Assalamualaikum
Hai korang☺☺☺ dah 17 hari berpuasa ni,bibir semakin kering,Nak kata selalu sangat minum ais tak jugak,kurang minum air masak tu memang lah..Kurang minum air masak ni pun sebenarnya salah satu sebab bibir kering.
Macam aku ni hah,baru masuk ramadhan ke 17,bibir dah kering.Pulak tu pemalas nak pakai lipbalm.Satu lagi bukan malas je,tapi sebab takde..uih...memang tak pernah aku beli lipbalm ni tau.Baru rasa lipblam tu perlu.hadehhh...
Di bulan puasa ni,memang selalu kan bibir kita kering,...Banyak je gejala yang menyebabkan bibir,dan ada je tips atasi bibir kering waktu berpuasa ni.Dari pembacaan aku di majalah keluarga,ada beberapa tips atasi bibir kering waktu berpuasa.Hal ni perlu jugak ambil tahu kalau nak bibir tu cantik.Jadi kalau korang pakai lipstick,xdelah nampak tompok-tompok dek kerana kulit terkopek.Semuanya boleh diatasi dengan tips di bawah ini
1.Pengelupasan kulit bibir
Buat pengelupasan kulit mati pada bibir seminggu sekali.Caranya,basahkan bibir dengan air hangat.Kemudian gosok bibir dengan sikat gigi lembut.Jika takut cara ini akan melukakan bibir korang,gunakan produk pengelupasan khusus bibir.Biasanya bentuknya seperti lip balm.Produk ini dapat membuang kulit mati dan bibir yang kering akan mudah menggelupas.
2.Guna Lip Balm
Untuk mencegah bibir kering,anda kena rajin menggunakan lip balm.Carilah pelembab bibir yang kaya lip balm,mengandungi minyak alami dan SPF.Ini dapat menjaga bibir dari sinar matahari yang merupakan salah satu penyebab jadi bibir kering.
3.Elak makan pedas dan masin
Makanan yang terlalu pedas dan masin menyebabkan bibir dan mulut menjadi kering.Kedua-dua makanan ini juga akan membuat anda cepat haus.Jadi hindari makanan ini waktu sahur dan buka puasa.
4. Jangan Jilat bibir
Suka sangat basahkan bibir dengan air liur ye..yupppp..ini selalu aku lakukan.Dan kalau korang nak tahu,basahkan bibir dengan air liur bukan cara yang bagus kerana ia akan lagi mengeringkan bibir.
5.Madu
Madu merupakan bahan alami untuk mengatasi bibir kering dan pecah-pecah.Anda boleh terus sapu madu dininir.Tepai jangan pula curi peluang,goles dan jilat bibir ketika berpuasa.Seeloknya sapu madu sebelum tidur.Waktu sahur pula,jangan lupa untuk minum sedikit madu.Selain mencegah bibir kering,madu juga memberikan kekuatan selama puasa.
Bolehlah kita amalkan sepanjang bulan puasa ni supaya bibir nampak cantik di hari raya.Kalau takmo praktikkan tips ni,maka,tak cantiklah nanti nak pakai lipstick..hehehe
lisa pakai lips balm hehehe. mmg takat ni tk pernah kena bibir kering
ReplyDeletesaya pakai lipbalm juga kak yang aloevera casing hijau tu..best..
ReplyDeleteJanjiKita
tq for sharing
ReplyDeletelipbam sentiasa kena ada dlm handbag
ReplyDeleteaku memang standby lip balm dalam beg..
ReplyDelete- Hernee Nazir -
Biasa pakai lip balm je untuk elakkan bibir kering :)
ReplyDelete