Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Hari tu kan aku ada cerita pasal satu hari aktiviti di Waterpark Legolands Malaysia kan..Kalau korang lupa , ni hah Entry di Waterpark ,korang boleh baca di SINI.
Disebabkan kami ada satu tiket untuk satu hari,so kena plan betul-betul mana satu yang perlu korang pergi dulu.Aku cadangkan supaya korang datang seawal pagi untuk menikmati satu hari untuk pelbagai aktiviti di sini.Kalau korang nak dapatkan tiket legoland,dan nak tahu harga tiket legoland terkini boleh tengok di bawah ni ye.
Dan aku cadangkan korang masuk ke Waterpark Legoland dahulu kerana bila dah masuk Theme Park ni,lagi banyak aktiviti yang korang nak buat,so set betul-betul timing supaya korang boleh lakukan kedua-dua tempat ni dalam satu hari.
Oklah,lepas je kami semua makan di KFC,terus kami masuk ke Theme Park.Kat dalam tu memang tak boleh bawak makanan tau,tapi dengarnya kalau setakat air dan roti seringgit tu,korang boleh bawak masuk.Yang ada anak tu,make sure bagi diorang makan sepuas-puasnya masa di luar ye.
Satu lagi tips jimat yang perlu korang ambil tahu adalah,sebelum korang masuk ke Waterpark tu,korang sarapan lah dulu di mana-mana.yang penting di luar dari Legoland.Tapi kalau korang malas,dalam Legoland tu ada je kedai makan yang boleh korang isi perut.Cumanya,tepuk dada tanya poket korang lah kan..hehehehe..Eh..tapi makanan yang dijual di dalam LEgoland ni semua sedap-sedap belaka tau.So,tak rugilah kan korang labur duit makan dalam Legoland ni.
Oklah,Aktiviti pertama di dalam Theme Park Legoland ni mulanya nak naik keretapi yang akan membawa kami pusing-pusing di area Theme Park.Tapi disebabkan semasa kami lalu tu ada petugas bagitahu kami yang NinjaGo Live Show.Hah...ni wajib ajak anak-anak tengok,mesti dia teruja..Tapi masa bawa budak berdua tu,kakak yang paling takut sebab dalam bilik yang gelap kan.Adik Naura je nampaknya steady.Untuk tak menakutkan dia,aku ceritalah balik apa yang Ninjago tu buat ,walaupun tak tau sangat jalan ceritanya,,hahaha.
Keluar dari pada tengok Ninjago Live Show ,kami berjalan ke menuju ke keretapi.Tapi kena tunggu lama sikitlah untuk dapat turn kami naik.Budak-budak paling suka,Dapat tengok banyak Lego Bricks di merata-rata tempat.
Me, mama and her husband.
Dari awal lagi datang,sampailah dah nak balik,mama banyak teman team kami ni tau..Thanks mama.
Turun dari keretapi tu ,kami plan untuk ke Ninja Go the Ride..Best masuk tau main kat sini..Ninjago the Ride ni korang boleh naik seramai 4 orang.Lepas tu korang akan dibawa untuk menerokai dan bermain di dalam 4d Ninjago Ride ni tau.Nasib baik aku pegang anak,kalau tak dah sama naik dengan mama maszull main tembak-tembak tau..hehehe..Ini yang terbaru yang wajib korang terjah bila ke Legoland tau.Cutting-Edge gerak Isyarat Tangan Teknologi ni memberikan korang satu permainan yang sangat mencabar dan mengujakan.Dengan menggunakan State of the art sensor iaitu isyarat tangan yang membolehkan korang mengalahkan The Great Devourer tanpa menggunakan apa-apa peranti.Korang hanya menggunakan tangan sahaja tau..Sangat mengujakan bagi aku lah.
Tak puas nak main tau..Tapi oklah kan,dapat juga merasai naik Ninjago The Ride ni.
Punyalah ramai orang masa nak masuk ke sini.Tapi kalau korang tak beratur memang tak dapatlah kan nak naik.
Nampak tak,benda alah tu yang akan korang naik tau nanti..hehehe
Kami menunggu giliran.Spec 3d tu memang wajib korang pakai.Ada disediakan sebelum masuk pintu tu.
Kakak dan adik dengan spec 3D tu.Actually si adik dah merengek sebab dia tak dapat pakai spec tu,yelah,longgar masa dia pakai spec tu..
Oklah,lepas pada tu kitorang berjalan sambil meninjau lagi aktiviti yang ada di Theme Park Legoland ni.Tak semua aktviti dapat kami buat sebab kesuntukkan masa dan ada anak kecik ni.So terbatas lah sikit pergerakkannya kan.
Apa pula aktiviti lain yang kami lakukan?
nanti aku sambung di lain entry ye..
Ni hah..korang baca entry pasal LEGOLAND di bawah ni ye
→Thanks for Reading kisahsidairy.com←
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com
Syoknya dapat pergi Legoland!
ReplyDeleteWahh bestnya
ReplyDeleteSampai sudah hakak tak sampai lagi ke Legoland ni KD.... sesuai lagi ke utk anak anak hakak yg dah besar tu. Takut membazir pulak
ReplyDelete