Sedikit Info tentang UK FARM
Gambar dari sebahagian aktiviti yang boleh dilakukan di UK FARM
Sempatlah Mr Goh Un Keng memberikan kami taklimat tentang penglibatannya dalam bidang penternakkan.Sungguh luas ilmu yang dia ada sehinggakan ramai yang belajar dengannya untuk menguruskan ternakan seperti apa yang dia lakukan.
Bas yang membawa kami ke Ladang UK Farm
Setelah sesi taklimat,kami dibawa oleh Tour Guide disitu untuk melawat kawasan-kawasan UK FARM khususnya di ladang penternakkan Kambing.
Ini adalah rumput yang bukan biasa-biasa ye untuk kita bagi kepada kambing.Proses untuk membuat makanan rumput kering ni perlu melalui beberapa proses sebelum diberikan kepada kambing.
Di sini kami diterangkan bagaimana cara memelihara,makanan yang diberikan dan cara menyusukan anak-anak kambing.Peluang yang pertama kali memberikan susu kepada anak kambing.Tak lupa juga peluang untuk memberikan kambing makan
Di sini kami diterangkan bagaimana cara memelihara,makanan yang diberikan dan cara menyusukan anak-anak kambing.
Selepas kami melalui proses penjagaan kambing,kami ke tempat memproses susu kambing.Seronok betul tengok proses susu kambing tu..
Kambing yang akan dilepaskan untuk ambil susunya
Pam yang digunakan untuk mengambil susu dari kambing
Alah...macam kita jugaklah kan,bila susu dah banyak haruslah kena pam,kalau tak mau bengkak payudara.Cumanya of courselah prosesnya berlainan kan.
Susu yang diperah akan diproses terlebih dahulu di tempat khas.Di situ korang boleh menikmati susu segar dari ladang.And pada korang yang nak beli susu dan sebagainya,boleh didapati di tempat berhampiran kambing ini diperah susunya.
Selepas itu kami di bawa pula ke Mini Zoo yang menempatkan beberapa haiwan seperti Ostrich,arnab,itik,ayam dan lain-lain lagi
Selepas itu kami di bawa ke Perkampungan Orang Asli JAKUN yang pernah menetap di kawasan itu.
Jemput masuk rumah kami...hehehe
Selepas penat berpusing di kawasan ladang UK FARM dan mengambil beberapa lagi gambar sekeliling.Tibalah masanya untuk kami merehatkan diri dan balik ke Chalet.
Oh ya..Kat sini ada jenis penginapan tau.satunya Chalet dan satunya dorm.Dorm tu kira sangat sesuai jika ada rombongan pelajar yang ramai.
Kami mendapat chalet untuk 3 orang.
Overall tidur kami malam tu selesa sangat..Tenang dan damai tanpa bunyi kenderaan lalu lalang ..SEbab tu bestnya bila dapat berkunjung ke tempat-tempat macam ni
Dan malam tu kami ada Barbeque Dinner dan juga Lanten activities
Selepas pada tu,kami balik ke Chalet untuk berehat kerana esok pagi-pagi lagi kami dah checkout.Terima kasih UK FARM kerana menerima kedatangan kami..Insyallah akan berjumpa lagi nanti.
Ini adalah antara Produk-produk yang dihasilkan dari UK Farm dan telahpun berada di pasaran
Bergambar kenangan bersama Pak sheikh selaku Tour Guide kami sepanjang 4 hari 3 malam
Banyak ilmu yang kami dapat dari Pak Sheikh ni tau
Bergambar kenangan selepas tamat pertunjukan menyumpit oleh orang asli Jakun
Sebelum kami beredar dari UK AGRO Farm
Blogger Johor dan KL.
Untuk korang yang ingin datang ke sini,dan menempah aktiviti yang dijalan disini,sila rujuk details di bawah
W : www.ukfarm.com.my
IG :@ukfarmresortofficial
F:ukagroresort
Alamat
PLOT 5,Projek Pertanian Moden Kluang
KM13,Jalan Batu Pahat
86000 Kluang Johor
Malaysia
T:+607-75975555
F:+60-7597991
E: info@ukfarm.com.my
bestnya ada program sebegini kan...
ReplyDeleteasalamualaikum eda...seronoknya dpt pi ke sini...
ReplyDelete** Mama Maszull
wah bestnya... ni kalau bawak anak-anak Qekra ni mesti dia suka sbb ada binatang hehe
ReplyDeleteTerbaikkk
ReplyDelete