Masa kami datang ke Kilang kopi ni,masih dalam renovation kerana katanya akan dibuat Cafe supaya senang untuk orang ramai merasai sendiri kenikmatan kopi mereka..bagus betul usaha mereka kan..Moga terus success.
3 Jenis Kopi ini di campur untuk menghasilkan kopi yang sedap.Apa jenis kopi yang dicampurkan untuk menjadi Kopi yang sedap ni?
- Rabusta dari Indonesia
- Arabica dari Colombia
- Lybarica atau lebih dikenali dengan kopi Biji Gajah dari Malaysia
Kami diberi kan taklimat bagaimana kopi ini dihasilkan.Selama ni kita tau minum je kan..hah ni hah..
Seperti yang diberitahu,Kopi akan dimasak selama 20 minit di iron plate dan dikacau selama 10- 15 minit.Kemudian ia dimasukkan ke dalam Mesin khas untuk dipisahkan menjadi bijian.Selepas itu ia diasingkan untuk menjadi serbuk.Kemudian ia dimasukkan ke dalam tin
Kopi yang dikeringkan
Siap untuk diasingkan
Ada dua jenis kopi iaitu Black Coffee dicampurkan dengan gula dan majerin manakala White Coffee adalah 100% coffee bean
Kopi Uncang
kopi yang sudah dilabelkan dan di packing
Sempat jugalah kami dijamu minum kopi.Ada dua kopi yang disediakan iaitu kopi O dan kopi susu..seriously memang sedap tau.Minum kopi sambil makan roti kaya dan nasi lemak..Fuhhh..memang mengancam tau
Pada mulanya aku mencuba Kopi Susu..Memang terbaik.
Kemudian aku mencuba pula Kopi O..haha..dah nama orang tua,wajiblah pekena Kopi O kan..Serius sedap
Di satu sudut sebelum pintu keluar,korang boleh membeli pelbagai jenis kopi yang dijual di kedai Kopi ni.Memang rambang biji mata tau nak pilih.
Peminat kopi kan.haruslah membeli 3-4 paket untuk dibawa balik.Kebetulan stok kopi kat rumah pun dah nak habiskan.So wajib topup dengan Kopi Cap Televisyen
Di luar kilang ni,terdapat pokok Kopi yang ditanam mengikut jenisnya.
Sebelum keluar sempatlah kan kami bergambar.
Bergambar kenangan bersama staff di Kluang Coffee
Untuk korang yang ingin membuat lawatan dan membeli kopi bolehlah melihat alamat yang disediakan di bawah.
Saya peminat kopi ..
ReplyDeleteLama juga tak minum kopi..
Terbaca lagi artikel tentang kopi..
Lagi lagi teringin nak minum kopi
assalamualaikum eda..seronok dpt pergi tengok sendiri ke kilang kopi ni...tambah pengetahuan...
ReplyDelete** Mama Maszull
bestnya kak
ReplyDeleteSyoknyaa..... unik eh nama nya..hahaha~ nicee....ok..senang ingat...
ReplyDeleteInshaALLAH boleh datang kalau ke sana..hehe