5 Jenis Bilik Tidur Yang Dihias Cantik Dengan Kertas dinding
personsitirohaida
Friday, November 17, 2017
13
share
Assalamualaikum
Hiasan dalaman sesebuah ruang sangat penting dalam menghasilkan suasana dan tema yang dikehendaki. Selain mengisi ruang lantai dengan perabot dan barang perhiasan, ruang dinding juga perlu diberikan perhatian.
Kertas dinding (atau wallpaper) dan teknik cat bercorak adalah antara pilihan alternatif yang menarik untuk menghias bilik tidur tanpa membelanjakan wang untuk renovate bilik tidur. Kebanyakan pemilik rumah lebih gemar menggunakan kertas dinding kerana cirinya yang lebih tahan lama, boleh dilap, dan tempoh kerja pemasangan yang singkat.
Jika anda berhasrat untuk menghias dinding di rumah anda, mari lihat 5 buah bilik tidur yang telah dihias cantik dengan kertas dinding bercorak yang pasti akan buat anda jatuh cinta.
1. Bilik tidur moden kontemporari ini kelihatan menarik apabila dihiasi dengan kertas dinding bercorak dwi warna, coklat muda dan putih, serta kabinet gantung berwarna hitam pelbagai bentuk.
2. Kertas dinding bertekstur dengan corak segi empat berwarna coklat muda seakan warna tanah menjadi pilihan pemilik rumah ini, sesuai dengan hiasan dalaman bilik yang bertemakan kayu asli.
4. Kombinasi kertas dinding bercorak bunga dan kepingan laminated wood menjadi pilihan untuk menghiasi bahagian kepala katil yang sekaligus dianggap sebagai feature wall untuk bilik tidur ini.
5. Walaupun dikenali sebagai kertas dinding, ia juga boleh digunakan untuk menghiasi bahagian siling. Corak bunga dan daun dalam warna coklat muda keemasan menjadi pilihan pemilik bilik tidur ini.
Ada sesetengah pemilik rumah yang pilih untuk lakukan pemasangan kertas dinding sendiri. Tetapi secara peribadi, saya berpendapat lebih baik jika anda gunakan khidmat pakar untuk melakukan pemasangan kertas dinding tersebut.
Jika anda menggunakan perkhidmatan wallpaper installer, mereka akan lakukan lawatan ke rumah anda untuk ukur keluasan dinding, periksa kondisi dinding dan beritahu jumlah gulungan kertas dinding yang diperlukan sebelum memulakan kerja. Apabila anda sudah membuat pilihan kertas dinding mengikut citarasa dan kualiti yang sesuai, mereka akan lakukan kerja pemasangan dalam tempoh yang dijanjikan.
Nampak sejuk lembut dan luas bilik tu... Kena Pandai pilih corak dan warna baru nampak menarik..
ReplyDeletekan..kadang2 teringin gak nak corak macam tu,tapi bilik kecil
DeleteMmg suka guna kertas dinding ni. Tampal kat pintu pon cantik taw..
ReplyDeletekan,lagi pulak sekarang ni dah pelbagai corak
DeleteNo 3 tu cantikkk
ReplyDeletekan rabia...akak pun fikir macam tu jugak
DeleteCantik Dan berlainan bila dah letak wallpaper
ReplyDeletebetul tu,kalau dah letak wallpaper,kena pulak dengan temanya,pasti cantik
DeleteCun, nona selalu tengok yang last tu...nampak elegant..hehe~
ReplyDeletehah..nanti boleh dah deco² rumah baru
DeleteAkk pasang kertas dinding sndiri. Mmg mmerlukan kesabaran dan ketahanan mental & fizikal
ReplyDeletehah..tulah,memerlukan kesabaran,kalau tak,habis jahanam wallpaper tu
Deletecantiknya! Teringin nak hias cantik-cantik. kena ada modal banyak ni
ReplyDelete