DESARU FRUIT FARM
1.BUAH-BUAHAN BERMUSIM
2.BUAH-BUAHAN TIDAK BERMUSIM
Tanaman herbal yang di tanam disini seperti Pokok Stivia dan juga macam-macam lagi.
Kami mencuba untuk menanam sawi dengan menggunakan botol kita semua.
En.Andy ada pesanan untuk kami tau masa buat ni.Dia kata kalau dekat rumah ada botol-botol ni,jangan buang,dan kitarlah seperti ini.Hah..memang bagus idea ni.
Dapat merasai Jus kedondong yang segar dan sejuk..memang sedap
LORONG JAMBU AIR
Di sepanjang Lorong ini korang akan lihat buah jambu air yang sangat segar tau.Sempatlah kami merasa buah jambu ni..memang rasa manis dan segar.
Hijau bukan sebarang hijau tau,walaupun hijau,buahnya manis.
IKAN KOI YANG MENGHIASI TANAMAN HERBA DISINI.
korang juga berpeluang untuk memberi makan kepada ikan-ikan ni..
Sempatlah selfie dengan seketul uyul
MINI PETTING FARM DESARU FRUIT FARM
Bukan sahaja buah-buahan,malah ada juga beberapa binatang yang diternak disini.
Dapat merasai bagi makan si arnab ni..Serius takut tau..Takut kena gigit dengan arnab ni
Boleh bagi makan juga Kambing di Desaru Fruit Farm
Korang kenal tak apa ni..Dan boleh tak korang tau mana jantan dan yang mana betina
Selepas kami meredah ladang di Desaru Fruit Farm ini,kami dihidangkan juga beberapa jenis buah-buahan yang sedap ni.
Antaranya Markisar,tembikai,kedondong .cempedak dan nangka
Tak juga lupa kami dihidangkan cempedak goreng dan pisang goreng.Of courselah,Tak Johor kalau takde sambal kicap..hahaha..nampak tak tagline yang kami buat ni
Selain itu juga kami dihidangkan dengan makanan tengahari yang sedap ni.Memang penuh perut kami dengan hidangan ni tau.Antara menu yang disediakan di Desaru Fruit Farm adalah:-
- Coconut Seafood Tomyam
- Passion Fruit Chicken
- Passsion fruit asam pedas ikan pari
- Kacang buncis
- Sayur lemak pisang
- Lemak udang Nenas Madu
- Shredded papaya with seafood
Alhamdulillah..kenyang kami tengahari tu.memang full betul perut hari tu.Semuanya sedap-sedap belaka tau.So rugi kalau korang datang Johor,tak singgah ke Desaru Fruit Farm ni.
Jangan risau,Desaru Fruit Farm menjanjikan pengamalan yang sangat best untuk korang kenang tau.Terdapat pakej-pakej menarik untuk korang pilih.Kat sini juga korang boleh buat family day,atau rombongan sekolah dan apa-apa bentuk persatuan pun.So di bawah ni aku sertakan pakej-pakej menarik yang ada di Desaru Fruit Farm.
A- Fruit Packet
Rm25 dewasa
RM20 kanak-kanak(12-3 tahun)
B- Deluxe Tropical Fruit Fiesta(Unlimited Tropical Fruits)
Rm40 dewasa
RM33 kanak-kanak(12-3 tahun)
C-Outdoor Lunch & Tropical Fruit Fiesta(Chef choice of the day)
Rm55 dewasa
RM48 kanak-kanak(12-3 tahun)
D-Durian Breakaway(Unlimited Durian,Tropical Fruits come with lunch-Seasonal)
RM65 dewasa
RM55 kanak-kanak(12-3 tahun)
Google Maps to Desaru Fruit Farm
food pun nampak sedap, ok jugak aktiviti macam ni..masuk dusun kan
ReplyDeleteTerliur plak tgok banyak buah- buahan tempatan tu ha...kalau dapat petik terus ngap kan best
ReplyDeleteSeronoknya..
ReplyDeleteterasa kesegaran buah2 kat desa fruit farm..nyumssss
ReplyDeleteWah seronoknya..
ReplyDeleteMenarik ni...macam kat oversea. Sape2 yang kampung xde dusun, bolehla ke sini nak rasa pengalaman tu.
ReplyDeletewahhh..bestnya kat sini..macam-macam buah ada. seronok!
ReplyDeleteassalamualaikum eda...wah !! mcm2 ada kat sini...memang best la...
ReplyDelete** Mama Maszull