Assalamualaikum
Hai korang☺☺Kalau aku limau kasturi ni masa kecil-kecil suka makan dengan asam masin.Tu memang pebret lah..Rugi kalau korang tak cuba..sedap tau..Selain dari tambahan perasa dalam makanan atau minuman,limau kasturi ni boleh buat ubat tau.
source: google
Eh korang tau ke pasal ni.Kalau dulu husband aku,setiap kali lepas makan,memang nak kena ambil dua biji letak dalam air suam.Dia kata supaya asid tak terlalu banyak dalam badan,dan juga senang nak melepas...hehehe..harap korang fahamlah pasal tu.Dari pembacaan aku di majalah keluarga,ada beberapa jenis ubat yang boleh didapati dari limau kasturi ni tau.Jom kita tengok mana tau dari 7 jenis ubat ni boleh membantu kita seharian.Tak sangkakan Limau kasturi ni ada khasiatnya tersendiri dalam perubatan.
1. Batuk
Ambil limau, kicap dan garam. Minum setiap pagi dan malam secara teratur. Lama-kelamaan batuk akan beransur pulih.
2 . Demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau kasturi. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan basahkan kain pada air rebusan lalu ditempelkan pada dahi pesakit.
3 . Pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
4 . Lelah
Ambil sesudu madu, kemudian campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Amalkan cara ini seminggu sekali.
5. Kegemukan
Perahan limau kasturi yang di campur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.
6. Kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau kasturi. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.
7 . Kepala Berbau
Ambil beberapa biji limau kasturi dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kulit kepala.
Kalau dulu,aku memang buat untuk kelumumur,cuma sedikit pedih lah kan..tapi kalau nak hilangkan kelumumur tu dengan cepat,kena lah bertahan.Hah...banyakkan khasiat dari Limau Kasturi ni.
Semoga bermanfaat untuk kita semua.Limau kasturi ni memang sentiasa ada dalam fridge,so tak risau kalau nakkan limau ni.
sumber : majalah keluarga
limau serbaguna ni. biasa buat basuh ikan ayam je :)
ReplyDeletebanyaknyaa khasiat diaaa.
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan