Assalamualaikum
Hai korang☺Throwback menu Sotong bakar semalam.Actually dah lama kot nak buat Sotong bakar ni,cuma payah nak jumpa sotong segar ni hah..Tapi bila ada group facebook yang jual sotong segar ni,terus aku order dengan dia.Sekarang ni nak dapatkan apa je mudah tau.Nak beli barangan basah pun boleh main order je.Siap hantar depan pintu rumah lagi.Sediakan jelah duit dan upah delivery,.Sama je macam korang beli kat pasar.Sebelum tu jugak korang kenalah survey kan barangan yang dijual tu bagus ke tidak.segar ke tidak..semua kena ambil tahu tau.Maklumlah,taknak nanti bila dah terima barang,banyak pulak komplen.Tak segar la,busuk la,mahal lah..hahaha..macam-macam..So bila dah dapat sotong segar ni rasa puas hati..rasa nak masak semua je sotong tu.Makan sotong jelah satu hari tu kan.hehehe..Lebih kita simpanlah,buat masak esok..Menu untuk esok apa pulak ye?heheh..tungggu jelah ye.Tak taulah lagi nak masak apa.Kita share resepi mudah dan cepat ni je hah..Kotlah tak tau nak masak apa hari ni,kita masak jelah kan lauk ni hah..Ada gak menu berlainan setiap hari.
So,plan nak buat Sotong bakar tercapai hendaknya.Senang je nak buat sotong bakar ni kalau korang nak tahu.Hah...Meh la ikut cara aku macam mana nak buat sotong bakar yang sedap ni.Kalau kat kedai yang dah siap mahal kan,tapi bila buat kat rumah,dapat makan banyak dan puas hati.Tu yang penting.
RESEPI SOTONG BAKAR MUDAH
- 2 biji bawang besar **
- 3 biji bawang putih **
- 10 tangkai cili kering **
- sedikit air asam jawa **
- Garam
- gula
- 2 batang serai **
- Sotong segar
Cara-cara buat sotong bakar
ALahai..mudah sangat caranya.Bersihkan sotong dan kelar/belah badan sotong tuKorang boleh refer gambar di bawah ni hah.Lagi satu kan,kepala dia korang asingkan lah..Nak bakar bersama pun boleh.Campak je dalam pemanggang ajaib tu hah.Susun cantik-cantik tau dalam pemanggang tu.Make sure yang dikelar tu di atas dulu.Baru nampak cantik...heheheh
Letak ke tepi.Bahan yang ditanda ** tu kisar halus ye.Selepas tu perasakan garam dan sedikit gula.
Kemudian,masukkan sotong di atas pemanggang ajaib.Sapukan bahan yang dikisar ke atas sotong dan balik-balikkan..Angkat bila nampak sotong tu dah masak.Kalau boleh biarkan air sotong tu kering.
Siap dah..
lebihan sambal yang korang letak kat sotong tu boleh simpan sebab boleh guna untuk bakar ikan or bakar ayam...sedap tau.
→Thanks for Reading kisahsidairy.com←
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com
sdap tu aida..:)
ReplyDeletemasyaAllah ...sedapnya telio tengok kejadian sotong bakar sis ni. Teringin nak buat jugak la, kita suka makan sotong :)
ReplyDeletesedapnyaaa, terliur tengok..
ReplyDeletesedapnyaaaaaaaaaa
ReplyDeleteassalamualaikum eda...wah !! sedap ni menu sotong...
ReplyDelete** Mama Maszull
wow sedap tu.nak sedap lagi kan kak..buang kulit sotong tu..
ReplyDeletenmpak sedap sangt..
ReplyDeleteMygod. Nak jugak!
ReplyDelete#TheRealBloggerMak
sedapnya sotong bakar.nanti nak try buat jugalah :)
ReplyDeletemenarik kak eda.. biasa saya terus potong je..
ReplyDeleteJanjiKita