Assalamualaikum
Hai korang☺☺☺Alahaii..lama sungguh tak bercerita pasal si kecik ni.Dah semakin panjang akalnya sekarang ni.Kemahin lagi,Tapi masih tak pandai nak melawa macam umi dia..Kalau dah pandai tak taulah.Buat masa sekarang ni,apa yang digayakan oleh dia,yang tak enak di matanya,pasti dia akan buang.
Dak Naura dah hampir ke umur 2 tahun..Dah pandai nak bercakap dia ni sekarang.Dapatlah dua butir ungkapan dari mulut dia..Kalau bab nyanyi didi n friends pun dah pandai walau satu ayat pun umi dia tak faham.
Oklah..meh nak tanya sikit ni bagi parents yang ada anak perempuan..Rajin ke korang pakaikan mereka ni headband? Aku dulu,masa baby rajinlah pakaikan Naura dan fiyah headband,tapi bila dah pandai tangan dia ambil headband tu,memang takkan lekatlah kat kepala.Mak dia nak bagi lawa pun taknak.Nak sikat rambut pun terpaksa berkejar dengan dia.Sudahnya,sampai dia besar ni,memang tak pernah pakaikan dia headband.Tapi nak share sedikit dengan korang,kerana pemakaian headband ni ada jugak keburukkan dia..Sebagai ibu bapa,kita kena alert jugaklah kan walaupun kita kekadang tak jangka perkara ini boleh berlaku.
Menurut Perunding Pediatrik Hospital Pakar KPJ Kajang,Dr.Nor Mahani Harun seperti dipetik dalam utusan online,pemakaian aksesori kepala tidak salah jika ibu bapa bijak memilih kesesuaian aksesori untuk bayi mereka.Beberapa faktor berikut perlu dipertimbangkan sebelum memakaikan bayi anda aksesori kepala.Ada beberapa faktor di bawah ini hasil perkongsian di Majalah PAMA.
1.JENIS FABRIK AKSESORI
Tulang bayi ketika usia selepas lahir sehingga 18 bulan amat sensitif,dan masih dalam proses pertumbuhan menyebabkan tulang mereka mudah tercedera.Jadi risiko perkembangan tulang bayi terganggu boleh berlaku bergantung kepada jenis aksesori yang dipakaikan sama ada selamat atau tidak.
2.TAHAP FLEKSIBILITI REGANGAN AKSESORI
Tulang dan otak bayi akan membesar setiap hari dan jika dipakaikan aksesoru sepanjang masa,dibimbangkan akan membantutkan perkembangan tulang bayi secara tidak langsung walaupun ia bukan punca utama.
2.TAHAP FLEKSIBILITI REGANGAN AKSESORI
Tulang dan otak bayi akan membesar setiap hari dan jika dipakaikan aksesoru sepanjang masa,dibimbangkan akan membantutkan perkembangan tulang bayi secara tidak langsung walaupun ia bukan punca utama.
3. SAIZ AKSESORI
Headband bayi mesti ditukar setiap bulan kerana otak dan tulang bayi akan membesar dan ukur lilit kepala mereka juga berbeza setiap bulan. Kalau anda masih memakaikan bayi aksesori kepala yang sama ketika dia baru lahir semasa bayi sudah berusia setahun, kemungkinan tumbesaran tulang kepalanya akan mempunyai masalah.
4. TEMPOH MASA PEMAKAIAN
Pemakaian aksesori terlalu lama atau kerap boleh mengganggu tumbesaran fizikal bayi dan dibimbangkan turut memberi kesan kepada bahagian dalaman. Sebaiknya aksesori kepala hanya boleh dipakai selama satu hingga dua jam dan sebaiknya dimulakan selepas bayi berusia 18 bulan.
5. KESAN KEPADA KULIT BAYI
Penggunaan fabrik yang tidak sesuai untuk kulit bayi yang sensitif seperti bulu, renda berbiku dan tajam, mungkin boleh melukakan kulit bayi serta menyebabkan masalah alahan seperti ruam dan kegatalan. Bahkan penggunaan manik dan labuci juga berisiko menyebabkan bayi yang sudah besar memasukkan ia ke dalam mulut atau hidung.
