Kulit cantik dengan menggunakan Masker kunyit + Madu
personsitirohaida
Tuesday, October 03, 2017
4
share
Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Nak cantik memang kena ada pengorbanan tau.Bukan korban diri tau,tapi korban masa dan wang ringgit.Untuk menjadi cantik,kita kena rajin.Nak kulit muka macam kulit tomato memang kena korbankan sedikit masa.
Tapi boleh je jimatkan wang ringgit demi nak cantik kalau tau caranya.Korang cuma perlukan barangan yang ada di dapur sahaja tau.Ni hah...hari tu aku ternampak satu posting dari web Indonesia yang berkongsi tentang manfaat menggunakan masker kunyit dan madu untuk kulit wajah yang cantik.Semua tu tak perlu lah cari di tempat-tempat mahal,kedai runcit pun ada jual dek non..Murah pun murah.Kalau korang tau akan Manfaat menggunakan madu dan kunyit ni,pasti korang akan buat selalu lepas ni.
MANFAAT MENGGUNAKAN MASKER KUNYIT DAN MADU
1.Menghilangkan jerawat
Kalau korang nak tahu,kandungan nutrisi yang ada pada kunyit mempunyai khasiat yang khusus untuk mencegah radang pada kulit atau jerawat.Bakteria yang terdapat pada kunyit dan madu mampu membunuh bakteria penyebab timbulnya jerawat.Jika korang yang nakkan kulit yang bersih dan bebas jerawat,patut buat masker ni.
2.Menghilangkan bintik hitam dan bekas jerawat.
Masker ini juga mampu menghilangkan bintik hitam dan bekas jerawat pada kulit muka kita tau.Sebab tu kena amalkannya selalu.
3.Mencerahkan Kulit
Of course korang akan suka bila sebut tentang mencerahkan kulit.Ya...Masker kunyit dan madu ini mampu mencerahkan kulit tetapi haruslah dengan rutin yang teratur.Bukan sekali dua sahaja korang dah nampak kesannya.kena teruskan usaha tu.Yelah,produk yang bebas kimia atau semulajadi ni kena sabar tau.Kalau tak sabar memang takkan menjadi.
4.Menegangkan kulit muka
Selain mengatasi masalah-masalah di atas,masker ini juga boleh membantu korang yang ingin menegangkan kulit muka secara semulajadi.Sebab tu disarankan menggunakan masker ini 3 kali seminggu.
5.Melembabkan kulit wajah
Masker ini juga membantu korang untuk mendapatkan kulit yang lembab.Secara efektifnya jika korang menggunakan masker ini secara berterusan,ia tidak akan menimbulkan efek sampingan ke atas kulit muka korang.Kulit cantik dan terpelihara tanpa sebarang bahan kimia..
Hah..mesti korang akan teruja nak menggunakannya kan.So,lepas ni boleh la cuba dan teruskan menggunakan masker ni.
BAGAIMANA MEMBUAT MASKER KUNYIT CAMPUR MADU
1 sudu kunyit serbuk
1 sudu madu
1 sudu Freshmilk
campurkan dan godak hingga sebati.Boleh la letak dalam peti ais.biarkan dia sejuk dan baru tampal kat muka sehingga ia kering..masker sejuk-sejuk ni best tau
mmg bagus kunyit dan madu ni..
ReplyDeleteSenang saje nak buat Kan. Naturally boleh dapatkan kulit yg cantik
ReplyDeletetq yr info - boleh mencuba
ReplyDeletebest buat-buat masker ni kan. #jomcantik!
ReplyDelete