Assalamualaikum
CARA CUCI EMAS SENDIRI DI RUMAH | Hai korang ☺☺Masa aku beli gelang emas baru-baru ni,ingatkan nak cuci lah emas yang ada dipakai ni.Tapi bila tanya harga untuk cuci emas pun dah RM45,batalkan niat nak mencuci dahulu sebab duit baru keluar banyak membeli emas...hadoiii..Eh,.entry ni bukan nak menunjuk-nunjuk tau..Ala takat seutas gelang emas je.Bukan banyak pun..hehehe...Buat simpanan hari tua.Emas pun menabung jugakkan.So lepas ni ada duit tambah lagi...eh..eh..Tapi itu kenyataan tau.Bukan nak cakap riak,tapi gelang ni dah banyak berjasa masa susah.haha..Ok dah...kita pergi ke tajuk utama entry ni.
Lepas dua tiga minggu lepas tu ada terbaca tentang cara cuci emas sendiri di rumah.Serious?? boleh ke?? memang rasa macam tak percaya kita boleh je cuci emas sendiri di rumah.Itu pun menggunakan peralatan yang ada di dalam rumah..Memanglah suka ya amat kan.Bila kita dah lama pakai barangan kemas,warna tu taklah menarik kan.Nampak macam pudar je warna emas tu.Tak bersinar-sinar macam beli baru.So untuk membuatkan barangan kemas kita tu kembali bersinar-sinar,maka perlulah buat cara macam aku ni.Macam mana caranya.meh aku share dengan korang.
Korang hanya perlukan Pencuci pinggan mangkuk Sunlight ni sahaja tau.cuci emas guna pencuci sunlight je? Biar betul..Mulanya aku pun macam tak yakin je nak guna..Tapi kalau kita tak cuba maka kita tak taukan keberkesanannya..So gigihlah mencuba
Rendam Barangan kemas korang ke dalam mangkuk yang berisi sedikit air panas dan pencuci sunlight ni.Aku biarkan dalam dua jam gitu lah.
Lepas tu korang cuci menggunakan berus gigi ni..
Tada.....Siap dah aku mencuci gelang ni menggunakan pencuci sunlight ni.haha..berkilat ke tak.
Nampaklah kan berkilat ala-ala baru ..
So korang boleh lah cuba ye.Mana tau lebih shining lepas tu...tak payah lah berhabis duit nak cuci emas kat kedai sana..hehehe...Tapi terpulanglah kat korang.Kalau korang takde masa,dan lebih suka kedai emas yang buat,silakan...tanya poket sendiri je..
Hah..jadi bukannya susah sangat sebenarnya nak menjaga barangan kemas kita ni dari pudar kan..
Emas makin lama makin mahal oii..dan makin lama makin nipis..
→Thanks for Reading kisahsidairy.com←
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com
Boleh cuba ni.mudah sgt nk cuci.
ReplyDeletecuba tau..jangan tak cuba
Deleterabia pun cuci emas ni..berkilat gitu
ReplyDeletekan...nampaknya cara cuci macam ni berkesan
DeleteCuci Sendiri la bagus..
ReplyDeleteSelamat dan jimat
kan..kalau kat kedai nanti kot dia kikis emas kita..payah pulak
DeleteOh ada cara baru... Biasa guna ubat gigi jerk eda.. Gut sharing eda..
ReplyDeletemudah nya kak.. tak perlu nak ke kedai lagi kan.. tq for the tipsss!
ReplyDeleteNanti boleh cuba cara akak pulak.tq share
ReplyDeletehah..cuba tau..jangan tak cuba
DeleteWahhhh....bole cuba ni sis...terima kasih atas perkongsiannya..
ReplyDelete