Assalamualaikum
Hai korang☺☺☺Happy Monday Blues...Eh..Jangan nak blues sangat.Kang moody sampai ke petang sape susah...Diri sendiri jugak yang susah kan..hahaha
Nak tanya ni,Pada Parents la...Yang tak Parents tu kalau ada ilmu boleh jugak share...Or boleh juga take noted..Nanti kan korang akan kawen jugak kan..So,boleh je baca dan sedut ilmu untuk persediaan..Sedangkan yang dah jadi parents ni pun kena sedut ilmu jugak untuk masa depan anak-anak.Membesarkan anak-anak di zaman sekarang ni memerlukan ilmu..Silap sikit je,ibu bapa juga yang dipersalahkan..Takmo..takmo..
Ok..Berbalik pada soalan,anak perempuan korang,lebih rapat dengan mak atau ayahnya?Ikut acuan belah mana..Aku tanya macam tu sebab ada orang kata,kalau anak perempuan seiras ayahnya,maka hubungan antara ayah dengan anak perempuan tu sejuk..Maknanya macam serasi la...
Macam anak aku si Naura Auni tu,memang sebijik babah dia,orang kata baguslah,sejuk je kalau dengan bapak dia..Tapi aku tak taulah istilah sejuk tu macam mana.So far,Naura ngan babah dia,kalau bab memujuk memang babah dia,Umi dia memang garang,tapi garang-garang umi dia ni,tetap akan cari umi dalam setiap aspek.Bergaduh memang selalu,bab nak tidur pun masih mencari umi.
Jarang pulak nak dengan babah dia,..Kadang-kadang je..Kalau boleh biarlah dia banyak dengan babah dia,,hahaha...Baru adil...eh..hahaha..Aku ada terbaca dekat majalah PAMA mengatakan,AYAH perlu memainkan peranan penting untuk membantu perkembangan positif anak perempuan mereka.Anak perempuan pun boleh jugak buat aktiviti lasak..Fakta mendapati anak perempuan yang rapat dengan papa akan membesar sebagai anak yang lebih positif dan berkeyakinan tinggi. Hah..Tu kan da bagus kan...
Bila ada ayah yang tak tahu apa aktiviti yang perlu dilakukan oleh anak perempuannya samada di luar mahupun di rumah.Meh lah kita baca 10 aktiviti mudah untuk Papa menjadi rapat dengan anak perempuannya.
1. Main 'geletek-geletek'
Kalau anak anda masih bayi, main 'geletek-geletek' sudah cukup menggembirakannya. Mesti dia akan ketawa sampai nampak gusi. Nampak 'simple' kan tapi ada kesan positifnya pada perkembangan anak anda.
2. Baca buku
Aktiviti mudah yang semua papa boleh buat. Untuk kesan lebih menyeronokkan, papa buatlah aksi atau kesan bunyi yang bersesuaian mengikut watak dalam buku cerita yang dibacakan kepada si kecil. Maklumlah anak perempuan memang suka kalau ada bab-bab 'drama' ni. Mesti lepas itu, anak akan seronok bila papa yang bacakan buku cerita.
3. Nyanyi bersama
Kalau papa jenis yang suka menyanyi ambil peluang untuk tawan hati anak gadis dengan lagu-lagu kegemaran mereka. Tapi jangan risau kalau bukan 'kaki muzik' anda tetap boleh bergembira bersama. Anda hanya perlu ikut bertepuk tangan dan 'acah-acah' ikut dia menyanyi. 'Confirm' si kecil rasa seronok.
4. Main di taman
Aktiviti ini memang wajib papa semua buat dengan anak perempuan tak kira sama ada masih bayi atau sudah pandai bercakap. Antara permainan yang boleh dilakukan di taman adalah main buaian, naik jongkang-jongkit, gelongsor atau kejar-kejar.
5. Main pondok-pondok
Kalau dah nama anak perempuan memang tak boleh lari daripada suka main 'pondok-pondok', 'masak-masak' dan 'mekap-mekap'. Apa salahnya sesekali papa main bersama.
6. Main 'tembak-tembak'
Aktiviti ini akan melibatkan air. Jadi papa boleh lakukan permainan yang pasti akan membuatkan si comel ketawa keriangan sama ada semasa memandikannya atau ajak mereka basuh kereta bersama. Gunakan pancutan air daripada paip untuk ditembak ke arah anak anda. Aktiviti ini sesuai dilakukan dengan anak perempuan yang sudah boleh berjalan. Apa-apa pun sentiasa utamakan keselamatan anak anda.
7. Buat senaman
Biasanya papa bangun pagi mesti akan buat senaman ringan. Ini juga boleh jadi aktiviti menyeronokkan dengan si kecil. Ajak dia ikut sekali bersenam. Anda akan ketawa melihat aksi lucu si comel membuat senaman.
8. 'Golek-golek' atas katil
Aktiviti 'malas' ini sesuai dilakukan bersama anak anda yang masih bayi. Peluk, cium dan gomol dia sudah cukup membuatkan bayi akan tergelak-gelak. Bila sudah kepenatan, akhirnya kedua-dua anda akan tertidur. Mudah kan.
9. Timang anak
Papa boleh bantu anak perempuan berasa yakin untuk berada di tempat tinggi dengan membiasakannya ditimang sejak kecil. Sesekali timanglah bayi perempuan anda namun utamakan keselamatannya dan tak perlu timang terlalu kuat dan tinggi.
10. Bercerita
Walaupun si kecil masih pelat bercakap tetapi papa mesti kerap bercerita dan berborak dengan anak. Dengan cara ini ia turut membantu anak mengembangkan kemahiran komunikasinya serta lebih bijak dan berkeyakinan untuk bercakap.
'Bonding' antara papa dan anak perempuan sangat penting untuk membina keyakinan diri dan percaya diri. Percayalah, anak perempuan yang rapat dengan papanya akan mempunyai persepsi positif terhadap dunia dan orang di sekelilingnya.
kebiasaannye gitu la.. Ramai ckp cmtu.. Kite x de anak pompuan agik tataw cenggane.. hehee
ReplyDeleteEntahlah KD....tapi selalulah dengar org cakap gitu. Realitinya rasanya semua anak mesti lebih rapat dgn ibu kot.
ReplyDeleteramai cakap macam tu, anak perempuan lebih rapat dengan ayah..hehe dayah pula rapat dengan mak lagi daripada ayah, tapi ayah tak pernah pukl atau jentik daripada dayah kecik sampai la sekarang..hehe
ReplyDeletesamala ngan anak-anak saya kak ... walaupun keje sekolah diaorang banyak tanya saya tapi bila ayah takda depan mata mulala tanya mana ayah mana ayah .... hehe
ReplyDeleteehh sama laaa, ank gugurl zie kalu apak dia balik keje, mmg berkepit kehulu hilir usung bapak ye, membontot je ke mana bapak dia pergi, sampi berak pun nak ikut..hiuhu
ReplyDeleteKite.. anak2 kita semua ngam dengan babah dorang.. kekadang kite pulak jeles tengok dorang.. hehehe..
ReplyDeleteselalunya begitulah kan :)
ReplyDelete