Assalamualaikum
Hai korang☺☺☺😇...Meh hari ni nak berchia..chia...chia seed lah pulak kan.Sebenonya,niat nak mengamalkan chia seed ni memang dah lama..Tapi tak terbeli-beli pun..Ramai je yang jual chia seed kat facebook..Tapi tulah..memang tak terbeli lagi sehinggalah aku tersenarai menjadi salah seorang pemenang Chia seeds di blog Diana Rashid...Wah..sukalah puan Blog ni..Tak payah dah nak bersusah payah nak membeli..
Banyak dan besar..Cukup untuk digunakan beberapa bulan...Sebelum tu.aku ingatkan chia seed ni sama je dengan biji selasih..Tapi rupanya tidak,rupanya mungkin,khasiatnya tetap lain ok..
Kedua, warna yang berbeza. biji selasih itu warnanya adalah hitam saja. Apabila terkena air, akan muncul selaput putih jernih yang menyeliputi menyelimuti biji selasih. Tetapi bagi chia seed pula, aianya mempunyai banyak warna iaitu berwarna hitam, , coklat, kelabu dan juga putih. Apabila terkena air, akan muncul juga selaput putih menyelimuti biji chia.
Sekarang ramai yang menggunakan Chia Seeds untuk tujuan kesihatan..Nak tau tentang apa Khasiat dan Kebaikkan Chia Seeds??
Chia seeds mengandungi
- 8x Omega 3 lebih dari Salmon
- 6x Kalsium lebih dari Susu
- 15x Magnesium lebih dari Brokoli
- 9x Phosphorus lebih dari susu
- 6x Protein lebih dari Kacang
- 2x Fibers lebih dari Flakes
- 4x Selenium lebih dari Flaxseeds
- 3x iron lebih dari Bayam
- 2x Potassium lebih dari pisang
10 Khasiat dan kelebihan mengambil Chia seeds dalam kehidupan kita seharian.
1. Dapat Melawan Diabetes
Chia Seed telah dikaji oleh pakar perubtan, ianya telah menjadi sebagai salah satu rawatan semula jadi yang amat berpotensi untuk para pesakit diabetes tahap 2, kerana keupayaannya untuk memperlahankan penghadaman. Lapisan agar-agar biji chia seed yang terbentuk apabila terdedah kepada cecair boleh juga mencegah pancang gula darah.
2. Mengandungi Serat yang banyak
Dengan hanya mengambil 28 gram atau satu auns dalam setiap hidangan chia seed, ianya mempunyai 11 gram serat pemakanan, seumpama kira-kira satu pertiga daripada pengambilan serat harian yang telah disyorkan untuk orang dewasa. Menambahkan beberapa chia seed dalam menu diet harian anda adalah merupakan salah satu cara yang mudah untuk memastikan anda memperolehi jumlah fibre yang baik. Dimana ianya amat penting untuk sistem penghadaman.
3. Mengekalkan Kekuatan Gusi dan Tulang
Satu hidangan biji chia seed dalam diet menu harian mempunyai 18 peratus daripada pengambilan harian yang telah disyorkan untuk kalsium, yang dimana ianya berfungsi untuk mengekalkan tahap kesihatan gigi, tulang, dan dapat mencegah osteoporosis.
4. Mempunyai Mangan
Manganese (Mangan) bukanlah nutrien mineral yang terkenal, tetapi ianya adalah amat penting untuk kesihatan manusia. Mangan amat baik untuk tulang dan dapat membantu badan kita untuk menggunakan nutrien lain seperti Biotin dan thiamin. Dalam pengambilan Satu hidangan biji chia seed (28 gram) mempunyai kandungan sebanyak 30 peratus seperti yang telah disyorkan untuk mineral ini.
5. Lebih Bnayak Fosforus
Dengan mempunyai 27 peratus daripada nilai yang perlu ada untuk fosforus, biji chia seed juga turut membantu anda supaya dapat mengekalkan tulang dan gigi yang sihatdan kuat. Fosforus juga amat penting untuk mensynthesizekan protein (pertumbuhan dan untuk pembaikan) sel serta tisu tubuh badan kita.
6. Kaya Dengan Protein
Biji Chia seed juga adalah merupakan salah satu sumber protein bagi golongan vegetarian dan ianya tidak mempunyai sebarang kolesterol. Dalam satu 28 gram hidangan biji Chia Seed yang diambil adalah mempunyai 4.4 gram protein di dalamnya.
7. Dapat Menstabilkan Gula dalam Darah
Pengambilan biji chia seed juga amat berkesan untuk menstabilkan gula dalam darah kita disamping dapat melawan rintangan bagi insulin yang telah terikat dalam peningkatan pada lemak perut (belly fat). Rintangan yang jenis ini adalah amat berbahaya bagi kesihatan diri kita secara keseluruhanya.
8. Mudah Berasa Kenyang
Tryptophan adalah merupakan satu sejenis asid amino yang telah ditemui pada ayam belanda. Ianya juga turut ditemui dalam biji Chia Seed. Walaupun tryptophan akan memberikan kesan mengantuk selepas makan, namun ianya juga amat berpotensi untuk membantu mengawal selera makan anda (mudah berasa kenyang), memberikan tidur yang selesa dan membantu untuk meningkatkan mood anda seharian.
9. Dapat Meningkatkan Kesihatan Jantung
Kajian daripada Klinik Cleveland turut menyatakan bahawa biji chia seed telah sememangnya terbukti dalam meningkatkan tekanan darah untuk para pesakit kencing manis. Ianya juga boleh meningkatkan kolesterol sihat untuk tubuh dan pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah kolesterol, LDL dan juga trigliserida.
10. Penuh dan kaya dengan Omega-3
Biji Chia Seed adalah penuh dan kaya dengan asid lemak omega-3, dengan mempunyai hampir 5 gram dalam setiap hidangan satu aunsnya. Lemak adalah amat penting untuk kesihatan otak anda.
info : ramenpedas
So hari ini permulaan kita amalkan Chia Seeds...
Kepada korang yang ingin mendapatkan Chia seeds ni boleh la layari website dan IG mereka di
Website : www.slimsstreats.com
Insta : www.instagram.com/slimmtreats
Banyak khasiatnya.. Sha pun dah start minum.. Bila teringat.. hehehe..
ReplyDeletesekrang ni rami pulk yg share pasal chia seed ni, baru tahu untk apa..
ReplyDeletemula2 ingat buat srub kat muka ke, boleh juga di minum ye
PC pun ada tergerak juga nak mencuba...rata-rata yang amalkan chia seed ni..ok katanya..alhamdulillah.
ReplyDeletebnyk khasiat chia seed ni. busyra slalu baca dkt fb. :)
ReplyDeleteKakak akak yg jual amway, shaklee pun jual ini juga Eda
ReplyDeleteDia tu semua pun jual. Kakak dpt dari kakak akak itulah.
Selamat berchia seeds
ReplyDeleteFiza pun berchia seeds sekarang. seronok mengunyah chia seeds :)
ReplyDeletechia seed campur dgn green tea memang kebabom! tapi uyul tak pernah try lagi hahahha
ReplyDeleteJOM KE BLOG UYUL! >> Blog Uyul Rosli