Assalamualaikum
Hai korang☺☺Salam pagi jumaat..Harapnya korang sihatlah hari ni dan hari-hari berikutnya.Doakan aku sentiasa sihat ye.Insyallah.
Oklah..Jumaat ni aku nak share sedikit perkongsian tentang Power Of Sedekah..
Di dunia, mereka yang bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya. Faedah ini dijelaskan oleh Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan jalinkanlah hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya (berzikir) dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
source:google
1.UBAT SEGALA PENYAKIT
Sedekah merupakan uba segala penyakit.Jika anda ada penyakit,tidak kiralah berbahaya atau biasa-biasa sahaja,bersedekahlah,insyallah ada penawarnya.
Selain itu,sedekah boleh mengubat penyakit hati seperti dengki,sombong,kedekut,riak dan bongkak dengan harta yang dimiliki.
2.MENAMBAH KEAKRABAN MANUSIA
Secara tidak langsung,sedekah dapat menjalin dan mengeratkan silaturrahim antara kita.Ini kerana,kita dapat membantu golongan yang memerlukan seperti fakir miskin,anak-anak yatim,insan yang memerlukan seperti untuk pembedahan,rawatan penyakit dan sebagainya.Dengan bantuan anda,mereka akan rasa lebih bersyukur dan berterima kasih.
3.MENAMBAH HARTA
Seperti kita sedia tahu,sedekah akan menambahkan harta kita,bukan makin berkurang.Jadikan bersedekah sebagai amalan hidup anda,tidak kiralah banyak atau sedikit asalkan anda mampu.Allah tidak memandang pada nilai yang banyak atau sedikit,tetapi keikhlasan hati anda.
4.MENANAMKAN PERASAAN BELAS KASIHAN
Apa perasaan anda bila lihat seorang ibu meriba anaknya yang kecil meminta sedekah di tepi jalan?Tentu sedih dan bersyukur kerana kita tidak dibesarkan dalam keadaan sebegitu.Itulah yang Allah cuba lihatkan pada kita,rasa bersyukur dan belas kasihan.Hulurkan apa yang anda mampu untuk mereka,tidak kiralah wang ringgit atau makanan.Mungkin anda terfikir,"betul ke mereka ni miskin,mungkin ada agen yang letak mereka kat sini"
Jangan...Cuba ikhlaskan hati ,itu urusan dia dan Allah.Kita jaga urusan kita.
5.HARTA LEBIH BERKAT
Pernah tak anda rasa,dengan gaji yang sedikit,tetapi anda mampu hidup untuk sebulan dan ada lebihan lagi dari gaji anda?
Dengan untung yang mungkin kecil,tapi anda boleh gunakannya untuk banyak perkara.Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan.
Dengan adanya keberkatan,harta atau rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi.Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.
6.MEMANJANGKAN UMUR
Dari Amru bin Auf R.A katanya,Rasullullah SAW bersabda,"Sesungguhnya sedekah seoarang islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong,takbur dan membanggakan diri(dari pemberiannya)
-Hadis Riwayat Bukhari
Dari hadis berikut,dapat kita simpulkan dengan bersedekah,Allah akan memanjangkan umur seseorang,jauhkan dari mati dalam keadaan mengaibkan dan menghapuskan sifat sombong,takbur dan riak.
7.MEMUDAHKAN URUSAN HIDUP
Bersedekah mampu menolak dan menjauhkan diri kita dari bala.Jika kita tiada harta,doalah semoga kehidupan mereka akan jadi lebih baik kerana doa juga merupakan sedekah.Dengan bersedekah yang ikhlas,Insyallah Allah akan lindungi dan rahmati hidup kita sepanjang hari.Melalui sedekah juga,kita telah menunaikan peranan seseorang hamba iaitu dengan memudahkan urusan orang lain,maka Allah membalasnya dengan memudahkan urusan kita.
8.MENGHAPUSKAN SIFAT SOMBONG
Sudah menjadi lumrah apabila harta kita sudah banyak dan makin kaya,akan datang satu ujian perasaan iaitu perasaan riak atau sombong.Perlu diingat,harta kita bukan milik kita tetapi pinjaman dari Allah semata.Dengan bersedekan Allah akan menghapuskan sifat-sifat mazmumah(tidak elok) dalam diri kita.
9.MENAMBAH RASA SYUKUR
Apabila kita bersedekan,akan timbul perasaan syukur dan nikmat dalam diri dengan rezeki yang diperolehi.Jika kita tidak bersyukur,kita akan rasa rezeki tidak cukup walaupun dengan gaji yang besar.Sekiranya kita bersyukur dengan rezeki yang ada,hidup akan lebih bahagian dan aman.
Untuk menambahkan rasa syukur,kita harus lihat pada orang yang lebih susah dari kita seperti peminta sedekah dan fakir miskin.
Begitulah 9 Power Of sedekah yang aku share dari blog Dr.Azizan.Dari sudut lain,ia mengajar kita untuk sentiasa beringat atas apa yang kita ada ,bukan semuanya milik kita selamanya.Perkongsian ini bukan
sedekah menyuburkan harta.. :)
ReplyDeletenak dapatkan keberkatan dalam gaji kita? sedekah :)
ReplyDeletesedekah..noted! semoga apa yang kita sedekah itu menjadi pahala untuk kita diakhirat nanti =)
ReplyDeleteSedekah umpama biji benih...salam Jumaat.. :)
ReplyDeletePerkongsian yang baik eda... Moga pasni lea rajin bersedekah.. hehehe..
ReplyDeletein sha Allah kak
ReplyDeletelagipun dpt menggembirakan hati orang lain 😉
ReplyDeleteBanyak juga kelebihan sedekah..
ReplyDeletekalau cukup duit ..maka sedekah la ilmu..betul tak
ya, banyak kelebihan sedekah. tapi kita manusia ni memang takut kekeringan harta smpaikan takut untuk bersedekah
ReplyDeleteTangan yang memberi lebih baik dari menerima :)
ReplyDeletethanks info ni, Allah dah janjikan banyak kebaikan dari bersedekah
ReplyDeleteHello, ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Encik Fedrick POWER, pemberi pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan untuk semua yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Adakah anda memerlukan pinjaman? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk membayar hutang anda atau membiayai projek anda? Adakah ia telah ditolak oleh bank-bank dan agensi kewangan yang lain? Cuma perlu, kerana kita berada di sini untuk semua masalah kewangan anda. Kami menawarkan pinjaman cepat dan boleh dipercayai pada kadar faedah 2% kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat tanpa mengira kewarganegaraan pelanggan. terma-terma dan syarat-syarat kami dan jelas dan sangat mudah difahami. Tiada pemeriksaan kredit diperlukan, 100% dijamin. Hantarkan e-mel kepada:
ReplyDelete(Fedrickpowerloanfirm926@gmail.com)
sedekah itu mengkayakan kita sebenarnya kan :)
ReplyDeletedalam islam, nak kaya, kita kena keluar duit. ye, sedekah is the only way.
ReplyDeleteJOM KE BLOG UYUL! >> Blog Uyul Rosli
Sedekah utk saham akhiratkan..jom sedekah...InsyaAllah hati lebih tenang 😊
ReplyDeleteJemput singgaj blog saya..
www.ladysara84.blogspot.com