Sinopsis cerita Titian Cinta
Mengisahkan tentang percintaan antara Rahadatul Aish dan Umayr Harris.Aisy pulang ke tanah air setelah empat tahun berada di Kota London.Kepulangan Aisy memang ditunggu-tunggu oleh Haris.Disebabkan hatinya dikaburi oleh perasaan cemburu,Harris sanggup menghina dan menghalau isterinya sendiri pada empat tahun yang lalu.Dia menyesal dengan tindakannya akibat mempercayai fitnah serta hasutan Sodea dan ingin menebus segala kesalahannya.Aisy yang menyangkakan dirinya sudah diceraikan,,terkejut dengan perubahan suaminya yang dahulu bersifat panas baran,kini sangat penyayang.Harris sabar dengan karenah dan sikap Aisy terhadapnya.Dia juga langsung tidak berputus asa untuk memikat semula hati isterinya yang telah dilukai.Pelbagia perkara telah dilakukan oleh Harrris untuk melembutkan hati Isterinya.
Lama kelamaan,hubungan antara Harris dan Aisy bertambah pulih.Aisy juga dapat menerima kembali suaminya itu.Dia menganggap jodohnya bersama Harris masih kuat lagi,Namun apa yang tidak diketahui Aisy ialah sifat cemburu Harris,sebenarnya masih belum hilang.Tatkala saat bahagia muncul kembali,dugaan baru melanda rumahtangga pasanngan ini sekali lagi.Kemunculan Rayyan iaitu bekas tunang Aisy yang pernah ditangkap khalwat dengan Sofea,mengubah kembali perangai Harris kepada asal.Sifat cemburunya juga semakin menjadi-jadi.Sofea pula berdendam dengan Aisy kerana mengahwini bekas tunangnya iaitu Harris.Dia ingin memporak-perandakan rumahtangga Aisy dan Harris agar mereka berdua bercerai.Adakah kebahagiaan akan menjadi milik Aisy dan Harris? Mampukah titian cinta antara dua insan yang hampir retak ini boleh dicantum semula.
Hah..Macam tulah cerita Titian Cinta ni.Aku pun dah baca novel ni ,baru baca sebab aku tak sabar nak tau apa lagi yang akan belaku kepada suami isteri ini.
Korang jugak boleh je Tonton online drama Titian Cinta ni. Meh aku share Episode-episode yang telah di tayangkan,
credit to :mytonton.net
Hah...nanti kalau korang nak tengok sambungan episode seterusnya boleh je ke blog Mytonton.net ni Nanti mytonton akan update episode terkini tau.So korang stay tune je kat blog tu.
sekali tengok tak boleh nk moveon pulak.. melekat je dh dgn cerita ni.
ReplyDeleteSama la kak eda.. dilah terjebak masa jaga fattah anas kat wad last week... haha.. skrg gian lak nak tgk.. novel dia yg dlm blog tu dh abis baca mlm tadi sbb tak sabo dh nak tunggu kat tv.. haha
ReplyDeletesy tertgk smlm. tu pun sbb xnk mata mengantuk hahaha
ReplyDeletegeram dengan jambang haris . rasa nk tlg cukurkan je hahahah
ReplyDeletesaya pun suka haaa tgk cerita nihh
ReplyDeletetakde tv haa. huhu. so kena layan tonton lah kott
ReplyDeleteikuti juga - tercicir satu episod - tunggu jam 1.30 pagi tgk ulangan disebabkan penangan Aisy tu
ReplyDeleteassalamualaikum eda...mama pun layankan juga cite ni eda...
ReplyDelete** Mama Maszull
Entah kenapa tak tertengok pulak dengan cerita ni -__-
ReplyDeletetak tengok pun.sebab dkt magrib kan.. hmm..kalau gitu tgk kt youtube lah
ReplyDeleteramai cakap best tapi saya tak tengok lagi
ReplyDeleteJanji Kita