Assalamualaikum
Hai Korang ☺☺sebenarnya nak update entry lain,tapi entry ni jugak yang aku up.Bukan apa,nak up entry yang tu,kena banyak nak kena masukkan..hehehe..so kita ambil entry yang simple jelah ye.
Itu hari kalau korang perasan kat Instagram,aku ada upload gambar aku kat kluang kan.Dan aku ada cerita pasal aku bermalam kat sana.Korang boleh terjah Review Merdeka Hotel ni.
Bila terjah Kluang,tak bermakna rasanya kalau korang tak pi terjah jugak Kluang Rail Coffee yang terkenal ni.Tapi masa aku pergi ke Kluang,Aku just pegi Kluang Rail Coffee yang berdekatan dengan Hotel.Padahal.orang kata nak menikmati Kopi yang superb harus pergi berhampiran dengan Station keretapi Kluang tu.Tapi takpelah..Mybe next time aku boleh ke sana lagi.Sebenarnya kalau ikutkan apa yang kawan-kawan aku cerita tentang RailCoffee Kluang yang di station Keretapi tu tak sama dengan Francais dia yang lain.Kiranya Yang di station tu dah lama bertapak lah.Adalah sedikit Veteran dia..Lagi mengimbau kenangan katanya.Makanan kat situ semua sedap-sedap.Thumbs Up.Walaupun ramai orang yang berpusu-pusu masuk Cafe tu,Makanan tetap rasa sama..ehehe.
Tapi masa sangat mencemburui.So pergi jelah yang Francais pun jadi lah.Masa hari Jumaat,kami bertolak ke Kluang.Masa tu memang plan nak makan bersama dengan Blogger Hernee Nazir.Tapi dia dah sampai dulu.Siap tunggu aku lagi..wah..thanks tau.
Kluang Rail Coffee
Rugi pulak tak stay hotel Kluang ni..Tapi sedikit mahal la dari hotel yang aku duduk tu.Sampai-sampai je Hernee dah habis makan..Tapi dia tetap jugak tunggu aku..lebius la beb
Photo dari Hernee Nazir
Masa ni memang tak menyempat la weh nak keluarkan phone..Sebab dah lapar sangat.Menahan lapar untuk makan kat sini weh.
Gambar dari Hernee Nazir
Syok weh dapat Kopi Kluang ni..Rasa nak tambah lagi..Nasib baiklah ada kerja yang nak dibuat lepas tu.
Antara menu yang ada disitu.Sedap tau...aku repeat untuk makan 2nd time sebelum balik JB
Kan dah cakap,aku memang tak sempat nak ambil gambar ..hahaha..Ini je yang ada..Ikut hati ada banyak lagi yang aku nak ambil..hehehe
Photo Hernee Nazir. Hero's Hernee dan Heroin Eda sedang berposing..Malu-malu anak dara tu kan
Merasa jugaklah kan lunch kat sana.Insyallah..Lepas ni nak pergi menaiki keretapi ke sana..Nak rasa pulak yang Kat station Keretapi pulak.Oh ye..Korang boleh baca entry Hernee Nazir Disini
Tak bawa balik Coffee Kluang ke? Next entry aku cerita eh...
If korang nak terjah Kluang Rail Coffee ni,boleh terjah alamat di bawah ni
Kluang Rail Coffee
20 & 21, 1st Floor & Ground Floor, Jalan Tasik 1, Pusat Perniagaan Tasik, 86000 Kluang, Johor.
Contact No. – 07-7728391
aduhhh eda.. ko buat aku terasa haus nak minum kopi ais..hehehe
ReplyDelete- Hernee Nazir -
kan..jom kita pi lagi..nak ketapi
Deletecomel yg tiga orang tu.. buat peace tapi 3 jari.. hehe
ReplyDeletehaha..kan..macam2 budak² ni
DeleteAdoii jauh la pulak nk p terjah... hahaha.. mungkin satu hari nnti.. insyaallah..
ReplyDeleteboleh je lea..mana tau kan..hhehe
DeleteMasyaAllah kopi dia menarik betul! hahahaha
ReplyDeleteKemain orang sebelah tu pilih menu
ReplyDeleteJanjiKita
Ehemmmm kemahinnnnnn dia makan tak ngajak Uyul hahahah,
ReplyDeleteJOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Masa pergi Kluang tak dapat makan kat sini sebab ramai tapi dapatlah breakfast kat keretapi tu. memang sedap!
ReplyDelete