4 tiket dan 1 tiket extra untuk masuk ke Water Park dan Theme Park
Alhamdulillah,dapat 1 lagi tiket untuk anak saudara aku yang ikut,Thanks Juju sebab dermakan satu tiket ni kat akak.Bila dah dapat tiket di tangan,sambung borak dengan mama Maszull sambil menanti kedatangan yang lain.Seterusnya barulah nampak muka Onlajer dan juga Hernee.
Mommy and Grandma Blogger aku,Hernee dan juga mama maszull
Kakak and her cousin yang excited nak mandi
Bila semua dah berkumpul,dan ambil tiket masing-masing,kami plan nak ke Waterpark dulu,walaupun cuaca agak tak mengizinkan sangat,tetapi masih boleh menjalankan aktiviti lagi.
Oh ya,Untuk korang yang ada anak bawah 2 tahun,korang kena dapatkan tiket untuk Waterpark Todler dengan Harga Rm11 dan korang akan dapat Disposable diaper di kaunter sebelum masuk Waterpark.
Selepas tu,bila korang dah masuk,kalau nak tukar baju terus je naik atas berdepan depan tangga tu,kat situ juga ada disediakan locker tau,korang boleh gunakan,tetapi kena bayarlah.Disebabkan aku tak mandi,so boleh la lagi jagakan beg pakaian dan handbag sendiri.
Pintu Masuk LEGOLAND WATER PARK
Actually gambar ni last sebelum kami keluar dari waterpark ni..hehehe...Aku tak dapat nak bergambar banyak dalam ni sebab sibuk dok uruskan anak-anak.
Disebabkan tarikh yang kami pilih tu adalah pada hari sabtu dan public Holiday,maka terpaksalah redha dengan orang yang ramai.
Di Water Park Legoland ni,banyak aktiviti yang korang boleh buat tau,samada korang boleh menaiki pelampung dan menyusuri kolam keliling ataupun,tempat air yang curah kat badan korang,ataupun bermain bricks jugak.Di Legoland ni,kat mana-mana tempat korang akan nampak banyak aktiviti bermain dengan Bricks tau..Kalau ikutkan tak cukup setengah hari di Water Park Legoland tau.
Air cetek je kat sini,so korang tak perlu risau sebab di mana-mana ada safeguard yang menunggu.
Di Legoland Waterpark ni disediakan jacket keselamatan untuk anak-anak tau.So tak risau sangat.Kakak fiyah tak berani nak mandi ketengah,dia just mandi kat tepi-tepi ditemani bricks yang terdampar kat situ.
Memang sangat luas tau Waterpark di Legoand ni,korang boleh pilih kat mana korang nak mandi..
Sempat snap kan gambar untuk Juju dan Hernee.
Actually aku memang tak mandi,disebabkan bulan mengambang,jadi malas nak berkubang,nanti rasa tak selesa pulak kan..Serious memang rugi sebab tak mandi.Umi berborak dengan mama maszull dan babah jelah.
Bila masing-masing dah puas berkubang,perut pun dah lapar.Kalau nak beli kat dalam Legoland ni quite expensive lah..Tapi ikut pada budget korang lah kan..
So ada lagi pilihan yang korang boleh buat selain dari makan kat dalam Legoland,lepas bersiap tukar baju semua,kami ke Medini Mall iaitu sebelah je Legoland.Actually kat situ memang banyak kedai makan,Korang kena keluar dulu dari Waterpark untuk ke sana,Hah,betul-betul berhadapan dengan Theme Park.So kami decide untuk makan di KFC,depan KFC tu ,ada jugaklah penjual menjual makanan seperti nasi lemak,mee sup dan sebagainya..Ikut citarasa korang nak makan apa,
Thanks kat Hernee ambilkan gambar kami.And credit gambar-gambar di atas dari camera Hernee Nazir.
Ok..done cerita pasal WaterPark Legoland ni.Memang puas hati tau kalau korang datang sini.aku suggestkan kalau korang nak ke sini,pastikan korang decide dulu korang nak ke Theme Park atau Water Park.Kalau boleh pergi pada hari berasingan sebab memang tak puas lah kalau korang pergi setengah hari je tau.
Oh ya..sebelum tu aku nak ingatkan korang tau,sempena 5th Brick-Versary Legoland ni,banyak aktiviti dan promosi yang diorang berikan so, dapatkan promosi ini dari 21 Aug -30 September 2017. Korang boleh baca entry aku yang lepas tentang promosi di SINI
atau korang boleh layari website Legoland seperti di bawah ini ye
https://www.legoland.com.my/
Habis dah cerita di WaterPark Legoland,nanti aku sambung pulak aktiviti di Theme Park pulak ye
nak gambo aku n juju tu eh..
ReplyDeleterugi kak eda tak mandi kat water park nih.haha :p
ReplyDeleteWahhh....Best..Best...
ReplyDeleteassalamualaikum eda...seronok tengok die org mandi jer kn...kalau nak puas mmg kena seharian mandi manda kat situkan...
ReplyDelete** Mama Maszull