Assalamualaikum
Setiap kali musim perayaan dan cuti panjang, kadar jenayah pecah masuk rumah pasti akan meningkat. Masalah ini sering berlaku di kawasan perumahan di bandar yang rata-rata penduduknya akan pulang ke kampung halaman masing-masing semasa cuti panjang.
Tidak lama lagi, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semestinya ramai akan pulang ke kampung dan rumah akan dibiarkan kosong untuk beberapa hari. Sebelum kita bergembira di hari kemenangan umat Islam nanti, jom semak tips mudah untuk meningkatkan tahap keselamatan rumah sepanjang musim perayaan nanti.
1. Tambah ciri keselamatan pada tombol pintu dan tingkap
Jika anda tidak pernah langsung menukar tombol pintu dan tingkap rumah anda, inilah masanya untuk anda upgrade tombol pintu ada dengan tombol yang lebih baik. Gantikan dengan tombol yang mempunyai lebih dari satu ciri keselamatan seperti tombol yang perlu dibuka dengan selak dan anak kunci.
2. Sorok barang berharga yang ditinggalkan di rumah
Barang elektrik yang besar seperti alat permainan video, televisyen 50’ pasti menarik minat orang yang berniat jahat. Memandangkan sesetengah barangan tidak boleh disimpan dalam peti besi, memadai jika anda menggunakan langsir jenis blackout agar bahagian dalam rumah anda langsung tidak dapat dilihat dari luar apabila langsir ditutup.
3. Pasang sistem penggera rumah
Sistem penggera rumah boleh dikatakan satu keperluan untuk setiap rumah di bandar. Dapatkan khidmat nasihat daripada pemasang sistem penggera profesional tentang pakej yang sesuai dengan keperluan, saiz rumah anda serta lokasi yang strategik untuk dipasang alat penggera tersebut.
4. Pastikan halaman rumah sentiasa cerah
Bagi rumah yang mempunyai banyak pokok yang rendang di kawasan halaman, pastikan pokok tersebut ditrim dengan kemas sebelum anda pulang ke kampung. Tambah lampu spotlight yang disasarkan ke arah pokok yang rendang supaya halaman rumah anda dapat dilihat dengan jelas dan tiada kawasan yang gelap atau terlindung.
Source
5. Gunakan lampu dengan ciri pemasa atau timer
Lampu dengan ciri pemasa ini bukan saja bagus untuk persediaan pulang ke kampung, tapi juga bagus untuk keluarga yang selalu pulang lewat ke rumah pada hari-hari biasa. Anda boleh menetapkan waktu untuk lampu itu menyala dan tutup setiap hari. Jadi, jika anda pulang pada pukul 10 malam sekali pun, orang tidak akan sangka yang rumah anda sebenarnya kosong.
Banyak kelebihan jika kita berbaik dengan jiran, dan antaranya ialah kita dapat saling membantu untuk jaga rumah satu sama lain semasa musim perayaan. Maklumkan pada jiran nombor telefon untuk dihubungi semasa ketiadaan anda jika mereka mendapati sesuatu yang pelik berlaku di rumah anda.
Dapatkan perkhidmatan profesional tentang lokasi terbaik untuk anda pasang kamera CCTV di sekitar rumah anda. Pastikan sistem CCTV itu mempunyai aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun ke dalam telefon bimbit anda. Dengan adanya aplikasi itu, anda boleh lihat keadaan rumah anda secara live, dimana saja anda berada.
Source
8. Pastikan pintu dan semua tingkat dikunci
Yang terakhir sekali dan yang paling penting, pastikan semua pintu dan tingkap telah dikunci ya!
Saya harap tips yang telah saya kongsi ini dapat membantu anda dalam meningkatkan tahap keselamatan keluarga dan rumah anda. Jika anda perlukan nasihat profesional tentang pemasangan CCTV, sistem penggera atau alarm, sila layari Recommend.my.
Recommend mempunyai 7000+ penyedia khidmat profesional di seluruh negara untuk bantu anda menjadikan kediaman anda lebih selamat dan selasa.
perkongsian yg bagus untuk smua kak.. tq :)
ReplyDeletetq share :)
ReplyDeletetips yang berguna di musim cuti perayaan akan datang
ReplyDeleteduk kat kampung pun kena sentiasa berwaspada. kadang2 time terawih dorang pegi menceroboh, mencuri
ReplyDeleteSangat berguna tips2 ni
ReplyDelete