Assalamualaikum
Hai korang☺☺☺ Iftar semalam aku masak siakap 3 rasa menggunakan bahan yang dah sedia ada di rumah.Kalau beli barang basah tu,memang aku plan nak masak apa,so beli apa yang patut aku beli.
Menu siakap 3 rasa ni,husband aku yang request,So,semalam baru sempat nak masak.
Kalau buat sendiri,banyak benda korang boleh letak,nak sos banyak ke sikit semuanya boleh.Penyediaan untuk siakap 3 rasa ni mudah je.
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap
1/2 biji nenas yang separuh masak.
1 biji bawang merah(potong dadu)
1/2 bij bawang merah (dihiris)
2 biji bawang putih(dihiris )
3-4 tangkai cili kecil
1/2 biji timun(potong dadu)
1 biji tomato(potong dadu)
1/4 halia(potong dadu)
1 batang serai(potong halus)
beberapa helai daun sup(boleh juga letak daun ketumbar)(potong halus
Sos tomato
sos tiram
sos ikan(kalau ada)
sedikit tepung jagung
garam/gula
Minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya
Lumur tepung jagung dan sedikit garam pada ikan.Kemudian masukkan ke dalam kuali yang berisi minyak.pastikan minyak tu betul-betul panas dan banyak.Kalau aku ikan tu mesti tenggelam dalam minyak.Jadi sekata masaknya.Ikut korang nak ikan tu rangup atau tidak.Dah siap angkat dan ketepikan.
Kemudian,tumis bawang merah ,lada kecil dan bawang putih yang dihiris halus,setelah naik bau,masukkan sos tomato,sos cili dan juga sos ikan.Selepas agak menggelegak masukkan bahan yang dipotong dadu.Masukkan sedikit air kalau korang nak kuah,dan tunggu sehingga ia pekat.Barulah perasakan dengan garam dan gula.Biarkan ia mendidih dan siap
Kemudian korang siram je sos yang dah siap tu ke atas ikan siakap yang korang goreng tadi.Taburkan daun sup untuk hiasan.
Ok..siap dan boleh dihidangkan di atas meja..Senang kan..Harap ia memudahkan korang untuk idea masakkan korang
wow sedap tu siakap 3 rasa
ReplyDeletesesekali pekena 3 rasa...sedaplah..hehe
Deleteassalamualaikum eda...menu yg sedap ni eda..kalau mama mesti ada dlm menu bln puasa...tahun ni masih x berkesempatan memasaknya..
ReplyDelete** Mama Maszull
waalaikumsalam mama,jarang masak 3 rasa ni,tapi tulah,benda mudah pun taknak buat...
DeleteTerliur tengok ikan siakap tu. Lelebih lagi the sweet sour, mengancam! Kerja Nisa ni tiada masa untuk memasak waktu bulan Ramadan... sampai rumah selalu lewat.
ReplyDeletehttp://panphila.blogspot.my
takpe nisa,insyallah ada masa nanti boleh buat..nak senang,pi makan kat luar je..hahaha
Deletewoowww..terliur tgk..
ReplyDeletehaip,jangan keluar air liur tau..hehe
Deletefavorite ni, siakap 3 rasa
ReplyDeletekan,dapat ikan yang rangup-rangup sikit..sedap ratah
Deleteaduiiii sedapnya ummi naura masak..
ReplyDelete- Hernee Nazir -
ala,umi naura masak biasa-biasa je
Deletesedapnya lahai menu febret..
ReplyDeleteJanjiKita
ramai jugak suka ikan siakap ni kan...my pebret too
Deletemy favourite food...sedapnya ikan siakap ni
ReplyDelete