Sharon Tan, Head of Biscuits and Salty Snacks of Mondelēz International and Dr Hamid Jan, Associate Professor, School of Health Sciences, Universiti Sains
(From L to R) Hansen Lee, Sharon Tan, Dr. Hamid, Dr. Ezani Farhana and Jenn Chia at the launch of new belVita Banana & Oats
Dr Hamid Jan Bin Jan Mohamed, Profesor Madya di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Program Nutrisi dan Dietetik Universiti Sains Malaysia (USM) turut memberikan pandangan beliau mengenai kepentingan sarapan yang seimbang dan bermutu tinggi.
“Sarapan yang baik adalah penting bagi kesihatan fizikal, mental dan emosi dalam jangka masa panjang. Ianya turut memainkan peranan penting bagi mengelakkan tekanan darah tinggi dan diabetes. Memulakan hari dengan sarapan yang bermutu tinggi dikatakan dapat membantu mempertingkatkan kesihatan, menjaga keseimbangan hormon, serta memberikan tenaga yang mencukupi. Ianya juga merupakan satu cara yang sangat baik bagi mencegah obesiti dan mengekalkan Indeks Jisim Badan (BMI) yang sihat.”
(From L to R) Renowned lifestyle gurus, Jenn Chia, Hansen Lee and Dr. Ezani Farhana demonstrated a complete mind, body and soul experience at the event
Dr Hamid yang juga sependapat dengan Sharon mengulas, “Oat atau bijirin terkenal dengan kandungan serat, pelbagai mineral serta zat-zat yang mampu merendahkan paras kolesterol, sekaligus menjadikannya amat sesuai bagi sarapan pagi. Bagaimanapun, oat sahaja tidak mencukupi untuk menjamin pemakanan yang sempurna. Oleh demikian, buah-buahan seperti pisang adalah antara pelengkap yang sesuai dengan adanya kandungan serat, kalium, vitamin C dan B9 yang dapat menyumbang kepada kesihatan jantung. Lagipun, pisang merupakan buah-buahan tempatan kegemaran rakyat Malaysia yang murah dan senang diperolehi.”
Biskut belVita Breakfast boleh diambil berserta hidangan sarapan pagi yang seimbang bagi memulakan hari dengan sempurna dan penuh semangat. Ianya sebaiknya diambil dengan buah-buahan, produk tenusu dan bijirin untuk memberikan kombinasi karbohidrat, protein, lemak, vitamin, kalsium, zat besi dan zink yang seimbang.
Semenjak pelancarannya di Malaysia pada bulan Ogos tahun lalu, rangkaian biskut belVita Breakfast terus mendapat sambutan yang memberangsangkan di kalangan pengguna. Perisa ketiga belVita ini diperkenalkan berikutan prestasi kejayaannya di pasaran menerusi dua perisa utama, iaitu Susu & Bijirin serta Madu & Coklat.
Tambah Sharon, “Selaku pemimpin kategori biskut, kami sentiasa memberikan tumpuan terhadap aspek inovasi dan kepelbagaian portfolio produk bagi memenuhi permintaan serta harapan pengguna yang serba berubah. Dengan ini, kami mampu memperluas impak dalam pasaran secara berterusan, di samping menzahirkan komitmen kami bagi mencipta detik-detik keriangan dan memperkasa pengguna untuk membuat pilihan yang jelas berhubung kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh.”
Hansen Lee, iaitu personaliti TV dan jurulatih yoga dan kecerdasan bertauliah yang turut hadir pada majlis pelancaran berkata, “Jadual seharian saya sentiasa berubah dari masa ke semasa disebabkan oleh kepelbagaian tanggungjawab dan kekerapan bergerak ke beberapa tempat dalam masa yang singkat. Sebagai seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat, sarapan yang bermutu tinggi merupakan hidangan harian paling penting bagi saya dan ini membolehkan saya memulakan hari dengan minda, emosi dan tubuh badan yang cerdas. Biskut belVita Breakfast merupakan sumber tenaga yang mudah dan cepat kerana ianya lengkap dengan pelbagai nutrien bagi menjamin sarapan yang seimbang, walaupun pada pagi yang paling sibuk.”
Harga dan Tempat Jualan
- belVita Pisang & Oat boleh didapati dalam dua (2) pilihan pek:
- 80g (RM2.90)
- 160g (RM5.20)
- Perisa baharu ini akan dijual di semua pasar raya besar, pusat membeli-belah serta kedai runcit bermula Ogos 2017.
- Semua biskut belVita Breakfast mengandungi sekurang-kurangnya 50 peratus bijirin untuk membekalkan karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga utama pada waktu pagi.
- Biskut belVita Breakfast juga merupakan sumber serat dan mengandungi sekurang-kurangnya 8g bijirin tulen dalam setiap hidangan, berserta lapan jenis vitamin dan mineral. Apabila diambil sebagai sebahagian daripada sarapan yang seimbang, ianya mampu membekalkan tenaga dan khasiat untuk memulakan hari dengan baik.
makan belvita memang boleh kenyang lama lagi2 kalau makan time sahur
ReplyDeleteSalam singgah dari Sarah!
https://messarah.blogspot.my/2017/08/day-4-seven-things-that-cross-your-mind.html
tengok biskut ni...teringat iklan asraf sinclair dan bcl..nampak sedap..harga pun murah juga...oklah nak try lah for breakfast..huhu
ReplyDeleteMemang sedap belvita ni wah ada keluaran baru kena try ni
ReplyDeletetak pernah cuba lagi belvita..
ReplyDelete