak tu lain-lain perangainya kan aiin...
Delete