Assalamualaikum
Hai korang☺☺Ada ke yang dah start bercuti? For sure korang akan bercuti pada Jumaat kan.Gerak balik ke kampung mesti hari jumaat kan.Kotlah ada awal lagi nak balik kampung,yelah nak balik kampung bukan selalu,Masa ni lah nak bercuti lama sikit.
Insyallah,aku petang jumaat ,lepas balik kerja dah gerak balik ke Melaka.Kalau ikutkan lepas berbuka nak gerak,tapi disebabkan takut pulak bila dah penuh perut,tak larat pulak nak drive kan.So kena ambil langkah berjaga-jaga lah kan.
Sebenarnya bila dengan anak-anak ni,aku lebih suka berjalan malam,bukan apa,bila malam,diorang lebih rileks,boleh tidur sehingga sampai ke destinasi.Kalau siang,kadang-kadang ada sesetengah budak yang meragam.Bila meragam mulalah mak ngan pak jadi singa.Drive pun rasa tak keruan je.Banyaklah pulak nak menyinggah kan.Ada jelah yang tak kena bila dah lama sangat di dalam kereta.Merancang perjalanan ni bagus supaya perjalanan kita berjalan lancar,takdelah stuck kat mana-mana rnr..Dari pembacaan aku di majalah pama,ada beberapa tips yang dikongsikan untuk mereka yang balik ke kampung bersama anak kecil.
So ibubapa kena pastikan guna tips ini dalam merancang perjalanan balik ke kampung lebih lancar dan selamat.
PILIH WAKTU PERJALANAN
Memilih waktu perjalanan juga membantu ia lebih lancar tanpa menghadapi karenah anak-anak yang mengamuk kerana mengantuk atau keletihan.Sebaiknya mulakan perjalanan seawal pagi iaitu selepas subuh kerana keadaan cuaca yang masih sejuk dan anak masih mengantuk atau anda juga boleh memilih jadual perjalanan pada waktu malam dan pastinya anak juga akan tidur sepanjang perjalanan.Ini dapat mengelakkan mereka bosan sepanjang perjalanan dan jika bosan mereka mula merengek dan meragam.
Sebab tu aku suka perjalanan pada waktu malam,so diorang tidur dan takkan terjaga sampai selamat ke destinasi.
KESELAMATAN SEPANJANG PERJALANAN
Keselamatan anak-anak perlulah diutamakan.Dudukkan bayi atau anak kecil dalam car seat sepanjang perjalanan.Elakkan memangku anak kerana ia mendedahkan anak kepada risiko berbahaya jika berlaku kemalangan.
PILIH PAKAIAN SELESA
Pemilihan pakaian juga memainkan peranan penting bagi memastikan si kecil selesa sepanjang perjalanan.Keadaan dalam kereta yang dipasang penghawa dingin dan perjalanan yang jauh akan membuatkan anak kesejukkan.Pakaikan mereka dengan pakaian yang dapat mengurangkan kesejukkan sesuai mengikut usia anak-anak.
Macam aku,kalau balik malam selalunya akakn pakaikan dia baju tidur je.Lagi selesa.
BAWA MAINAN/BARANG KEGEMARAN
Jangan lupa bawa alat permainan atau barangan kegemaran anak supaya mereka berasa selesa dan tenang.Sekurang-kurangnya ia boleh mengurangkan kebosanana dan rengekan si kecil.
Setiap kali balik ke kampung aku akan bekalkan dia dengan buku.
BAWA SEKALI MAKANAN
Yang ni memang wajib setiap kali drive jauh dari rumah.Bila bawa anak kecil travel,dalam perjalanan jauh dan lama,jangan lupa bawa sekali makanan untuk mereka.Biasalah si kecil akan cepat bosan,makanan seperi snek yang berkhasiat boleh membantu mereka duduk diam seketika.
ELAKKAN BUNYI BISING
Sekiranya ada anak besasr di dalam kereta,pesan kepada mereka supaya jangan berbuat bising ketika adik kecil sedang tidur.Suara bising akan membuatkan bayi mudah terkejut dan tidak dapat tidur lena.Akibatnya si kecil akan menangis dan meragam
Ada beberapa tips yang aku dah buat.So ia nampak berkesan.Korang pun boleh try tips ni.Mana tau berkesan jugak untuk korang..
Apa pun semoga perjalanan korang selamat dan lancar...Selamat hari raya.....
Terbaik tips ni eda... Nasib baik lea sama tempat.. X yah fikir nk balik jejauh.. hehe pape pun selamat menyambut aidilfitri ye eda... maaf andai ada salah silap sepanjang kenal ni..
ReplyDeleteyes setuju. kena selalu sediakan kudapan untuk dorang. mainan supaya tak boring, buku ke. and baju kena selesa. kekadang pakai baju melayu pun rimas
ReplyDeleteinshaallah boleh try tips ni untuk tahun tahun depan. aminn doakan uyul lekas kawen. hehe
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan