Assalamualaikum
Emmm..Siapa kat sini buat stock sayur untuk seminggu atau lebih.Bagaimana korang menyimpannya.Geram tak bila buka peti ais nak ambil sayur,tengok sayur tu dah benyek dan kekuningan.Tak secantik masa membeli dulu.
Yelah,takkan nak beli hari-hari kat kedai kan.Bagi aku yang berkerjaya ni,haruslah cari stock seminggu.Senang sikit.Balik keje tinggal masak je.Leceh la kalau kena pi kedai setiap hari.Takkanlah nak masak malam-malam buta kan.Bagi aku dan suami yang bekerja ni,paling lambat makan pukul 9 malam.Itupun dengan lauk yang simple.Paling di masak banyak sekarang ni adalay sayur dan makan buah-buahan je.
Kalau sayur tu dah tak segar,nikmat makan tu pun dah kureng kan.Kalau segar, rasanya lebih sedap dan rangup.Tapi macam mana nak kekalkan kesegaran sayuran tu.Ini aku terbaca di sebuah blog.Berkongsi tentang 6 tips Buah dan sayur Agar Tahan Lama.
Jom kita tengok apa Tips yang ingin aku kongsikan hasil dari pembacaan aku ni mengikut jenis sayur dan buah
1.Salad
Simpan salad dengan meletakkan kertas tisu yang tebal di atasnya.Kertas tisu ini akan menyerap kelembapan dari salad dan menjadikan ia segar dan rangup seperti sediakala.
2.Lobal
Buang kulit lobak dengan nipis sahaja dan simpan di dalam plastik.Letakkan sebatang staw ditengah dan ikat plastik.Sedut udara keluar dari plastik supaya jadi seperti gambar di bawah.SImpan di dalam peti sejuk.Cara ini akan membuatkan lobak tahan lebih lama dan mudah untuk digunakan kerana sudah siap di buang kulit
3.Pisang
Asingkan pisang satu persatu dan balutkan hujung pisang menggunakan kertas foil seperti ini.Dikatan pisang mengeluarkan gas melalui hujung batang ini yang menjadikan kulitnya bertukar coklat dan isinya menjadi lembik.Cara ini akan melambatkan proses itu.
4.Tomato dan Ubi Kentang
Tahukah anda bahawa ubi kentang dan tomato tidak perlu disimpan di dalam peti ais?Mengapa tidak?Tomato jika disimpan di dalam peti akang mengurangkan rasa sebenar dan kesegarannya.Ubi kentang tidak sesuai diletakkan di dalam suhu yang terlalu sejuk kerana akan menyebabkan kanjinya bertukar menjadi gula yang akan mengubah rasa dan teksturnya.
5.Daun Sup dan Daun Ketumbar.
Potong batangnya dan letakkan di dalam gelas atau balang kecil yang di isi air.Tutup menggunakan beg berzip dan masukkan ke dalam peti ais.Air boleh ditukar 2-3 hari sekali.Insya Allah tahan lama dari biasa.
6.Brokoli
Sama seperti daun sup,masukkan ke dalam plastik berzip,tetapi letakkan sehelai kertas tisu tebal dan tutup.simpan di dalam peti ais.
So ,lepas ni tak risaulah kan kalau kita nak simpan berapa lama pun dalam peti ais
So ,lepas ni tak risaulah kan kalau kita nak simpan berapa lama pun dalam peti ais
http://awesomeummi.com/10-tips-sayur-dan-buah-tahan-lama/
nice sharing :D
ReplyDeletehttp://www.syahirahvaliant.com/2017/06/pencarian-sponsor-giveaway-nurul-friends.html
tq for sharing
ReplyDeletenice tips. boleh cuba.
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan