Assalamualaikum
Hai korang☺☺Alhamdulillah..dah hari jumaat.Hari last bekerja.Tak sabar rasanya nak bercuti.Bukan cuti panjang pun.cuti biasalah hujung minggu.Tapi tulah ,kalau kita ni dah bekerja,balik penat.Nak masak lagi.jaga anak lagi...penat..Tapi bukan merungut,sedar itu adalah tanggungjawab kita.Syukurnya bila dapat pasangan yang memahami,yang boleh sama-sama uruskan rumahtangga.
Memang diakui,ada anak yang semakin membesar ni kekadang mencabar.Kadang bila dia buat hal,rasa nak marah je.Nak terkam macam singa lapar.Itu diakui..Untunglah kalau ada anak kecil yang berumur antara 2-6 tahun ni,yang duduk diam je.emmm...bagusnya lah kan..hahaha..Tapi tak pulak pada Naura.Nak suruh dia duduk diam memang bagi je tengok video.Oh tidak..bukan selalu...bahaya jugak kan.Selalunya kalau aku bagi tengok youtube pun,aku takkan bagi dia lebih dari setengah jam..ikut keadaan sekeliling...
Ni cerita malam tadi,nampak kotor kat dalam bilik dia,habis semua kena bebel.
Sekarang ni,Nampak dah aku macam ada anak dara yang besar..tunggulah sikit hari lagi.Banyak benda yang dia boleh tolong umi dia..hahaha..rasakan..Sekarang ni pun nampak dia dah boleh di harap,bila dia tumpahkan air,atau sesiapa je tumpahkan air,dia akan ambil kain buruk kat dapur atau mop,dia akan bersihkan.Bila mintak tolong ambilkan itu ini,dia pun boleh tolong.
Kalau dia buat bersepah,lambat sikit dia nak tolong umi dia kemas balik.Haiiishhh..Tapi kalau sesiapa tumpahkan makanan,memang kena marah lah dengan dia.Walaupun tak faham apa yang dia bebelkan,tapi mulutnya mesti tak berhenti bercakap.
Itu belum betul-betul dapat mulut lagi,kalau dah dapat mulut,confirm kena laser.Sekarang ni bila dah aku belikan meja,Makan,minum,semua kat meja.Tengok tv pun duduk kat meja tu.wah..berkepentingan jugak kan umi belikan meja untuk dia.Kat mana umi beli meja,korang boleh baca entry nya di SINI. Ramai yang kata mahal beli dan mereka suggestkan beli kat Ikea.Kalau ikea ni dah ada kat JB maunya umi dia tak meroyan.Lagipun duit ni hasil menang contest dulu..Tu yang beli untuk dia.
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com
minta2 sampai ke besar boleh diharap ye.. hehe
ReplyDeleteHarapnya macam tulah kan
Deletetime rajin tu memang tak boleh disekat
ReplyDeleteassalamualaikum eda...alhamdullilah semoga dpt membantu umi nanti...
ReplyDelete** Mama Maszull
bestnya ada anak dara..tak lama lagi tlg ummi potong bawang pulak hehehe
ReplyDelete- Hernee Nazir -