Assalamualaikum
Kalau dah wanita ni kan,kenalah jaga dari atas sampai ke bawah.Walau korang kata,ala...kawasan tumit..bukan orang nampak pun..kan pakai stokin..Tapi...kepada diri sendiri..Keyakinan dari diri sendiri bila melihat tumit kaki merekah..Tentulah risau jugak kan.
Apa yang korang akan buat bila tumit kaki merekah ek?Kadang-kadang banyak faktor yang menyebabkan tumit kaki merekah.Bukan sahaja sebab pemakaian kasut,malah melibatkan apa yang kita makan dan minum..eh..betul ke tu?Berapa gelas sehari korang minum untuk badan korang.Sebab tumit pecah ni pun berpunca dari kurangnya minum air..ye ke?
Nampak macam mudah je pasal tumit merekah ni kan sebab ia tidak berbahaya,tetapi ia adalah petanda bahawa kulit kita kering.Pada mulanya kulit akan nampak berkilat dan seterusnya bersisik.Kalau tak dirawat dari awal,bahagian tumit akan merekah .
APAKAH PUNCA TUMIT MEREKAH?
- Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering,berkilat,bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
- Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah.Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering,biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
- Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
- Sepanjang tempoh hamil,wanita juga berdepan dengan masalah ini.Ia dikatikan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
- Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat.Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
- Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.
emmm..dah tau kan punca tumit merekah tu.So apa pula solution kepada masalah ini..Mudah atau susah?Apa yang aku baca dari majalah wanita,terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah ini.
CARA MENGATASI TUMIT MEREKAH
- Minum air secukupnya,Jika cuaca panas,tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
- Kekalkan berat badan ideal
- Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen,minyak atau krim khas.Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.
- Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan.Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.
PETUA MERAWAT TUMIT MEREKAH
- Lumur asam jawa di bahagian tumit , kemudian rendamkan kaki seketika di dalam air suam yang berisi garam bukit.
- Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.
- Lenyek tumit atau bahagian kaki yang merekah dengan beberapa butir nasi yang masih suam. Lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.
- Gosok bahagian yang pecah dengan batu sungai, ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan bahagian ini.
- Gosok tumit pecah dengan bawang merah.
So bila dah tau punca tumit merekah ni,boleh lah kita atasinya dengan petua ini.Ataupun sebelum ianya menjadi teruk,patut kita elakkan..betul tak..Moga entry ni bermanfaat untuk kita semua..Kaki aku pun dah sikit merekah..Tetapi setiap malam,aku cuma sapukan losyen pada kaki dan badan.Sebabnya kulit memang kering.Sebab tulah kena pakai losyen..Air pun tak minum banyak mana,..Kalau rajin lebih dari 2 liter sehari..Kalau tak mybe dalam 1 setengah liter je
byk jalan
ReplyDeletekurang air
kasut tak sesuai
ni semua antara punca
nak solution dia.
tayah berjalan ke mana mana..hehehe *just kidding*
AM mengalami masalah ini..
ReplyDeleteNak atasi tapikekadang rasa malas yang menguasai diri.
Ikhlas Dari
Along Misuari
kena displin!! tp rasannya malas lebih bkuasa
ReplyDeletenice tip..ada baca hari tu..boleh sapu vick..cuba jangan tak cuba
ReplyDeletetip yg bagus, kbnyakkan org perempuan megalami masalah ini.
ReplyDeleteTerbaik sharing ni.
ReplyDeleteKaki aida yes da merekah skit.
But still under control lah 😆😆😆
biasa pakai losyen je
ReplyDeleteTq for sharing
ReplyDelete