Assalamualaikum
Hai korang☺☺Alhamdulillah,tekak dah mula rasa lega sikit berbanding kelmarin.Sakit tekak dari hari rabu hari tu,tapi aku buat tak tau je sebab belum terlalu teruk.So aku banyakkan minum air masak untuk melegakan panas dalam badan ni.Tapi lama kelamaan makin teruk,diikuti dengan batuk dan selsema.Bila dah datang batuk dan selsema ni,mulalah sakit kepala dan badan pun rasa tak sedap.
Khamis tu,masih ok lagi,sampailah malamnya dah rasa tak boleh nak telan makanan keras.Even nak minum air pun rasa payau je kat tekak ni.So,jumaat memang dah tak boleh nak kerja.Pepagi lagi dah ambil medical chit dari office.
Sampai ke klinik,of course ramai orang pulak jumaat tu,Ramai bukan pesakit,cuma mereka nak buat health screening je.Tapi takdelah lama sangat menunggu.Nasib baik doktor yang aku suka jumpa tu ada.Bukan suka sebab ada hati kat doktor tu,tapi cara dia layan pesakit tu bagus.Cara dia terangkan setiap apa yang dia cakap tu pun aku suka.
So,doktor check tekak aku dan kata tonsil bengkak dan ada sedikit keradangan pada lidah dan tekak dalam tu.Patutlah aku rasa sakit.Aku cuma dapat ubat untuk redakan sakit tekak,ubat demam dan ubat batuk.
Siap ambil ubat pun dah hampir pukul 12.30,perut masa tu pun dah lapar,ikut hati nak cari bubur tengahari tu,tapi memandangkan Dak Naura pun dah merengek,so,cari jelah kedai makan terdekat dengan klinik tu.Selang dua buah kedai je.Hah... Kedai makan yang aku maksudkan tu menjual nasi beryani sedap.So korang boleh check in entry aku semalam di SINI.
Balik dari klinik tu,aku suruh husband belikan aiskrim vanilla,sebab orang kata aiskrim Vanilla bantu untuk mengecutkan tonsil tu.So,terus demand nak beli aiskrim Sundae dari Mcdonalds.Hah..tu tak tau lah jadi ubat ke tidak.Tak ok jugak Tongsil tu,
Ni lebih kepada mengidam sebenarnya,
Sambil pandulalu tu,sempat tanya aiskrim durian ada lagi tak walau dah tau jawapannya SOLD OUT!!
Bila aku up status tonsil bengkak ni,ramai rakan-rakan yang memberikan petua meredekan tonsil seperti minum carrot panas,minum Madu hitam dan ada beberapa petua lagi.Thanks korang,tapi disebabkan masa tu aku dah pun berada di kampung,so taknak menyusahkan mak,dia hanya masakkan bubur je untuk aku.Tetiba je kan berada di kampung.Tu pun kebetulan mak ke Pasir Gudang so,dia singgah ler amik anak dia yang kurang sihat ni.Di kampung pun,mak still belikan aku aiskrim Vanilla yang tiada campuran lain.Alhamdulillah,semakin reda.
Tapi still tak boleh nak makan benda keras.Harapkan makan bubur jelah untuk tenaga.Tengahari ni pun aku tak tau nak makan apa lagi..Tapi rasa nak pi beli bubur marybrown.
→Thanks for Reading kisahsidairy.com←
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com
Sakit tekak mmg menyiksakan nak makan. Kalau lama2 bleh kurus Eda
ReplyDeleteGet Well soon.. =)
ReplyDeleteeskrem vanilla je jgn ada perisa lain hehehe.. elakkan makan coklat, makanan berminyak, pedas, seafood yang bercengkerang..
ReplyDeletesemoga cepat sembuh..kira OK la awak ni, biasa orang lain tonsil bengkak sampai demam
ReplyDeletesmoga cepat sembuh akak syg. tp aiskrim tu mmg tak dpt dipisahkan. hehe
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh kak Aida :)
ReplyDelete