6. RISIKO TERBELIT
Ibu bapa hendaklah mengawasi bayi semasa memakai aksesori kepala kerana bimbang boleh menutup hidung hingga menyebabkan sukar bernafas atau terjatuh sehingga ke leher lalu menyebabkan leher bayi terbelit dan tak boleh bernafas.
Maka terpulanglah kepada ibu bapa sama ada hendak meneruskan minat untuk memakaikan bayi mereka aksesori kepala atau tidak. Jangan terlalu teruja dengan pujian rakan-rakan tentang kecomelan anak anda apabila memakai aksesori kepala. Sebenarnya apa yang lebih penting adalah keselamatan nyawa dan keselesaan si manja berbanding penampilannya apabila dipakaikan aksesori kepala.
Kejadian yang berlaku kepada seorang ibu kepada bayi berusia 14 minggu di United Kingdom patut dijadikan pengajaran kepada semua ibu. Bayi tersebut dilaporkan mati akibat sesak nafas disebabkan headband yang dipakaikan menutup sebahagian hidungnya.
Tidak mahu perkara yang sama berlaku, ibu kepada bayi malang itu mengingatkan ibu lain supaya tidak melakukan kesilapan yang sama.
Leanne Wilson berkongsi perkara tersebut di Facebook mewakili rakannya itu dan statusnya dikongsi oleh 80K netizen di UK.
Rakan saya baru saja kehilangan bayinya yang berusia 14 minggu. Selepas pulang dari bersiar-siar, bayinya tertidur lebih kurang 30 minit sementara dia mandi dan terlupa membuka headband yang dipakaikan.
Apabila dia kembali untuk menjenguk bayinya, reben pada headband tersebut sudah menutup hidung dan mulutnya. Bayinya sudah tidak bergerak dan disahkan meninggal dunia. Bedah siasat yang dilakukan mendedahkan punca kematian adalah akibat kesukaran bernafas.
Dia mahu ibu-ibu baru yang lain tahu tentang bahaya yang ada pada aksesori kepala bayi.
Sumber: www.mirror.co.uk
Sebab tu,aku tak paksa sangat anak-anak aku untuk memakai aksesori-aksesori ni.Tunggulah dia besar sikit.Nanti dah besar,pandailah dia mintak sendiri.Macam kakak Naura yang dah semakin nak melawa je..Hah...baru sekarang nak pakai headband walaupun sekejap..hahaha
Hah..gitu jelah gaya rambut dia..takdelah nak letak headband..Kalau dia tak usik headband tu pun takpe jugak kan..
Sebab tu,aku tak paksa sangat anak-anak aku untuk memakai aksesori-aksesori ni.Tunggulah dia besar sikit.Nanti dah besar,pandailah dia mintak sendiri.Macam kakak Naura yang dah semakin nak melawa je..Hah...baru sekarang nak pakai headband walaupun sekejap..hahaha
Kesiannya baby meninggal hanya kerana pakai headband sahaja. Untuk langkah selamat, pakaikan bila anak dah besar jelah kan? itupun kena tunggu diorang minta sendiri haha biasa budak2 ni kalau tengok kawan dia pakai nanti pandai la dia mintak.
ReplyDeleteummi ilhams teringin nak pakaikan baby headband..hahaha
ReplyDelete- Hernee Nazir -
Kena berhati2 memilih dan mengenakan eksesori kepada bayi.
ReplyDeletehehe comel je. teringin nak ada anak juga
ReplyDeletekena berhati hati lah kan, sebab baby kepala nya masih lembut ... jom hingga blog yuyu, cuci mata baju baby dll FB : https://www.facebook.com/shaa.yuyue .tQ sis
ReplyDeletehaiii tetiba teringat video kat Fb nak kawen nak kawen nak kawen tuh hahaha.
ReplyDeleteJom ke Blog Uyul Rosli >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
assalamualaikum eda...x ada headband pun lawa juga kn...
ReplyDelete** Mama Maszull