Assalamualaikum
Hai korang ☺☺ Ingat lagi tak entry aku tentang Cari makan luar dan beriadah. Dalam entry tu aku ada sebutkan tentang kononnya mak aku nak ajak tengok kolam baru di Tanjung balau.
Bila kids dapat tahu tentang kolam,terus mereka nak ajak mandi kolam..Hah ni dok kerana mulut nenek la sebut pasal kolam.Kan dah semua nak pi kolam.Sudahnya nenek kena tepati janji untuk mandi kolam hari tu.So,lepas pada beriadah pagi tu,kami balik semula ke rumah.Nenek kata petang sikit baru boleh mandi kolam.
Dalam pukul 3 petang gitu,kami dah pun menuju ke Bayu Balau Beach Resort untuk mandi kolam.Kids excited lah dengar nak mandi kolam kan.
Masa masuk ke sini,memang dah lain,selalunya masuk tak de pak guard jaga,laluan masuk pun dah berbeza.Aku pernah buat entry berkenaannya di entry Sehari bersantai di Tanjung Balau Resort
So kali ni dah terpampang pintu gerbang masuk Bayu Balau Beach Resort.
Dapat snap dari dalam kereta je.Kalau korang nak cari Bayu balau ni dah senang lah..nampak pintu gerbang ni dah boleh masuk.
If korang just nak mandi-manda,korang boleh terus pergi ke arah reception tau.Di area reception tu macam ada satu kedai,hah..kat situ untuk beli tiket
Ini adalah bahagian Reception Bayu Balau Beach resort
Nampak kan bahagian receptionist tu bila korang dah masuk bayu balau ni.
Tiket masuk untuk mandi manda di Bayu Balau Beach Resort
4 tahun ke atas =RM10
Bila korang dah masuk ke sini,korang akan lihat chalet dan juga hotel yang terdapat di sini.Semua baru weh...huishh..rugi betul tak dapat nak menginap kat sini,sebab aku baru tau tempat ni baru siap.
Sebelah nya pulak untuk kanak-kanak.Di kawasan kolam renang kanak-kanak tu ada tempat gelongsor,puas hati lah kat sini.
Cuma sekarang ni tak boleh nak bawak makanan macam dulu-dulu tau.Biasalah tempat dah terjaga,kenalah diorang jaga kebersihan ye dok...
Ni hah,nasib baiklah cik along tolong uruskan dia,bawak dia main gelongsor air,nak harapkan umi,umi pun penakut.uishhh...umi pun fobia jugak...memang tak berani dah.
Kalau korang nak tau pasal hotel ni,meh aku share sedikit harga hotel dan chalet Bayu Balau Beach Resort ni.
Chalet
Weekdays =Rm 120
Weekend =RM160 untuk 2 pax
Sekarang ni hotel tengah ada promosi hanya RM150 sahaja.
Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan,korang boleh hubungi no di bawah ni ye
+6013-7231060
Aku share sedikit Lokasi Bayu Balau Beach Resort Kota Tinggi
Lepas ni aku nak cuba menginap di sini pulak,bukan apa,saja je nak merasai nikmat duduk chalet di kampung sendiri..heheehhe..
menarik, klu nk mandi je kena bayar ehhh, ok la kan, kdg2 kita taknak stay..saje nak bawk anak jalan2 kan
ReplyDeletekalau tak silap,setiap kali entrance kot..walaupun tak mandi..tak sure pasal tu zie
Deleteseronok kalau dapat pergi dengan anak2. =)
ReplyDeletebiasa anak² yang lebih seronok bila nampak kolam ni
Deletemenarik nampak tempatnya tu
ReplyDeletekalau ada masa try lah..memang best
Deleteseronoknya harga pun boleh tahan murah. Boleh la plan nanti
ReplyDeleteinsyallah,seronok.,.boleh bawak family
Deletemacam best jeee
ReplyDeletebukan macam lagi,memang best..hihihi
DeleteMenarik jugak tempat ni.. Kalau tak ramai org, seronok jerk mandi kolam..
ReplyDeletetulah,tak bersesak dengan orang..
DeleteKalau dah ke chalet/resort yg ada kolam, anak2lah yang paling hepi kan.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya :)
betul tu mia,selamat hari raya jugak
Deletemurah tu kak. nanti bileh pergi
ReplyDeletejom mak,bawak anak-anak
Deletehoneymoon pun okay juga ni
ReplyDeletehai salam kenalan dari emma . saya comeback untuk blogging . Jom follow saya . i'm done follow you . banyak story emma share kan seperti ni :-
Tak sia sia rajin tag dan share . So ni reward yang kekma dapat .
http://emmadianastory.blogspot.my/2017/06/vanitymirror-cermin-ajaib.html?m=1
seronoknya bermandi manda..
ReplyDeletewahh..best ni
ReplyDelete