Signboard sebelum masuk ke Villa Castalia
Meh aku jamu mata korang dengan kehijauan yang berada disekitarnya.
Sesampainya kami disini,kami dijemput dengan pegawai-pegawai yang bertugas dan juga paluan gendang..
Selepaa itu kami dijemput untuk menjamu selera di bawah rumah ini..huiii..best tau..Betul-betul suasana kampung
Antara hidangan kami tengahari tu.
Hidangan kampung yang boleh buatkan korang bertambah nasi.Serius,sambal belacan dan ketam dia sedap... Lain sangat dengan sambal belacan yang aku selalu makan.
Lauk-lauk kami dimasak dengan menggunakan dapur lama.
Korang kenal apa ni..hah!! ni namanya Lelangit..Kalau orang zaman dulu-dulu memang ada je dalam rumah diorang.
Terus teringat kat nenek aku dulu.Orang-orang dulu memang suka guna ni tau.
Puan blog dan Puan hernee bersantai selepas makan banyak
Tempayan yang berisi air.Kalau korang tengok cerita-cerita lama,mereka akan membasuh kaki sebelum naik ke atas rumah.
Melihat mak-mak bermain congkak.Nasib baik masa membatasi kami,kalau tak nak jugak join main congkak.
Ruang berehat rumah lama.Aku suka tingkap rumah ni..Best..angin masuk sepoi-sepoi bahasa.
Lampu pam ni mengingatkan aku masa rumah kami takde lagi bekalan elektrik
Barangan lama
Tempat beradu.Dah macam bilik pengantin
Orang dulu-dulu memasak menggunakan kayu api
Cenderahati yang dibuat oleh penduduk kampung
Mak-mak kampung Tualang Tiga
Kami bergambar kenangan dengan PAHA yang menempatkan bunga telur
Sempat jugak melayan rakan-rakan blogger iaitu uyul,alja dan hernee naik basikal tua
Selepas itu kami dijamu pula dengan air kopi dan pulut panggang ikan buatan orang kampung
Sedap tau..
Korang lihat jelah pemandangan yang ada di sekitar kampung ni,rasa sejuk je mata memandangkan.
Last sekali kami bergambar kenangan dengan orang kampung dan staff MITA
Bukan senang nak jumpa kawasan yang betul-betul mempunyai suasana Kampung sebenar seperti di Kampung Tualang Tiga,Sedili ni.Harap ianya akan berterusan dalam memperkenalkan kepada zaman remaja kini dan mengambil inisiatif untuk mengekalkan budaya lama masyarakat melayu lama kita.
TERIMA KASIH KEPADA PENDUDUK KAMPUNG TUALANG TIGA KERANA MENYEDIAKAN MASAKKAN DAN LAYANAN YANG BAIK KEPADA KAMI.ADA MASA KITA BERJUMPA LAGI
Seterusnya tidak jauh dari kampung Tualang Tiga,tempat penternakkan Belangkas di Sedili.Kat sinilah mereka menternak belangkas dan Udang galah.
Belangkas yang masih kecil.Sungguh unik kan kejadian anugerah Allah swt.Memang aku tak percaya ni belangkas pada mulanya.
Selepas diterangkan segala proses penternakkan,barulah kami faham.
belangkas pun nak ikut Tourism Johor jugak
Pinjam gambar blogger osimosi ni hah..
Lupa pulak puan blog nak bergambar disini
Google Maps Pusat Penternakkan Belangkas Sedili Johor
wow bestnya
ReplyDeletewahhh meriahnya.. makanan nampak best sangat tu
ReplyDeletetradisional tempat dia. pernah makan belangkas sekali je, leps tu kembang tekak terus takmo hahahaa
ReplyDeleteSA suka kalau trip macam ni...boleh mengimbau kenangan dan nostalgia dulu2...kan?
ReplyDeleteassalamualaikum eda...bestnya dpt jumpa belangkas....hahahaha tempat ternak belangkas...
ReplyDelete** Mama Maszull